Merobah Massa!

"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kata-Kata Hikmah

Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

Tazkirah

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

Percayalah bahawa Rakyat akan terus ditipu UMNO-BN!

‘Rakyat Marah’ begitu bunyi tajuk yang menjadi berita utama akhbar arus perdana beberapa hari lepas, menunjukkan sebenarnya majoriti rakyat marah kepada UMNO. Kalau pada masa ini dibubarkan Parlimen, kata rakyat yang berang dengan perlakuan UMNO di Perak, nescaya UMNO terkubur di samping hilang dalam lipatan sejarah. Maknanya, akhbar arus perdana tak mampu menghalang keberangan rakyat, sekalipun menuduh pengendali laman blog yang menyebarkan laporan palsu. Justeru, sebenarnya mereka beranggapan demikian disebabkan tak memahami aspirasi rakyat, malah tak pernah turun menemui masyarakat di kampung-kampung. Apabila pimpinan UMNO sekadar menerima laporan yang molok-molok dari media arus perdana, berlakulah seperti mitos PRU12 iaitu: Wal hasal balik hasil; wal hasil balik hasal, itu pasal tak hasil!

Setelah lebih 50 tahun memerintah Malaysia, UMNO/BN telah berjaya memperkenalkan konsep kejahatan sebagai nilai baru masyarakat yang diberi kedudukan penting dalam membuat keputusan. Menurut nilai baru ini, sesuatu yang jahat (evil, supaya lebih jelas maknanya) adalah benar dan betul jika berlandaskan undang-undang yang dibuat sendiri untuk melindungi kejahatan itu. Undang-undang baru akan dibuat untuk memastikan kejahatan akan diteruskan dalam pelbagai bentuk bagi memastikan kuasa dan kedudukan politik berkekalan dalam tangan mereka. Peristiwa di Perak adalah bukti paling baik dan paling jelas bagaimana kejahatan berlandaskan undang-undang ini dijadikan senjata paling berkesan untuk merebut dan merompak (lebih tepat merampas) kuasa.

Setelah ditolak oleh rakyat dalam PRU Mac 2008, UMNO/BN sangat marah dan kecewa kerana kejahatan yang mereka lakukan selama ini dalam bentuk pembangunan maya (istilah ini akan dijelaskan dalam tulisan lain) disedari oleh rakyat yang merasa mereka telah dipermainkan dengan kata-kata dan istilah yang menutup kejahatan itu. Sebelum pendedahan besar-besaran berlaku, maka satu tindakan tegas harus dilakukan untuk memastikan kejahatan itu berterusan dalam konteks pembangunan maya tadi. Maka itulah terjadinya rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 itu. Dengan itu apa yang disebut sebagai “ketuanan Melayu” boleh terus digunakan untuk melangsungkan kejahatan sebagai nilai baru masyarakat. Konsep ketuanan Melayu yang dipakai oleh UMNO adalah penjelmaan terbaik nilai dan budaya baru berasaskan kejahatan itu.

Rakyat jelas sedar penipuan ini. Kita lihat dan dengar hampir setiap minit RTM, TV3 dan radio milik kerajaan atau milik syarikat yang memihak kerajaan serta akhbar menyebut betapa utamanya “kepentingan rakyat” itu dijadikan landasan untuk bertindak. Walhal ia adalah satu propaganda jahat terancang yang tersusun cantik untuk mengimejkan UMNO-BN. Misalnya, apabila harga minyak dinaikkan, maka kita diberitahu keputusan itu dibuat untuk kepentingan rakyat; tetapi apabila harga minyak diturunkan maka itu dilakukan kerana kerajaan amat prihatin terhadap kesusahan rakyat menghadapi kenaikan harga barang yang berpunca daripada keputusan kerajaan sendiri (dengan menaikkan harga minyak secara mendadak). Tetapi apabila rakyat mendesak supaya mereka diberi peluang untuk memilih kerajaan yang mereka mahu setelah terjadi kemelut pilitik akibat kejahatan ahli politik yang telah menipu mereka lebih dari 50 tahun, maka rakyat dinafikan daripada mendapat hak mereka yang kononnya dijamin dalam sistem demokrasi dan berperlembagaan ini.

Sangat bodohlah jika kita berkata kerajaan yang prihatin kepada rakyat menafikan hak rakyat untuk membuat pilihan. Mereka telah diberi kebebasan memilih itu; tetapi mereka telah salahgunakan kebebasan itu dengan memilih kumpulan lain daripada UMNO/BN. Oleh itu adalah wajar jika kebebasan itu dirampas dari rakyat yang telah salahgunakan kebebasan tadi. Inilah wajah kejahatan politik yang kini dapat dilihat dengan jelas oleh rakyat Perak yang mengadakan bantahan dan tunjuk perasaan. Dirgahayu dan tahniah kepada anda semua yang telah memulai episod baru dalam gerakan politik Malaysia. Berani BERUBAH sebelum parah kerana kita semua punya maruah! – Azlan Zainal

0 comments:

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent