Merobah Massa!

"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kata-Kata Hikmah

Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

Tazkirah

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

UMNO itu rasis!

Assalamualaikum w.b.t...

Semua pemerhati politik tahu bahawa apa yang berlaku dalam peristiwa Teoh Beng Huat ialah satu permainan kotor politik yang berpaksi kepada sifat dengki yang racist UMNO. Oleh kerana UMNO rasa mereka sekurang kurangnya dapat berpaut kepada dahan rapuh masa dalam kes penipuan dan rampasan kuasa di Perak dengan bantuan semua instrumen negara, maka nafsu serakah mereka tidak dapat dan belum dapat dipuaskan.

Mereka berkira kira untukmenjatuhkan kerajaan Negeri Selangor yang dipilih secara mengikut perlembagaan dengan cara yang sama, iaitu memperkudakan instrumen negara dengan cara mafia yang telah berkali kali mereka lakukan. Tetapi kali ini kuda kepang mereka tersilap langkah dan merungkup jatuh bersama tuan sipenunggang.

Punca mereka melakukan kerja kerja mafia ini adalah kerana sifat hasad dan dengki yang berkerak dalam qalbu mereka, dan untuk mendapat sokongan, mereka meniupkan api perkauman tentang survival Melayu, kerana, itulah satu satunya cara yang mereka tahu untuk mendapat sokongan.

Oleh itu, selesai sahaja PRU 12, mereka laungkan ketuanan Melayu. Dalam kes perompakan kuasa di Perak, semua institusi Melayu dan Islam digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang haram. Ia itu merompak.

Sekarang, dalam keadaan bertelanjang dikhalayak ramai kerana isu Teoh Beng Huat, maka laungan perkauaman ini ditiupkan semula. Mereka mengatakan pembangkang memainkan isu perkauman, kerana cuba melemahkan SPRM, satu institusi Melayu.

SPRM institusi Melayu? Atau ia institusi Malaysia?

Tak dapat beza ke antara SPRM dengan institusi Undang dan Luak?

Dalam keadaan UMNO tersepit kerana kehakisan sokongan, GAPENA pun bersuara dengan suara dan denyutan nadi UMNO, sebab pada mereka GAPENA itu gabungan penulis UMNO, dan bukan gabungan penulis nasional.

Apa yang UMNO risau, orang Melayu yang sengaja dibiarkan mundur masih lagi dan terus menerus sokong UMNO. Perhatikan keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang bagi kawasan Trung, dan pilihanraya kecil Manek Urai.

Apa yang UMNO perlu lakukan untuk terus berkuasa ialah jadikan orang Melayu mundur dan tidak berkembang secara intelektual.

Kumpulan ini akan terus menyokong mereka.

6 comments:

  1. FFCrew Team said...
     

    salam, UMNO adalah Parti Malayu. Setakat ini, tidak ada bukti kukuh bagaimanakah yang dikatakan UMNO itu resict. Untuk pengetahuan, dalam parti, UMNO adalah untuk Melayu. Tetapi, dalam pentadbiran negara. UMNO memang berkongsi dengan kaum lain. Kalau kita lihat disini, pembantu PM juga adalah seorang yang berbangsa Cina. Adakah itu dinamakan Resist! DAP, pula adalah salah satu Parti Politik yang SANGAT RESIST. Memberikan hak kepada rakan-rakan sejawat yang hanya berbangsa cina. Tidak ada lagi satu parti yang rasist selain DAP. Memberi hak yang lebih kepada kaum cina terutamanya. Mengamalkan ajaran komunisme PAS, dulunya memang marah UMNO ada hubungan dengan MCA & MIC. Mereka mengatakan bahawa tidak boleh bekerjasama dengan kaum lain. Tetapi, sekarang ini kita lihat Tuan Guru Nik Aziz memang betul-betul suka dengan Lim Kit Siang yang dia sendiri tahu bahawa perjuangan DAP adalah terhadap kaum dia. PAS tidak tetap pendirian tetapi PAS selalu dipermainkan terutamanya oleh DAP dan PKR.
    Resist UMNO adalah resist untuk perjuangan nasib anak bangsa, perjuangkan nasib anak melayu. Tidak ada kaum lain yang betul-betul bersemangat di Malaysia ini yang akan membela nasib Melayu. Melainkan Melayu itu sendiri. Dari dulu UMNO perjuangkan Melayu dan tidak lupa dengan kaum lain. Selama bawah pemerintahan UMNO, tiada masalah untuk orang Melayu. Tetapi, yang menyedihkannya... orang Melayu itu sendiri yang tidak mengambil manfaat atas apa yang diberikan.
    Minta tolong cari fakta yang sesuai sebelum berhujah

  2. FFCrew Team said...
     

    seharusnya Lan,
    ko bawak penyatuan orang Melayu ini...
    Asik komen tah pape menyokong orang yang dari dulu kita lihat memang memusuhi negara....
    DAP dan PAP (Singapura) adalah parti yang satu haluan.
    Bawalah masyarakt Melayu ini ke jalan yang benar. Bukan untuk kuasa diperjuangkan. Tetapi adalah untuk anak bangsa. Untuk melayu. berada dalam satu jemaah.

    Diharap lan, lepas ni ko berfikir sebaiknya. Kalau ko tengok berita. daripada harakah atau suara keadilan sendiri. Orang yang bertepuk tangan apabila mengetahui melayu itu tidak bersatu adalah daripada DAP. Orang Melayu sendiri tidak suka Melayu itu berpecah.

  3. pria malaya said...
     

    wa setuju dgn artikel "umno itu rasis"...

    pad FFCrew Team, sudahlah menjaja berita yg palsu dan belum tentu benar..

    anda marah org kata umno itu rasis, tapi anda sesuka hati mengatakan parti org lain pula rasis..wa bukan nk membackup DAP dlm isu ni..tp wa lebih pentingkan asas hujah anda bercakap..

    mungkin anda tak sedar, DAP yg anda kata rasis tu pun pernah membela seorang wanita melayu yg dirogol oleh seorang pemimpin melayu..

    di pulau pinang, masjid, surau, sekolah agama semakin diberi perhatian oleh kerajaan DAP, berbeza dgn kerajaan Gerakan sebelumnya itu..melayu ketika itu dlm keadaan melempat, apatah lagi Islam..

    skang DAP pun ada timbulkan nk amik calon mereka dr org melayu..so, mana hujah anda yg katakan mereka rasis..

    sepertimana umno dahulu berbeza dgn umno sekarang, begitu juga DAP dahulu berbeza dgn DAP sekarang..

    tak dinafi, umno dahulu banyak jasanya, ada peranannya..mereka jelas berjuang demi rakyat dan negara, ramai ketika itu menyokong umno..tp itu dahulu, umno skang berbeza dgn umno dahulu..seperti kata tun mahathir, umno sekarang jauh berbeza dgn umno dahulu, umno skang rasuahnya lebih teruk berbnding umno ketika pemerintahannya...

    begitu juga dgn DAP..walaupun dikatakan DAP adalah serpihan parti PAP dan sebagainya, itu dahulu..skang mereka lain, dan akan cuba dilainkan..

    tak dinafi, peringkat permulaan terdapat masalah yg wujud dr pakatan rakyat terutama DAP, tp ia adlah permulaan bg sebuah kerjasama..begitu juga ketika umno bergabung bersama MCA dan MIC suatu ketika dahulu, banyak ranjau dan duri..cuma tidak dibesar2kan kerana media ketika itu sudah dikuasai umno/BN..

    apa pun, gabungan PAS bersama PR ketika ini adalah berdasarkan tahalluf siayi PAS..jika dahulu PAS bertahalluf siayi dgn umno, kemudian dgn parti S46..kemudian keluar..kemudian bergabung pula dgn PR...semuanya adlah atas ijtihad dan hallauf siasi semasa PAS..mungkin lepas ni pas akan bertahalluf siayi semula dgn umno dan sebagainya...

    so, ini ijtihad semasa PAS, tahalluf semasa PAS..

    sepatutnya jika umno benar2 ingin memajukan melayu dan Islam, dia mulakan dari diri dia dahulu...jauhi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, buang pemimpin2 yg jelas korup dan rasuahnya...wajibkan pemimpin mengikut syariat Islam teruatama wanitanya, wajib memakai tudung dan sebagainya..

    jika ini gagal dipenuhi, jgn haraplah perubahan ataupun perpaduan yg kononnya diidam2kan oleh orang melayu dlm umno menjadi kenyataan..

    melayu akan gagah bilamana islam 'digagahkan'...
    melayu akan maju, apabila Islam 'dimajukan'..
    melayu akan dihormati apabila Islam dihormati...

    wallahua'lam...

  4. FFCrew Team said...
     

    pria malaysia

    Dalam pentadbiran memang tidak dinafikan ada sahaja masalah. Itu adalah lebih baik pada kerajaan yang ada pada sekarang ini.

    Kalau kita lihat, dalam kerajaan. UMNO berani menampilkan menteri yang telah melakukan kesalahan. Seperti mana yang kita selalu tengok bahawa UMNO itu sendiri mengenakan tindakan terhadap pemimpin dia yang melakukan kesalahan. Seperti politk wang.

    Jelas kelihatan.. pemimpin no.3 UMNO sendiri disingkirkan dihadapan media sewaktu dahulu. Kita nampak disini memang UMNO membersihkan parti dia daripada politik wang, dan sabagainya. Ini sebenarnya memalukan UMNO itu sendiri.

    Tetapi,Adakah itu lebih baik daripada dalam sesebuah pemerintahan ada yang melakukan kesalahan tetapi mereka tetap sahaja merahsiakan dan kembali menyalahkan kerajaan diatas kesalahan dia sendiri.

    Jikalau kita masih tidak menghargai tentang kepentingan UMNO dalam masa politik sekarang ini. Sudah tentu, ramai anak melayu tidak dapat masuk ke Universiti (sudah tentu anda tahu, universiti mana yang menempatkan lebih 100 000 orang melayu yang diberi peluang). Resist UMNO adalah resist yang berpada-pada. Tidak seperti rasist yang diamalkan oleh kaum lain. Kepentingan Hak Melayu dikekalkan dan kaum lain tidak dilupakan. Yang penting UMNO adalah satu-satunya parti yang sedaya uapaya mengekalkan hak Melayu itu sendiri. Kadang-kadang yang kesiannya, melayu itu sendiri yang tidak mengambil peluang. Tetapi, dok sibuk jatuhkan orang yang telah dapat peluang. Kononnya tidak adil.

    Berbalik itu DAP dan PAP. Ini jelas, DAP masih ada lagi hubungan PAP. Adakah anda memejam mata sewaktu penasihat Singapura Lee Kuan Yew datang ke Malaysia. Beliau juga mengadakan lawatan ke Perak. Sewaktu itu, kerajaan negeri Perak masih lagi dalam kemelut Politik apakah sebabnya Lee Kuan Yew datang ke Perak? Dan, mengapa pemimpin DAP di negeri Selangor menjadikan bangunan SUK sebagai gerakan kongsi gelap mereka?

    Fikirkan sesuatu fakta... bahawa Islam masih terpelihara semasa dalam pemerintahan BN. Belum tentu PAS mampu menguasai pentadbiran jika anda lihat dalam kerajaan negeri sahaja PAS seperti tidak dapat buat apa-apa dalam kerajaan negeri bawah pemerintahan pakatan rakyat. Bila sahaja PAS nak bersatu dengan UMNO ada sahaja suara kecil PAS dan suara PKR & DAP yang menentang usaha itu. Mereka memang suka kalau penyatuan ini dibubarkan.

  5. pria malaya said...
     

    salam FFCrew team..

    wa nk ulas dua isu yg sedara timbulkan..

    1) rasuah/politik wang

    sedara kata semua pemimpin lu yg terlibat rasuah disingkirkan parti..

    nampaknya sedara tidak mengikuti hal ehwal semasa politik tanah air..sedara masih ingat bagaimana Khairy yg didapati bersalah oleh lembaga disiplin umno atas dakwaan rasuah masih diangkat menjadi KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA?..apakh sedara tidak menyedari hakikat ini/ apakah sedara menyokong khairy dlm isu ini?

    kita lihat pula bagaimana KETUA MENTERI MELAKA, ali rustam, jelas didapati bersalah oleh lembaga disiplin umno atas dakwaan rasuah, beliau akhirnya dilarang bertanding dlm pemilihan agung umno yg lalu..tapi sungguh malang, orang yg jelas2 didapati melakukan dosa besar, rasuah, masih dikekalkan sbg ketua menteri bagi negeri melaka?

    apakah semua ini tanda umno sudah berjaya dan bersungguh2 mahu mengahpuskan rasuah..banyak lagi contoh kes lain yg boleh shj disebutkan disini, itupun jika sedara mahu...

    mungkin juga sedara masih ingat kata2 TUN DR M. apabila ditanya wartawn apa reaksi beliau sempena 100 hari pentadbiran najib, jawapan Tun, banyak yg negatif berbanding positif...saya ulang sekali lagi, BANYAK YG NEGATIF BERBANDING POSITIF..dan antara alasan dan hujah tun mahathir ialah, najib masih melantik dan mengekalkan pemimpin korup dan rasuah dlm pemerintahnnya..

    so, apa reaksi sedara??

    2) Lee kuan yew..

    saya nk ulas sedikit isu ni..sedara telah menilbukan syak wasangka terhadp apa yg berlaku..tanpa bukti dan hujah yg kongkrik, sedara mewujudkan spekulasi nakal terhadap lawatan atau kunjungan LKY...

    mungkin sedara ingin bersangka buruk terhadp apa shj yg dilakukan oleh orang kafir..sedangkan Islam mengajar umatnya bersangka baik waima terhadap orang bukan islam, tapi dlm masa yg sama hendaklah berhati2 dan berwaspada..inilah yg sebaiknya ahklak yg patut ditonjolkan masyarakat islm, bukan hasad dan bersangka buruk selama2nya...

    sedara juga mungkin lupa LKW juga ada melawat tok gru nik aziz dan PAS itu sedniri...malah beliau juga mengunjungi rosmah mansor, apakah sedara tidak mahu menilbulkan spekulasi bahwa LKY mempunyai agenda bersama rosmah mansor untuk menjahanamkan Islam atau negara?

    saya minta jawapan balas sedara..
    saya sedia menunggu di blog saya, .wallahua'lam..

    http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

  6. Hazz said...
     

    salam sedara
    klu nk behujah memang xhbis....hakikat politik memang begitu...mesti ada baik dan jahat.tetapi UMNO bukan spt dahulu lg(sy penyokong umno).lihat perkara yang berlaku di langkawi.kg nilam.komuniti burma diberi i/c biru dengan mudahnya.diberi bantuan penempatan(rmh taman),lesen perniagaan sedangkan anak watan tidak mendapat apa faedah.semata2 untuk mengekalkan kuasa sangup menjual negara.INI PENGKHIAnat.pergilah...lihatla sendiri...saudara masih menyokong umno untuk org melayu...saya xsalahkan saudara sbb saudara belum lihat dengan mata kepala saudara sendiri bagaimana umno mengkhianati negara semata2 krn kuasa.begitu mudahkan memberi hak kerakyatan(ic biru)dgn syarat undilah b.n. cuba saudara bersikap adil pd diri saudara....baca artikel dr pembangkang...kmudian nilai.dan jgn lupa berkunjung ke kg.nilam langkawi...

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent