Merobah Massa!

"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kata-Kata Hikmah

Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

Tazkirah

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

Obama, AS & Dunia

Senator Barack Obama dari Parti Demokrat, mencatat sejarah menjadi lelaki kulit hitam pertama terpilih sebagai Presiden Amerika Syarikat selepas mengalahkan Senator John McCain dari Parti Republikan. "Disebabkan apa yang kita lakukan hari ini, pada pilihan raya ini dan saat penentuan ini, perubahan berlaku di Amerika," demikian menurut Obama ketika memberitahu 240,000 penyokong beliau dalam satu rapat di Grant Park, Chicago.

"Jika ada orang yang masih meragukan bahawa Amerika adalah tempat di mana semua perkara boleh berlaku, yang masih mempersoalkan sama ada impian pengasas negara ini masih segar, malam ini anda memperolehi jawapannya,' tegas Obama dipetik melalui CNN.

Obama, 47 tahun, yang bakal mengangkat sumpah jawatan pada sebagai presiden ke-44 Amerika pada 20 Januari depan, berkata beliau perlukan masa buat memulihkan imej Amerika di mata dunia. Cabaran utama termasuk krisis kewangan sedunia, peperangan di Afghanistan dan Iraq serta program nuklear Iran.

"Sewaktu meraikan kemenangan, kita tahu cabaran hari esok paling berat dalam hidup kita - dua peperangan, bumi yang terancam, dan krisis kewangan paling teruk dalam tempoh satu abad," tegas beliau.

Obama mencapai kemenangan besar dalam undian Dewan Pemilih dengan mendapat 349 undi berbanding McCain yang mendapat 162 undi. Seorang calon perlu mendapat 270 daripada 538 undi Dewan Pemilih untuk menjadi presiden. Dari segi undi popular pula, Encik Obama mendapat 52.3 peratus berbanding McCain yang mendapat 46.5 peratus. Kemenangan Obama semalam digandingi kemenangan besar Parti Demokrat dalam kedua- dua dewan Kongres.

Keputusan menurut Associated Press, Parti Demokrat menguasai 251 kerusi Dewan Perwakilan berbanding 172 bagi Parti Republikan. Di Dewan Senat pula ia menguasai 54 kerusi berbanding 40 yang dimenangi Parti Republikan. Keputusan itu bermakna Obama akan menjadi presiden paling berpengaruh kerana pentadbirannya kini menguasai Kongres, sekali gus menjamin semua rancangan pembaharuan beliau tidak tergendala. Kemenangan Obama itu dialu-alukan di seluruh Amerika Syarikat, malah turut diraikan di serata dunia. Tiga slogan yang kerap di ucap Obama ketika berucap pada ucapan sulung selepas kemenangan beliau ialah ; Change! Yes, we can! "I will listen especially to those who disagree with me."

Kenali Pro Mahasiswa UM.





Salam perkenalan, salam perjuangan Mahasiswa... "Menerajui PERUBAHAN Generasi Baru" Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.promahasiswaum.blogspot.com

Kelmarin sudah berlalu, usah dikenang lagi!

Kelmarin sudah berlalu, hari ini sedang berjalan dan esok belum tiba. Maka gunakan kesempatan hari ini kerana ruang keemasan pada kesempatan itu ialah harta yang terpendam. Kerana terlalu sibuk dengan rutinan seharian saya sempat membuka blog buat kali yang terakhir 5 hari lepas. Pagi 20 Okt, tiada terduga, blog saya sekali lagi digodam, hilang segalanya, tiada tersisa, kali ini masuk kali ke 5. Kehidupan dikelilingi musuh dan orang yang seringkali tiada puas hatinya melihat anak muda seperti saya dan kalian berani lantang bersuara, menyatakan hujah dan membina idealisma, atau mungkin ia pengajaran Yang Maha Esa menitip rasa rendah diri menyedari hakikat kita yang hina. Namun saya tetap bersyukur, Alhamdulillah akhirnya Allah masih tanamkan keazaman dan panjangkan keinginan untuk terus menulis, berkarya dan berceritera, kerana tujahan pemikiran setajam mata pena berupaya mendobrak membuka ruang dimensi minda, ayuh anak muda kita berpencak semula. Hindari perasaan jemu dan bosan, kerana perasaan jemu itu tidak mendatangkan hasil, manakala rasa bosan tidak pula memberikan kamu penghormatan. Sebaik-baiknya banyakkan bersabar dan tetapkan pendirianmu. Akhlak bagi mereka yang bergelar insan berjaya adalah optimis dan tidak pernah putus asa, mampu memperbaiki kesalahan diri dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan. Oleh itu, bagi yang ingin berjaya, binalah jati diri, usah hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan sekadar yang hanya menjadi pelengkap, tetapi mereka yang berjasa adalah sang perubah yang berupaya mencipta suasana dan melakar sejarah mencetus fenomena. Saya kembali menulis! - Azlan Zainal

 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent