Merobah Massa!

"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kata-Kata Hikmah

Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

Tazkirah

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

Kelmarin sudah berlalu, usah dikenang lagi!

Kelmarin sudah berlalu, hari ini sedang berjalan dan esok belum tiba. Maka gunakan kesempatan hari ini kerana ruang keemasan pada kesempatan itu ialah harta yang terpendam. Kerana terlalu sibuk dengan rutinan seharian saya sempat membuka blog buat kali yang terakhir 5 hari lepas. Pagi 20 Okt, tiada terduga, blog saya sekali lagi digodam, hilang segalanya, tiada tersisa, kali ini masuk kali ke 5. Kehidupan dikelilingi musuh dan orang yang seringkali tiada puas hatinya melihat anak muda seperti saya dan kalian berani lantang bersuara, menyatakan hujah dan membina idealisma, atau mungkin ia pengajaran Yang Maha Esa menitip rasa rendah diri menyedari hakikat kita yang hina. Namun saya tetap bersyukur, Alhamdulillah akhirnya Allah masih tanamkan keazaman dan panjangkan keinginan untuk terus menulis, berkarya dan berceritera, kerana tujahan pemikiran setajam mata pena berupaya mendobrak membuka ruang dimensi minda, ayuh anak muda kita berpencak semula. Hindari perasaan jemu dan bosan, kerana perasaan jemu itu tidak mendatangkan hasil, manakala rasa bosan tidak pula memberikan kamu penghormatan. Sebaik-baiknya banyakkan bersabar dan tetapkan pendirianmu. Akhlak bagi mereka yang bergelar insan berjaya adalah optimis dan tidak pernah putus asa, mampu memperbaiki kesalahan diri dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan. Oleh itu, bagi yang ingin berjaya, binalah jati diri, usah hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan sekadar yang hanya menjadi pelengkap, tetapi mereka yang berjasa adalah sang perubah yang berupaya mencipta suasana dan melakar sejarah mencetus fenomena. Saya kembali menulis! - Azlan Zainal

8 comments:

  1. Unknown said...
     

    Moga tangan-tangan mereka kegatalan....lantaran mereka gatal mengodam

  2. Hasmora said...
     

    biasalah sahabat... namanya dunia.. penuh cabar dlm gebar fananya... anda yg ambo kenal.. bukan speasis mudah gentar :) teruskan juang anda saudara

  3. TULIS ONLINE said...
     

    Salam Blogger,


    Sudikanlah jenguk blog saya.

    Salam ziarah. TQ


    Ikhlas,

    http://Sarfarizmalsaad.bligspot.com

  4. ~nEmo~ said...
     

    tidak kenal erti putus asa, itulah jiwa pemuda!

  5. Mohd Hafizan Mazuki said...
     

    dugaan dr Allah...mungkin ada hikmah yang berlaku...perjuangan untuk menegakkan agama Allah bukan mudah...zaman para anbia lebih hebat dengan dugaan...semoga saudara azlan tabah...tingkatkan security yg tinggi dlm blog baru saudara...

  6. Leenoh said...
     

    Mereka yang berjasa adalah sang perubah yang berupaya mencipta suasana dan melakar sejarah mencetus fenomena.

    Mereka adalah pemimpin sebenar dan hakiki.Pemimpin pilihan ikhlas diundi.Wang disogok jauh sekali.Menjalankan tugas perintah ilahi.Menjana generasi cinta islami.

    Kepada ahli dibimbing dan dipimpinnya lagi.Agar patuh kepada ilahi. Bukan seperti ketam berjalan berlari.Itulah pemimpin berjasa dan berbudi.

    Wallahu aa'lam bissowab. Wassalam.

  7. Anonymous said...
     

    Pakai wordpress.. dia takkan dapat godam punya.. hehe..

  8. Imma said...
     

    Istiqamah dalam perjuangan. Teruskan menulis!

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent