Merobah Massa!

"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kata-Kata Hikmah

Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

Tazkirah

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

Pedulikah Kita dengan Isu Palestin?


28 Disember hampir seminggu berlalu pergi. Sewaktu kita di Malaysia ini sedang bersyukur kerana dapat menyambut Tahun 1430 Maal Hijrah dan tahun baru masihi, kita dikejutkan pula dengan kegilaan Israel yang rakus menghisap darah saudara-saudara kita di Palestin sana. Sehingga hari ini, jumlah umat Islam Palestin yang terkorban telah mencecah ratusan orang ke atas. Tidak kira siapa sahaja akan menjadi korban. Orang tua, wanita dan kanak-kanak tidak terlepas dari serangan udara yang dilancarkan. Dalam masa itu Israel turut mengerakkan tentera kereta kebal mereka bagi persiapan serangan darat. Alasan yang digunakan untuk menghalalkan pembunuhan kejam ini adalah bagi menjatuhkan kerajaan Hamas yang telah dipilih oleh penduduk Palestin dalam pilihanraya lalu. Lebih malang lagi, negara-negara Arab di sekeliling Palestin turut bersengkongkol di dalam serangan ini. Mereka tidak terlibat secara langsung tetapi berselindung dan kononnya turut bersimpati di dalam serangan ini. Konspirasi ini dilaporkan telah dirancang 6 bulan yang lalu dan bukanlah kerana provokasi Hamas seperti yang dicanangkan oleh Israel. Adakah layak mereka-mereka ini mengaku beragama Islam tetapi dalam masa yang sama bersubahat dengan musuh umat Islam untuk melanyak saudara-saudara mereka yang tidak berdaya di Palestin.

Sungguh pedih di hati begitu terasa. Dalam era ini, ternyata umat Islam tiada upaya untuk bersatu-padu dan membela nasib saudara-saudara mereka. Mesir pula dalam masa yang sama berkeras untuk tidak membuka pintu sempadannya kepada Palestin bagi dihantar bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan. Begitu juga dengan penduduk Palestin yang lari ke sempadan untuk menyelamatkan diri masing-masing ke sempadan Mesir. Mereka disekat daripada mendapatkan perlindungan. Malang sekali nasib saudaraku. Sudah pasti jika mereka pulang, askar-askar Israel menanti untuk menyembelih mereka hidup-hidup.

Malang sekali, ada juga manusia yang masih menyokong keganasan Israel ini. Alasannya kerana dikatakan Hamas dan Palestin itu terdiri daripada golongan pengganas. Perlu dijelaskan di sini, Israellah yang telah merampas tanahair mereka di Palestin dan mendirikan negara haram Israel di kampung dan tanahair mereka. Seterusnya mereka dihalau dan dibunuh dari kampung halaman dan menjadi pelarian.

Lihat beberapa fakta terbaru di Palestin sekarang ini.

* Situasi di Gaza - serangan yang dilancarkan oleh Israel kini telah membunuh lebih 500 orang awam dan mencederakan lebih dari 2300 orang. Bilangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan.

* Dakwaan Israel bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri adalah satu pembohongan. Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh gencatan senjata berakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan Israel . Apa yang berlaku ialah serangan roket pejuang Palestin adalah serangan balas ke atas beberapa provokasi tentera Israel termasuklah tindakan menceroboh kedalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.

* Serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolahan. Ini jelas menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai motif malafide untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita dan kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. Serangan yang ditujukan kepada balai polis, hospital dan masjid yang semestinya berada di dalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan kecederaan dikalangan orang awam.

* Kenyataan Mahmud Abbas yang masih menyalahkan HAMAS ke atas serangan di Gaza adalah bukti jelas bahawa Presiden pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat itu bersekongkol dengan pihak rejim zionis yang mengadakan sekatan dan kepungan ke atas Gaza tanpa henti sejak 18 bulan yang lalu.

* Umat Islam digesa supaya tidak terpengaruh dengan media barat dan kenyataan pemimpin-pemimpin US, Israel, Mesir dan pihak berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isu sebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin. Hakikatnya Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan kemanusiaan. Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudah sampai ke tahap dimana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestin adalah selari dengan Konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk mempertahankan diri dari pencerobohan asing dan pendudukan haram oleh mana- mana pihak.

* Sikap kepura-puraan negara Islam/Arab adalah dibidas. Sikap hipokrisi Mesir dikecam kerana mendakwa mereka bersedia untuk mengizinkan rakyat Gaza yang tercedera dibawa masuk melalui sempa dan Rafah bagi menerima rawatan. Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyat Gaza yang d ibenarkan untuk memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukan keselamatan Mesir. Apabila bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeri Mesir beliau 'berjanji' untuk menyelidiki perkara ini. Soalnya apakah Mesir mengambil sikap membela saudara-saudaranya di Gaza atau tunduk kepada arahan Tel Aviv/USA?

* Mengingatkan bahwa pertembungan ini adalah diantara umat Islam seluruh dunia dengan Zionis kerana perjuangan Palestin adalah pembebasan Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam serta simbol kemuncak kezaliman & pelanggaran hak asasi manusia yang paling tinggi dan biadab dalam peradaban manusia masakini.

Kepada seluruh aktivis dakwah yang berada di dalam kampus mahupun di luar:

* Gerakkan solat hajat, dan panjatkan qunut nazilah pada raka'at kedua
* Solat jenazah ghaib
* Baca al-Quran berjama'ah (al fath 26-27, Yunus 85-88, alMulk, atTaubah atau al-Anfal)

Khusus memohon kemenangan kepada mujahidin, kesabaran kepada umat Islam, kehancuran Israel dan golongan murtaddin serta munafiqin yang bersama mereka.
Aduhai ummah! Apa yang boleh kami lakukan kepada saudara kita. Doa kami dan Al-fatihah diiringkan kepada syuhada-syuhada yang syahid kerana berjuang mempertahankan tanahair tercinta. Kami memohon kepada saudara-saudara dan umat Islam sama-sama berdoa, menghadiahkan al-Fatihah kepada mereka yang meninggal dan menghulurkan bantuan setakat yang mampu. Perbanyakkan membaca Qunut Nazilah, moga Allah turunkan pertolongan, munajat dibuat moga perjuangan peroleh berkat.

Sesungguhnya kami tidak akan membiarkan saudara kami menderita. Umat Islam itu umpama satu badan, jika kaki kami sakit - satu badan terasa sakit. Persetankan mereka yang hanya mementingkan perut dan tembolok mereka. Tiada langsung secebis simpati di hati mereka. Malah hanya mulut sahaja yang bersuara mengutuk, tetapi hati langsung tiada terasa. Sesungguhnya kematian itu pasti namun bagaimana kamu mati itulah yang lebih utama. Ayuh kobarkan semangat jihad!!! Takbir

0 comments:

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent