Merobah Massa!

"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kata-Kata Hikmah

Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

Tazkirah

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

Pulangkan mandat pada Rakyat, biar mereka mengadili dan menentukannya!

9.48 malam, satu pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit berbunyi, “Perkara 16 (6) Sistem Raja Berperlembagaan Malaysia, Sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli majlis Mesyuarat Negeri (Exco) tapi tidak Menteri Besar (MB). MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN, undi tidak percaya dalam siding DUN atau MB meletak jawatan sendiri. Sekarang MB Ir Nizar bertindak berani mempertahankan hak rakyat dan kekal sebagai MB yang sah mengikut peruntukan undang-undang. Biar rakyat menentukannya. Media BN-UMNO memutar belitkan fakta”. Sebarkan!

Keputusan Sultan Perak untuk menerima tiga ADUN Perak (2 lompat parti sebab masalah akhlak, seorang dari UMNO yang berpaling tadah semula setelah masuk PKR selama 11 hari, seorang ADUN cina yang Nampak blurr) sebagai penentu tertubuhnya kerajaan UMNO/BN di Perak adalah keputusan paling bersejarah dalam politik Tanah Melayu, walaupun keputusan itu salah. Sekarang terbuka peluang seluas-luasnya untuk rakyat bertanya dengan lantang (kerana selama ini mereka hanya merungut senyap-senyap) adakah hanya rakyat yang harus menunjukkan kesetiaan mereka kepada raja, padahal raja tidak perlu setia kepada rakyat. Adakah ini adil? Ahli sejarah dan pengulas politik kini wajib menjelaskan perkara ini kerana nampaknya kesetiaan sebelah pihak yang ditunjukkan oleh Sultan Perak bertentangan dengan kehendak konsep raja berperlembagaan.

Dalam ucapannya ketika merayakan Jubli Emas baru-baru ini baginda menyebut peri pentingnya raja mendengar nasihat yang baik daripada orang baik-baik (yang bermoral tinggi dan bukan penipu yang gila kuasa serta bukan kaki mengampu), jika tidak institusi raja akan ditempatkan di muzium. Adakah ini (keputusan menyebelahi tiga pelawak politik ini dan membenarkan UMNO-BN merampas kuasa) menjadi permulaan kepada proses pemuziuman dan pemakaman itu? Dari segi politik demokrasi, raja berperlembagaan tidak bermakna rajalah yang menentukan kerajaan, apatah lagi jika suasana yang menuntut keputusan itu dibuat bertentangan dengan demokrasi. Dalam kes Perak ini, sudah jelas bahawa demokrasi diketepikan untuk hanya memuaskan nafsu sekumpulan gerombolan ahli politik yang tidak bermoral, yang munafik dan korup.

Selain raja dengan keputusan ini membuka peluang seluas-luasnya kepada rakyat untuk mengkritik keputusan politik yang menentang kehendak mereka dan kehendak demokrasi, maka keputusan Sultan Perak untuk tidak membubarkan DUN Perak telah meletakkan kedudukan raja bukan lagi sebagai pelindung rakyat dan pelindung demokrasi. Yang terjadi ialah, raja telah memilih untuk melindungi kumpulan politikus yang jahat dan penipu ini untuk diterima oleh rakyat yang menolak mereka dalam pilihanraya Mac 2008. Keputusan ini sangat bersejarah kerana sistem demokrasi boleh dipijak-pijak serta dihinjak sewenangnya dengan perlindungan daripada raja sendiri.

Jika rakyat menerima ini sebagai keputusan yang terbaik untuk mereka, maka mereka tidak perlu lagi mempersoalkan wajar tidaknya raja juga harus setia kepada rakyat. Namun dalam keadaan bagaimana sekali pun, mereka harus menolak ahli politik jahat, korup dan gila kuasa yang bertindak sebagai pemeras ugut. Mereka harus mengajar raja mereka untuk bertindak bijaksana dan adil, seperti yang disarankan oleh raja mereka sendiri, jangan salahkan rakyat jika ‘JEBAT’ hidup kembali!– Azlan Zainal

0 comments:

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent