Merobah Massa!

"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kata-Kata Hikmah

Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

Tazkirah

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

Orang bijak pun boleh jadi bodoh hanya kerana emosi.

Ketika orang cerdas dan bijak jadi bodoh mungkin agak pelik tapi kebiasaannya beginilah, semuanya hanya kerana terlalu beremosi. Sukar dibendung, tapi mudah ditunjukkan pada sikap dan kelakuan. Perempuan sangat terkenal dengan emosi mereka, tapi amat baik jika dikendalikan dengan betul. Itu sebabnya perempuan boleh melahirkan, menyusukan dan menjaga anaknya kerana mereka punya rasa simpati dan kasih sayang yang tinggi. Lain pula pada lelaki, kebanyakan tampak lebih sabar, atas sifat ini mereka diberi amanah sebagai ketua pada semua ketika dan situasi.

"Meski setiap hari harus menerima ludahan dari seorang kafir quraisy, namun Rasulullah Muhammad Saw tidak pernah menaruh dendam ataupun kebencian. Bahkan ia membalasnya dengan menjadi orang yang pertama kali menjenguk ketika si peludah itu ketika sakit. Begitu juga dengan peristiwa Thaif, sedemikian kejamnya masyarakat wilayah itu melempari batu, menzalimi baginda Rasulullah dan para sahabat sampai Izrail pun tak kuasa ‘menahan amarah’ dan menawarkan diri membalikkan gunung untuk ditimpakan kepada kaum Thaif. Namun manusia agung itu lebih memilih memaafkan. Indah benar akhlakmu Ya Rasul".

Rasulullah mengajarkan dan sekaligus mempraktikkan keutamaan memberi maaf. Lebih umumnya, Rasulullah juga menekankan pentingnya setiap mukmin untuk memiliki kemampuan mengendalikan emosi dan menahan diri, yang kemudian kita lebih mengenalinya dengan istilah sabar. Orang yang paling sabar adalah orang yang paling tinggi dalam kecerdasan emosionalnya. Ia biasanya tabah dalam menghadapi kesulitan, ikhlas menghadapi pelbagai cubaan, dan tenang dalam tekanan.

Daniel Goleman dalam buku best seller beliau, Emotional Intellegence memaparkan tentang satu bahagian penting dalam jiwa manusia yang bernama emosi yang dikatakannya sangat utama menentukan kebahagiaan dan penderitaan manusia. Menurut Goleman, emosi sangat mempengaruhi kehidupan manusia ketika mengambil keputusan kerana tidak jarang suatu keputusan diambil tanpa melalui emosinya. Tidak ada sama sekali keputusan yang diambil manusia murni dari pemikiran rasionalnya kerana seluruh keputusan manusia memiliki warna emosional. Jika kita memperhatikan keputusan-keputusan dalam kehidupan manusia, ternyata lebih banyak ditentukan oleh emosi daripada akal waras yang sihat.

Pada emosi, tambah Golemen, bergantung suka, duka, sengsara, dan bahagianya manusia; bukan pada rasional. Kerana itulah hendaknya kita memperhatikan kecerdasan emosi selain kecerdasan otak. Disebutkannya, bahawa yang menentukan kejayaan dalam kehidupan manusia bukanlah rasional tetapi emosi. Berkaitan dengan ini, dari hasil penelitiannya satu situasi yang disebut dengan “when smart is dumb”, ketika orang cerdas jadi bodoh berjaya menemui bahawa orang Amerika yang memiliki kecerdasan atau IQ diatas 125 umumnya bekerja pada orang yang memiliki kecerdasan rata-rata 100. Ertiya, orang yang cerdas umumnya menjadi pegawai dari orang yang lebih bodoh dari dia. Kecerdasan intelektual memang boleh membantu orang meraih dan mencapai kejayaan, namun keberjayaan seringkali ditentukan oleh kecerdasan emosional. Dan kecerdasan emosional diukur dari kemampuan mengendalikan emosi dan menahan diri, itulah yang disebut sabar.

Seringkali kita menjumpai orang yang bersikap bodoh hanya kerana tidak mampu mengendalikan emosinya. Rasulullah SAW yang kita kenal tak memiliki kemampuan membaca dan menulis ternyata memiliki kecerdasan emosional yang luar biasa tinggi. Bayangkan betapa luhurnya orang yang memberi maaf kepada mereka yang melakukan kesalahan. Padahal perintah-Nya adalah memaafkan, terlepas orang yang melakukan kesalahan itu memintanya atau tidak. Mulialah mereka yang melakukan itu.

Demikian juga dengan kesedaran dan ketenangan yang tinggi dalam menghadapi pelbagai kesulitan. Kunci kejayaannya adalah mengendalikan emosi dan menahan diri (sabar), sehingga ia tidak melakukan kebodohan dari ketergesa-gesaan atau marahnya yang biasanya berakhir pada penyesalan. Dan tidak jarang pada saat itu, tangan ini refleks memukul kepala, “bodohnya aku”. Maka berupaya memahami barulah kita mampu memberi. – Azlan Zainal

0 comments:

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent