Merobah Massa!

"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kata-Kata Hikmah

Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

Tazkirah

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

Sejarah banyak mengajar kita!

Mengikuti perkembangan di Perak membuktikan betapa politik jahat/munafik benar-benar telah mendarah daging. Paling menarik, Najib menempelak Pak Lah begitu hebat: "Awak gila-gila nak hapus rasuah; aku pula gunakan rasuah untuk mendapat kuasa.” Siapa lebih pintar? Najib atau Pak Lah? Jika benar Pak Lah serius dan ikhlas, gantung tugas Najib dan siasat dia terlebih dahulu.

Secara sinikal boleh saya nyatakan begini, “Di depan pegawai kerajaan, Pak Lah tersengih gembira kerana rasuah memang berguna dalam politik. Baru terasa bodoh gila-gila sangat nak hapuskan rasuah. Dua ADUN yang dituduh rasuah ternyata wira besar (gamaknya akan jadi pahlawan agung tak lama lagi) bagi UMNO/BN. Nah, politik rasuah akan disahkan nanti jika Sultan sendiri bersetuju dua wira rasuah dan seorang lagi yang siuman adalah hakikat politik yang tak boleh diketepikan. Kata Zahid Hamidi, Allah SWT telah merestui UMNO/BN kerana keikhlasan mereka dalam menangani rasuah. Bagus juga kalau ada komen dari ulama besar yang jadi Mufti. Tapi dalam ilmu politik Islam, para ulama telah menetapkan, pemerintah yang jahat walaupun tidak melaksanakan hukum Islam, mesti dipertahankan tapi masih ada syaratnya.”

Keberangan rakyat sudah ditunjukkan kepada PRU12, akibat pimpinan Melayu mahu menggunakan kuasa sebagai perintah, bukan sebagai pentadbir. Rakyat rela memilih pimpinan bukan Melayu, bukan disebabkan bersedia mengagihkan kuasa politik di tangan, tetapi disebabkan keperongosan pimpinan Melayu yang bobrok dan sangat berkepentingan. Justeru naratif rampasan kuasa yang berlaku di Perak, menerusi tiga ADUN yang bermasalah akan meletakkan Perak dalam ‘krisis perlembagaan’ yang nyata teruknya setelah berlalunya ‘krisis keyakinan’ yang melanda pada PRU12. Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin dilabel sebagai ‘penderhaka’ oleh Dato’ Ahmad Shabery Cheek (dulunya orang kuat S46), disebabkan kemungkinan beliau sendiri tak faham makna ‘penderhaka’ itu. Lucu benar, tapi bahasa orang politik memang begitu, saya rasa Shabery tiada faham maksud yang sebenar kerana mungkin dia juga sudah di ‘kasi’ jadi tiada upaya bersuara untuk menyatakan kebenaran.

Fenomena yang berlaku di Perak, bukan perkara baru menyebabkan Shabery Cheek melatah tak menentu. Sekitar dekad 1960-an sudah berlaku di Sarawak, apabila Dato’ Stephen Kalong Ningkan tak meletakkan jawatan Ketua Menteri, justeru digerakkan persidangan Dewan Negeri bagi mengusulkan undi tak percaya. Dato’ Harun Idris di Selangor juga tak letak jawatan Menteri Besar dalam insiden 1970-an, penyelesaiannya ialah persidangan Dewan Negeri berdasarkan perlembagaan. Undi tak percaya digunakan bagi menurunkan Dato’ Harun. Bagaimanapun Dato’ Muhammad Nasir tak diturunkan sekalipun beliau kalah dalam undi tidak percaya di DUN Kelantan pada 1978.

Kalau mahu belajar dari sejarah, UMNO yang ‘menderhaka’ kerana tak mematuhi perlembagaan di DUN Kelantan. UMNO juga yang menggerakkan usul meminda perlembagaan bagi menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu (malah British pun tak pernah melakukan sekalipun Malayan Union dilakukan). Kalau tak dipertahankan kekebalan raja-raja Melayu yang tinggal sedikit, mungkin sahaja ADUN bukan Melayu sudah menjadi Menteri Besar di Perak dan Timbalan Menter Besar di Selangor selepas PRU12. Kekebalan raja-raja Melayu yang tinggal sedikit inilah dapat dipergunakan untuk melindungi kuasa politik Melayu yang hampir goyah, payah dan layah!

Mungkin sahaja pimpinan PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim pernah terbabit dalam isu di Sabah apabila Dato’ Joseph Pairin Kitingan mahu membubarkan DUN Sabah, tapi dihalang atas alasan tandatangan Yang Dipertua Negeri tak sah. Kuasa politik sebagai ‘perintah’ bukan sebagai ‘pentadbir’ yang membawa berberantakan dan kegoyahan UMNO pada 1987, diikuti pada 1999, malah berterusan 2008. Selagi UMNO tak memenangi hati rakyat dalam keberangan sekarang, sebaliknya menggunakan ‘kuasa politik’, kegilaan kuasa dan ‘politik wang’ sejarah tetap akan berulang. Justeru Dato’ Seri Najib akan meratapi nasibnya apabila mengambil alih pimpinan UMNO, seperti keperihalan legasi yang dilalui Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Saya menganggap Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bersandiwara dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebaliknya gembira ‘politik wang’ diamalkan. Fenomena yang berlaku di Perak sekarang adalah satu episod tragis ‘politik wang’ digunakan sewenang-wenangnya bagi memastikan keputusan majoriti dikhianati dan hak rakyat dikesampingkan.

Secara peribadi saya merasakan ramai rakyat yang kesal dengan pergolakan politik di Perak sekarang, rakyat menganggap perilaku pemimpin-pemimpin mereka sangat bermoral. Pada hemat saya bukan sahaja ramai yang kecewa dengan sandiwara Pak Lah dalam isu rasuah, tetapi kebobrokan Melayu akan terus sukar dipantau apabila Najib memimpin Negara. Penentangan tidak diizinkan kerana keselamatan pemimpin lebih penting daripada kesejahteraan rakyat. Pemimpin boleh buat kacau; rakyat tak boleh, mesti setuju sahaja. UMNO/BN cukup faham falsafah ini; oleh itu adalah natural dan biasa jika mereka menggunakan rasuah untuk mendapat dan mengekalkan kuasa tanpa memikirkan nasib rakyat di bawah sana. – Azlan Zainal

0 comments:

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent