Merobah Massa!

"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kata-Kata Hikmah

Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

Tazkirah

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

Di mana uniknya Gerakan Islam-PAS?

Ada analisis dalam Malaysian Insider mengandaikan bahawa non melayu dan non Muslim mengundi PAS dalam PRU12 bukan kerana mereka sukakan PAS, tetapi kerana mereka tidak mahu UMNO. Saya tidak tolak kenyataan tersebut keseluruhannya, tetapi benarnya adalah sedikit. Ada kalangan non melayu dan non Muslim yang mengundi PAS kerana mereka mahukan PAS dan mereka yakin dengan PAS.

Kenapa? kerana ada sesuatu yang unik dan indah dalam PAS yang tidak terdapat pada parti parti lain. Kerana ia merupakan Jemaah Islam.

Isu kerajaan perpaduan yang melanda PAS baru baru ini adalah satu isu yang besar yang boleh memecah belahkan PAS, kerana jelas terdapat pembahagian sokongan kepada dua kelompok utama. Ia dikemelutkan lagi dengan tindakan dan keceluparan yang dieksploitasi oleh media. Di sinilah uniknya PAS, yang menyelesaikan masalah bukanlah sikap, tetapi tarbiyah.

Di sini juga unik dan cantiknya tindakan yang diambil oleh pimpinan PAS, terutamanya Mursyidul 'Am. Sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dan perlu ditegur, maka ia ditegur, tidak kira setinggi mana jawatan yang dipegang dalam parti. Kalau sekiranya setelah teguran diberi, masih lagi tidak dapat membaca suasana, maka perlu diambil tindakan yang lebih keras, walaupun itu menjadi pilihan yang terakhir. Kalau perlu dirotan, maka dirotan, kalau perlu dikuarantin, maka dikuarantin, kalau perlu dipancung, maka dipancung.

Apabila kesedaran timbul setelah dikena tindakan , maka segala yang keruh dijernihkan dengan sifat ukhuwah yang telah sedia ditanam dan cara adab berjamaah yang telah ditarbiyah. Tiada luka dan tiada parut. Menegur jua satu daripada adabnya.

Hanya yang bawah dan yang tidak bertanggung jawab sahaja, yang sejak mula kurang hajar dan celupar, cabul serta laser terhadap Mursyidul 'am yang belum dipancung tetapi akan menerima pancungan. Tidak di dunia mungkin di akhirat.-Azlan Zainal

Tahniah Semua, NO to UG: Sah 'ALL MALAY' tidak relevan lagi!

Assalamualikum w.b.t!

Tahniah Jamaah Islam, tahniah pimpinan PAS. Tahniah pimpinan PR. Tahniah Mursyidul 'Am dan Tahniah Tuan guru Haji Abdul Hadi Awang. Tahniah semua !!!

Keputusan semalam, memperlihatkan jiwa besar pimpinan kita. Segala yang berlaku, dijadikan sebagai pengajaran untuk kita bersama dalam menerusi usaha dakwah islamiyyah kita di masa akan datang dengan menggunakan wadah politik kepartian.

Sebaik sahaja selesai PRU 12, timbul satu usaha untuk mewujudkan kerajaan sepenuhnya Melayu di Selangor, Perak dan Kedah. Dan tentulah umpannya ialah jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor dan Perak, bagi Kedah dan Kelantan pula jawatan tersebut memang telah tersedia masuk ke medan PAS.

Pemburuan kepada gagasan All Malay ini bukan sahaja dilakukan oleh taiko-taiko UMNO, tetapi juga oleh pelbagai pihak yang kononnya sangat sangat prihatin dengan nasib bangsa Melayu. Antara pihak yang telah dikenal pasti sama memainkan peranan ialah para katak dan mupeti. PAS diumpan dengan pelbagai janji dan dirayu dengan aliran air mata semata mata kononnya untuk kepentingan ummahMelayu.

Gagasan ini hampir menjadi kenyataan kalau tidak kerana tiada keizinan Allah. Sekiranya gagasan ini menjadi kenyataan, PAS pada hari ini akan berada dalam keadaan yang lebih menyayukan dan lebih menghibakan. Ia adalah kerana PAS pasti akan dilihat sebagai penikam kawan dari belakang.

Masalah UMNO pada hari ini adalah kerana kelucahan tangan mereka sendiri. Mereka sering dan sentiasa mencebuk sistem pengagihan kerusi dengan melakukan gerrymendering, satu proses merobek robek persempadanan kawasan konstituensi. Tujuannya ialah untuk memberi keuntungan undi kepada mereka dan memecah belahkan kekuatan lawan. Dalam persempadanan 2004, bacaan mereka yang menjadi asas gerrymandering mengena, dan mereka menang besar.

Tetapi asas ini berubah dalam PRU 12. Asasnya ialah non Melayu akan memberi undi kepada UMO/BN. Asas ini runtuh. Dengan itu, kekuatan fondasi UMNO dan kekuatan fondasi BN turut sama runtuh, dan keruntuhan ini akan berterusan dalam PRU 13. Dengan percakaran dalaman komponen BN, maka saat redum mereka semakin sangat hampir.

Oleh itu, sekiranya dimanipulasikan sususan kekuatan politik, iaitu, sekiranya kekuatan politik ini diasaskan kepada all Melayu, maka tahta UMNO kelihatan boleh terjamin, sekurang kurangnya bertahan sehingga pasca PRU 13. Untuk merealisasikan ini, satu satunya jalan ialah dengan melamar dan mengajak PAS bergabung dalam gagasan ini.

Tiba tiba PAS pula yang melontarkan idea unity government, yang memang dinanti nanti oleh UMNO, maka ini adalah satu peluang keemasan yang tidak boleh dibiar berlalu begitu sahaja. Oleh kerana itu, kita perhatikan pemuka pemuka UMNO seperti Najib, Mahyuddin, Rais, Khairy, Hisyamudin terkodek kodek untuk menghulurkan salam ukhuwah kepada PAS. Tidak ketinggalan juga saf katak dan mupeti.

Sekiranya gagasan ini menjadi realiti, ia akan diasaskan kepada kerajaan Melayu seluruhnya, yang akan membedah semula fabrik kerukunan dan keharmonian yang telah dipupuk selama 50 tahun. Ia akan meruntuhkan trust dan saling percaya antara rakyat, dan menjerumuskan negara ke satu kemelut besar yang tidak berkesudahan.

Gagasan kerajaan all Malay adalah tidak tenable dan releven lagi. Sewajarnya semua parti yang berasaskan kaum dan bertuhankan kepentingan perkauman diharamkan semua!-Azlan Zainal

Jangan masuk perangkap UMNO!

Lihatlah kaum Satu Malaysia sudah sokong 'Kerajaan Perpaduan':

‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan. – Harusani, Mufti Perak merangkap penasihat UMNO, ulama' BN.

UMNO bersikap terbuka kerana yang penting sekali ialah usaha untuk merealisasi kerajaan perpaduan mestilah membawa kebaikan kepada rakyat dan negara secara am.- Najib Tun Razak, PM

“Idea yang dicadangkan Nasharudin itu patut dikaji semula kerana beliau adalah seorang pemimpin yang bijak dan saya yakin tujuannya adalah untuk kebaikan semua dan beliau ikhlas dalam perjuangannya. – Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO

Saya juga yakin keinginan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa untuk mewujudkan kerjasama dengan UMNO ke arah kerajaan perpaduan adalah sejajar tuntutan Islam dan secara tidak langsung sama dengan misi perjuangan politik Menteri Besar Kelantan itu.- Ibrahim Ali, MP Pasir Mas, tetapi bertanding atas tiket PAS

“Semua pihak yang tidak bersetuju dengan agenda menjayakan kerajaan perpaduan seperti yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini diminta mendiamkan diri. Saya doakan PAS tidak berpecah dua!”- Hishammuddin Tun Hussien, Naib Presiden UMNO.

Tidak pelikkah kita dengan kenyataan-kenyataan ini....
Fikirkan sejenak dan cuba renungkalah wahai pimpinan PAS dan para ahli sekalian.

Kerajaan Perpaduan yang diwiridkan semahu mahunya oleh Nasaruddin, Mustapha Ali dan beberapa kerat lagi agen agen UMNO telah membuatkan jemaah PAS yang kita sayangi ini porak peranda.

Mursyid al-'Am yang kita ketahui begitu lemah lembut perwatakannya boleh meloncat marah dan sangat bimbang apabila zikir dan wirid harian Nasharuddin ini sampai ke pengetahuannya. Walaupun beliau sedia maklum tentang pertemuan dalam gelap di antara Nasharuddin dan UMNO-BN, tetapi Mursyid al-'Am tidaklah begitu mempedulikannya kerana Nasharuddin tidak melafazkannya itu secara terang terangan.

Namun, apabila beliau sekali lagi diberikan mandat sebagai Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin telah cuba untuk mengijazahkan wirid yang diamalkannya itu kepada para muktamirin. Diulangi sekali lagi, setelah beliau sekali lagi menang jawatan Timbalan Presiden.

Kita amat yakin bahawa Nasharuddin pasti jatuh tersembam ke bumi jika beliau cuba menzahirkan wirid sembunyi sembunyi yang diamalkannya ini sebelum pengundian berjalan.

Ada orang yang boleh jadi agak kurang jitu pengamatannya menuduh golongan yang menentang Nasharuddin dan wiridnya itu adalah merupakan golongan yang tidak menghormati pilihan muktamirin tetapi sedarkah pihak pihak tersebut bahawa penentangan ini dilakukan selepas Nasharuddin menang bukan kerana keengganan kami menerima kemenangan Nasharuddin tetapi kerana beliau menzahirkan wirid Kerajaan Perpaduannya itu selepas beliau menang. Jika awal awal beliau memaklumkan idea jahatnya itu, maka tentulah awal awal lagi Nasharuddin sudah kami kafankan.

Ada orang menuduh kamu sebagai kelompok yang tidak wala' kepada pimpinan. Pada kami, kami tidak berkecil hati dengan tuduhan sebegini kerana kami tahu jalan yang kami pilih ini akan membuatkan rakan-rakan mungkin bertukar menjadi seteru kami. Tidak mengapalah. Kami memilih untuk melaluinya.

Sungguhpun begitu, kami mohon pihak pihak yang menembak kami dengan peluru jenama "tidak wala'" itu mempelajari dan memperhalusi semula apa erti wala' dalam konteks sebuah gerakan Islam seperti PAS.

Wala' dalam konteks sebuah gerakan Islam adalah bererti wala' kepada keputusan yang dibuat oleh pimpinan jemaah secara jam'ie dan bukannya wala' kepada individu yang memimpin ataupun wala' kepada keputusan pimpinan yang dibuat di luar mesyuarat.

Ketaatan kepada pimpinan bererti ketaatan kepada manusia dan ketaatan jenis ini adalah ketaatan yang bersyarat iaitu selagi mana pimpinan itu mentaati Allah dan Rasul, maka wajib bagi kita mentaatinya.

Dalam konteks jemaah, selagi mana keputusan pimpinan itu tidak mendatangkan mudharat kepada jemaah dan dakwah, maka wajib bagi kita ahli bawahan mematuhinya. Namun, sekiranya keputusan pimpinan itu mendatangkan kemudaratan kepada jemaah dan dakwah, maka wajib bagi kita menegurnya. Apatah lagi jika keputusan itu adalah keputusan yang dibuat secara sembunyi sembunyi oleh beberapa kerat pimpinan tanpa melalui saluran yang syar'ie iaitu mesyuarat rasmi.

Wala' kepada keputusan pimpinan bergantung kepada cara atau saluran bagaimana yang digunakan untuk membuat keputusan tersebut. Juga bergantung kepada kesan jangka panjang keputusan tersebut. Bukan soal siapa yang memutuskan keputusan itu sama ada Presiden, Timbalan Presiden atau pimpinan yang lain lain.

Seterusnya, sebagai sebuah gerakan Islam, seharusnya ada pihak yang memainkan peranan sebagai pemudah cara atau sebagai pendamai apabila timbulnya bunga bungan masalah dalaman. Malangnya, perkara ini tidak wujud dalam gerakan Islam PAS. Apa-apapun Kami para pendokong dan penyokong lebih sayangkan Jamaah dan Islam lebih dari seorang pimpinan. -Azlan Zainal

Masih belum terlambat..!

Lama sudah rasanya tidak menaip dan menekan di papan kekunci untuk meneruskan isu terkini, pagi ini saya rasa sedikit terpanggil untuk menulis tentang sedikit luahan hati, yakni mengenai parti PAS.

1. Presiden PAS kata isu kerajaan perpaduan ini telahpun dipersetujui oleh PKR dan DAP.

2. Mursyidul AM PAS kata kerajaan perpaduan ni mengarut,

3. DAP dan PKR kata perkara ini tidak pernah dipersetujui oleh mereka,dan mahukan penjelasan lanjut dari Presiden PAS.

4. Mursyidul 'Am PAS Tuan Guru Nik Aziz mengatakan bahawa kerajaan perpaduan ini 'Boneka UMNO'

5. Tuan Guru amat marah dan minta timbalan Presiden PAS tinggalkan PAS sertai UMNO.

Daripada 5 perkara di atas, adalah lebih afdal kepada Presiden PAS, ataupun sesiapa sahaja yang pemimpin dan ahli-ahli PAS yang menyokong gesaan kerajaan perpaduan ini supaya fikir kembali, apa yang membuatkan PAS sampai ke tahap ini sekarang? Tahap di mana, kaum bukan Islam memberi sokongan kepada PAS pada 8 Mac 2008 dan juga pada pilihanraya-pilihanraya kecil yang disertai oleh PAS selepas 8 Mac.

Saya pasti, tidak ramai di antara penyokong ataupun ahli-ahli PAS, mahupun pemimpin-pemimpin PAS itu sendiri mengenai kejayaan mereka pada 8 Mac 2008 dan pilihanraya kecil Bukit Gantang khususnya, apabila PAS menerima undi daripada kaum bukan Islam yang besar jumlahnya.

Jadi persoalannya sekarang, mengapa? Jawapannya begitu mudah, pengundi-pengundi ini mengundi parti yang lambangnya selain lambang DACING (BN). Bukti? PAS menang di kawasan-kawasan multiracial seperti di Perak, bukan hanya di kawasan yang hardcore Melayu seperti di Kedah dan Kelantan.

Mungkin ketika 8 Mac 2008, pengundi-pengundi ini tidak mempunyai pilihan lain kerana perasaan amarah, benci dan mual terhadap BN/UMNO. Oleh itu, mereka mengundi parti lain, iaitu PKR,DAP dan termasuklah PAS. Dan sokongan ini diteruskan, malah terus bercambah semasa pilihanraya-pilihanraya kecil selepas 8 Mac 2008. Sokongan Melayu mungkin boleh disimpulkan terpecah kepada 2, kepada PAS/PKR dan BN/UMNO. Tetapi bagi Cina dan India, sokongan mereka jelas memihak kepada PKR/DAP/PAS. Itu jika kita lihat daripada pecahan mengikut kaum.

Dari segi pecahan umur, rakyat muda belia (seperti saya) juga jelas dan terang-terangan memihak kepada PKR/DAP/PAS. Bukti? Selepas secara rasmi BN kalah di Pulau Pinang, anak-anak muda berbangsa Melayu, samada menaiki motor atau berjalan kaki, berarak dengan mengibar bendera PAS dan DAP.

Bila dan di mana lagi fenomena ini pernah dilihat atau akan dilihat sekali lagi?

Oleh itu, amatlah mendukacitakan jika para pemimpin PAS dan ahli-ahli PAS terus menokong gesaan kerajaan perpaduan dan berbincang dengan UMNO, kerana sokongan serta kekuatan yang PAS ada sekarang adalah hasil kebencian rakyat kepada UMNO/BN. Saya berasa sangat gusar, jika pemimpim-pemimpin PAS dan ahli-ahlinya yang menyokong kerjasama dengan UMNO ini diteruskan, PAS akan kehilangan sokongan yang telah diterimanya sebelum ini, dan ini secara tidak langsung akan melemahkan Pakatan Rakyat.

Harus diingat, lembu dipegang dengan talinya, manusia dipegang dengan janjinya. PAS adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat, dan sudah tentu ada perjanjian yang sudah termetrai di antara ketiga-tiga parti ini, janganlah memungkiri janji dan ‘mutual understanding’ yang telah dicapai. Pintalah persetujuan daripada PKR dan DAP dahulu sebelum meneruskan kerjasama dengan UMNO, hormatilah dan jagalah perasaan rakan-rakan kita, jangan kita mudah lupa apa yang membawa kita ke tahap sekarang.

Saya khuatir, PAS bukan sahaja akan kehilangan sokongan daripada kaum bukan Islam tetapi juga daripada pengundi-pengundi muda. Masih belum terlambat. Kuburkan UMNO di Manek Urai, talqinkan mereka pada pilihan raya ke-13 -Azlan Zainal

Tariklah segera, redakan...

ISU Kerajaan Perpaduan ini sebenarnya sudah lama didengari dalam PAS iaitu sebelum muktamar lagi. Walau bagaimanapun, isu ini tamat diperkatakan apabila Tuan Guru Presiden PAS di dalam kenyataannya berkata bahawa `Tiada lagi Kerajaan Perpaduan' bersama Umno sejurus Najib mengambil alih jawatan PM menggantikan Pak Lah. Alhamdulillah, isu tersebut dinoktahkan dan semua ahli Pas serta rakan-rakan di dalam PR bergembira dengan keputusan muktamad Tuan Guru Presiden tersebut. PR bersama PAS dilihat lebih bersemangat selepas itu sepertimana yang telah dapat dibuktikan di dalam beberapa pilihanraya kecil selepas itu.

Entah mengapa dan kenapa, tiba-tiba terpacul semula isu ini di dalam Muktamar PAS baru-baru ini. Mungkin, ada beberapa kerat pemimpin yang masih tergila-gila dengan usaha sama PAS dengan Umno ini yang kecewa teramat sangat apabila Tuan Guru Presiden menoktahkan isu tersebut sebelum ini. Maka, isu ini timbul semula di dalam keadaan `versi' yang agak berbeza serta diubahsuai agar kelihatan lebih `Islamik atau Syarie'. Pokoknya, perpaduan itu menyebut nama Umno iaitu satu nama yang teramat jelik di hati rakyat terutamanya di Perak. Muktamar mungkin tidak terasa bagaimana sukarnya Ir Nizar berhadapan dengan Umno di Perak di dalam keadaan wakil Pas di dewan paling kecil jumlahnya daripada wakil DAP dan PKR. Namun, Ir Nizar bersyukur kerana di Perak, PR telah membuktikan bahawa PR mampu senang dan susah bersama, bahkan sanggup mati demi maruah PR sendiri.

Saya suka membezakan sikap dan pengorbanan rakan-rakan di dalam PR di Perak dengan Selangor. Di Selangor, awal mula pertama mula PR menawan Selangor, sudah ada pemimpin yang otaknya tidak keruan kerana gagal mendapat majoriti kerusi partinya bagi membolehkan dilantik sebagai MB Selangor. Tanpa rasa bersalah dan berdosa, pemimpin ini sanggup berjumpa pemimpin Umno sehingga ke peringkat PM ketika itu bagi membincangkan `perpaduan' bersama Umno, kononnya. Tidak menjadi rahsia lagi, pertemuan yang saya anggap `keluar dari kelambu dan masuk kelambu' orang lain itu turut membincangkan sekiranya `perpaduan' bersama Umno di Selangor ini berjaya, pemimpin tertentu ini telah dicadangkan sebagai MB Selangor dan bukannya Tan Sri Khalid. Inilah pengkhianat yang kini masih berada di dalam parti dan lebih berbahaya lagi memegang jawatan penting, dan ironinya pemimpin ini `terselamat' dari sebarang tindakan disiplin parti dan jamaah Islam.

Setelah mereka ini gagal di dalam pengkhianatan pertama mereka, usaha terus dijalankan dan digunakan muktamar yang mulia ini sebagai pembawa `virus' mereka. Kini, virus tersebut mula melanda di dalam parti dan dilihat semakin parah. Pemimpin ini sedar bahawa majoriti perwakilan tidak menyokong serta bersubahat dengan usaha khianatnya, maka di`sejukkan' suasana dengan menyeru ahli-ahli dan rakan-rakan dalam PR agar `Lupakan sahaja Isu Kerajaan Perpaduan'. Begitu mudah lidah berbicara untuk menyelamatkan diri masing-masing. `Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.

Pada pandangan saya, tiada jalan lain yang dapat dilakukan oleh pimpinan kecuali secara tegas dan muktamad membatalkan segala ucapan berkaitan isu ini. Keputusan muktamar yang lalu diguna pakai semula termasuk kata-kata Tuan Guru Presiden sebelum ini bahawa isu `Kerajaan Perpaduan' bersama Umno dinoktahkan. Jangan kita salahkan rakyat dan ahli yang memperbesarkan isu ini kerana isu ini sememangnya besar, jika tidak masakan disebut di dalam muktamar?

Ingatlah Wahai Ahli PAS!

Jangan Lupa Pengorbanan Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS adalah seorang tokoh LEGENDA dalam PAS hinggakan jasa dan pengorbanannya tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Adakah ahli-ahli PAS lupa bahawa Ustaz Fadzil Noor yang merintis jalan penubuhan Barisan Alternatif yang kini menjadi Pakatan Rakyat?

Ustaz Fadzil Noor jugalah yang merintis jalinan persaudaraan dan pakatan dengan Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar telah melukakan hati Ustaz Fadzil Noor semasa di dalam UMNO, tetapi Ustaz Fadzil telah memaafkan itu semua. Mereka bersatu hati, tenaga dan berjuang dalam Gelombang Reformasi 1998 yang mencatatkan sejarah tanahair Malaysia.

Jika tidak kerana keberanian Anwar Ibrahim yang rela dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, jika tidak kerana ketulusan hati Ustaz Fadzil Noor yang rela memaafkan sahabatnya, sudah tentu Gelombang Reformasi 1998 tidak akan berlaku.

Reformasi 1998 - bonus kepada PAS

Gerakan Reformasi 1998 yang dirintis oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor adalah bonus dan membawa keuntungan kepada PAS dan pembangkang. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan terbuka minda dalam berpolitik.

Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat masih memuja dan mengagungkan UMNO dan BN. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan nampak dan sedar penipuan dan pembohongan UMNO dan BN.

Kerana Reformasi 1998 jugalah rakyat mula berani mendampingi PAS, satu parti yang dipandang ekstrim satu masa dulu. Kerana Reformasi 1998 jugalah PAS menjadi kuat hingga berjaya menawan Terengganu pada PRU 1999 dan menang kerusi Parlimen terbanyak dalam sejarah. Lupakah kita semua?

Jangan Lupa Ungkapan Kata Ustaz Fadzil Noor

Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata bahawa “Gelombang Reformasi 1998 ini tidak akan berhenti malah ia akan terus menggoncang pentas politik Malaysia. Tunggulah hasilnya selepas 10 tahun.” Itu ungkapan beliau semasa berucap di rumah saudara Anwar Ibrahim.

Nah! Lihat sahaja kebenaran. Selepas 10 tahun iaitu pada tahun 2008, UMNO dan BN tumbang dalam PRU2008. Mereka hanya diselamatkan oleh undi dari Sabah dan Sarawak. PAS bersama pembangkang lain telah memperolehi kerusi terbanyak dalam sejarah dan telah menang di 6 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta berjaya menembusi kubu kebal UMNO di Negeri Sembilan dan Johor!

Itu semua hasil daripada benih Gerakan Reformasi 1998 yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor. Lupakah kita semua?

Anwar kini keseorangan

Kini pengasas Gerakan Reformasi hanya tinggal seorang. Ustaz Fadzil Noor telah lama pergi meninggalkan kita semua. Anwar Ibrahim pula seolah-oleh dipinggirkan oleh sekutu rapatnya iaitu PAS.

Ya, memang segala yang berlaku adalah kehendak Allah SWT tetapi Allah telah berfirman bahawa “Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia sendiri yang berubah.” Maka jasa dan pengorbanan saudara Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran dan keadilan mesti dihargai dan diingati.

Jika Ustaz Fadzil Noor masih hidup, PASTI DIA AKAN SEDIH DAN MENANGIS MELIHATKAN NASIB SAHABATNYA ANWAR IBRAHIM YANG DISISIHKAN OLEH PARTINYA SENDIRI IAITU PAS.

Setiap kali Anwar ke Kedah, beliau akan mengambil kesempatan menziarahi sahabatnya Ustaz Fadzil Noor di makamnya di Kedah. Pasti saudara Anwar Ibrahim menangis dan mengalirkan airmatanya mengenangkan jasa dan kepercayaan sahabatnya yang tidak pernah pudar, dan mengenangkan nasib dirinya tanpa Ustaz Fadzil di sisi. Kalaulah Ustaz Fadzil Noor masih ada, itu keluhnya.

Jangalah kita robohkan jambatan yang dibina Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz. Tinggalkanlah 'Kerajaan Perpaduan', perkasakan Pakatan RAKYAT!.

INGATLAH WAHAI AHLI PAS…

Semua adalah milik ALLAH!

Dunia ini Allah punya segala-segala yang ada di dalam dunia ini pun Allah punya. Bahkan kita manusia ini pun Allah yang punya. Justeru itu pada hakikatnya, kita tidak memiliki apa-apa sebaliknya kita dimiliki. Kalaupun kita ada mempunyai harta kekayaan, wang ringgit yang menimbun-nimbun, kekayaan itu bukan kita punya. Itu milik Tuhan. Kekayaan itu termasuk diri kite sendiri, ia juga adalah milik Tuhan.

Kita sebagai manusia dalam keadaan apa sekalipun adalah miskin. Kita bila-bila pun miskin. Kite tetap miskin. Kalau kita kaya dan mempunyai harta, kita hanya tukang jaga kekayaan Tuhan. Kita hanya tukang tadbir kekayaan Tuhan. Kita boleh ambil sekadar yang kita perlu dari kekayaan kita tetapi yang selebihnya mesti digunakan untuk manusia lain yang memerlukan dan untuk masyarakat. Allah jadikan harta dan kekayaan itu untuk manusia seluruhnya, untuk keperluan semua hamba-hambanya. Segala rezeki dan kekayaan yang Allah kurniakan itu cukup untuk hamba-hambaNya di muka bumi ini. Hanya rezeki, harta dan kekayaan itu tidak diberi sama banyak dan sama rata. Ada yang dapat lebih. Ada yang dapat kurang. Supaya ada manusia yang kaya dan ada manusia yang miskin.

Allah jadikan miskin kaya bukan secara kebetulan. Kalau dalam masyarakat manusia semuanya miskin, maka tidak akan ada penggerak ekonomi, tidak akan ada pencetus industri, perniagaan dan perdagangan. Tidak akan ada pembela bagi orang yang fakir dan miskin. Ekonomi masyarakat tidak akan wujud dan berkembang. Manusia hanya akan sibuk mencari makanan sehari-hari untuk diri dan keluarga masing-masing. Semua manusia akan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidak akan berlaku interaksi, usahasama, kerjasama, khidmat dan saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Tidak akan ada kemajuan. Tidak akan terbangun masyarakat, tamadun dan peradaban. Semua manusia akan hidup macam orang asli atau kaum aborigin yang semuanya samasama miskin.

Sebaliknya kalau dalam masyarakat manusia semuanya kaya-kaya belaka, maka kekayaan itu tidak ada apa-apa makna. Orang kaya akan menjadi susah juga. Siapa yang akan menanam padi. Siapa yang akan ke laut menangkap ikan. Siapa yang akan menternak lembu, kambing dan ayam. Siapa yang akan menanam sayur dan pokok buah-buahan. Bukankah ini semua kerja orang miskin. Apa yang orang kaya hendak makan. Takkan hendak makan duit, emas, perak, intan dan berlian. Siapa yang akan bina rumah, buat jalan, angkut sampah, potong rumput, menjadi pekerja bekalan air dan elektrik dan beribu-ribu macam khidmat lagi.

Kalau hendak gerakkan industri dan ekonomi pula siapa yang akan jadi buruh. Siapa yang akan jadi pekerja. Siapa yang akan jadi penyelia. Akhirnya siapa yang akan jadi pembeli atau pengguna bagi barangan dan khidmat yang dikeluarkan. Adanya miskin dan kaya itu adalah rahmat dari Tuhan supaya manusia boleh mencipta kehidupan, membina masyarakat dan menggerakkan tamadun. Supaya manusia kenal-mengenal, bantu-membantu, saling perlu-memerlukan dan berkasih sayang di antara satu sama lain. Tanpa adanya miskin dan kaya di kalangan manusia, maka tidak akan ada interaksi. Tidak akan ada masyarakat.

Namun begitu, rezeki dan kekayaan yang Allah limpahkan ke bumi ini adalah untuk semua manusia walaupun pembahagiannya tidak sama banyak dan tidak sama rata. Justeru itu apabila ada orang atau pihak yang tidak menjaga dan tidak mentadbir harta dan kekayaan yang Allah amanahkan kepada mereka dengan baik, maka akan berlakulah bencana. Apabila orang kaya tidak menyama ratakan harta kekayaan mereka kepada fakir miskin dan yang memerlukan, maka akan datanglah malapetaka. Apabila orang kaya mula merasakan kekayaan mereka adalah hak mereka sendiri dan bukan hak Allah yang perlu diagih-agihkan, maka akan turunlah laknat dan bala.

Rezeki, harta dan kekayaan Allah itu adalah untuk semua manusia dan masyarakat bukan untuk manusia yang tertentu sahaja. la mesti disama ratakan. Kalau tidak akan timbul kelas dan kasta kaya miskin dalam masyarakat yang satu sama lain benci-membenci, curiga-mencurigai, hina-menghina dan dengki mendengki. Masyarakat akan menjadi kucar- kacir, kacau-bilau, bergaduh dan berkelahi. Akan belaku berbagai bentuk jenayah dan penindasan. Hilang ukhwah dan kasih sayang. Manusia tidak kira kaya atau miskin akan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan.

Oleh itu, semua manusia terutama yang kaya, perlu memiskinkan diri. Memiskinkan diri ini bukan bererti kita mesti jatuh miskin. Memiskin diri ialah menyedari dan merasakan bahawa kita sebagai manusia, hakikatnya adalah miskin dan tidak punyai apaapa. Kesemua kekayaan adalah hak Allah semata-mata. Kalau pun kita kaya dan berharta, kita tahu dan kita sedar bahawa kita sebenarnya miskin. Kekayaan yang ada itu adalah amanah dari Allah yang wajib kita jaga dan tadbirkan mengikut kehendak-Nya.

Kita boleh ambil setakat mana yang perlu sahaja dan menggunakan yang selebihnya untuk golongan fakir miskin dan masyarakat. Memiskin diri ertinya merasakan kekayaan kita bukanlah hak kita tetapi hak Allah untuk diagih-agihkan kepada golongan miskin dan masyarakat. Inilah sebenarnya erti zuhud. Zuhud bukan bermaksud tidak kaya atau tidak berharta. Zuhud ertinya tidak merasakan kekayaan dan harta ini kita punya. Zuhud ertinya merasakan harta dan kekayaan itu kepunyaan Allah yang perlu diagihkan kepada yang berhak.

Zuhud ertinya mempunyai kekayaan di tangan tapi tidak di hati. Orang yang zuhud ialah orang yang telah memiskin dirinya hingga mudah baginya menggunakan kekayaannya untuk masyarakat dan golongan yang memerlukan.-Azlan Zainal

Sebaik-baik pemimpin dan Ulama'

"Sebaik-baik pemerintah adalah yang mendatangi ulama, seburuk-buruk ulama adalah yang mendatangi pemerintah"

(peringatan dari Syaikh 'Ali bin 'Atiyyah al-Hamawi (w:936H)

Perkataan ini sangat popular dan disandarkan kepada Rasulullah SAW dalam banyak kitab-kitab turath yang membincangkan tentang akhlaq ulama. Syaikh 'Ali al-Hamawi menyebut 3 keadaan dalam hubungan antara dua kumpulan elite ini:

1-ulama mendatangi umara: lazimnya inilah seburuk-buruk keadaan.

2-ulama didatangi oleh umara:

3-ulama meng'uzlah diri daripada umara: inilah yang paling selamat.

Ulama adalah pemegang amanah para rasul, Allah mengamanahkan mereka dengan ajaran syara' yang telah dibawa oleh rasul dari segi ilmu dan amalan. Allah telah mentaklifkan atas manusia untuk menuntut ilmu, maka ulama bertanggung-jawab ke atas penyebaran ilmu dan pengamalan terhadap ilmu tersebut, mereka memegang amanah dari segi pegangan aqidah dan ibadat, ke setiap sesuatu yang perlu ditasdiqkanke pada ilmu serta amalan yang muafakat dengan ilmu yang benar pada batin tersembunyi dan pada zahir yang kelihatan Mana-mana yang berjalan di atas sunnah anbiya' , maka dia adalah seorang beramanah, sesiapa yang menyalahi jalan yang tersebut, maka dia adalah pengkhianat. Mendekati pihak penguasa akan memenatkan hatinya, malah sekiranya dia mengira sebagai kebaikan tentang keburukan yang dilakukannya itu , maka ini adalah perbuatan yang mengkhianati Allah dan rasul-Nya. Terdapat perkataan dahulu-kala : sekiranya kamu melihat seorang alim yang cintakan dunia, awasilah dia dari (mempengaruhi) amalan agama kamu. Dan dikatakan orang: Tiada yang lebih menjelekkan daripada seorang alim yang ketika didatangi ke majlis ilmunya, dia tidak berada di situ, lalu ditanya tentangnya, maka dijawab: sesungguhnya dia sedang menjumpai sipenguasa. Ini ditujukan kepada sesiapa yang menjumpai pihak penguasa dan menghadap mereka dengan kata-kata kasar dan menyalahi kehendak mereka, bagaimanakah pula pada sesiapa yang berjumpa pihak penguasa dengan tuturan yang lemah-lembut dan mentaaati kehendak hawa-nafsu mereka?. Imam Sufian ath-Thauri telah berkata: apabila engkau melihat seorang qari (ulama) rapat dengan sultan, ketahuilah dia sebenarnya seorang perompak, sekiranya engkau melihat dia rapat dengan orang kaya-kaya, ketahuilah dia seorang yang bermuka-muka. Disebut oleh Ibnu Saad pada kitab Tabaqat: sesungguhnya seorang lelaki memasukki untuk menemui sultan, dibawa bersama agamanya, dan apabila dia keluar tiada sesuatu daripada agamanya yang tinggal

==================================
Dicatatkan bahawa Imam Ibnu Taimiyyah telah didatangi oleh seorang pedagang yang mengadu yang dia dikhianati oleh seorang penguasa di Damsyik. Lalu Imam itu telah pergi untuk menemui pembesar tersebut, ketika beliau berada di depan rumah pembesar itu, pembesar itu telah menyindir Imam Ibnu Taimiyyah dengan katanya
"terhormatlah seorang pembesar yang berada di depan pintu rumah ulama, dan sebaliknya pada seorang ulama yang berada di depan pintu pembesar". Lalu Imam Ibnu Taimiyyah menjawab : "Diamlah engkau!, adakah hina Nabi Musa yang menadatangi istana Firaun?, Aku datang bukan untuk meminta sesuatu pemberian daripada engkau kecuali untuk menuntut keadilan kepada orang yang telah engkau zalimi"

Tulisan Imam 'Ali bin Atiyyah bertujuan untuk memperingati agar ulama menjaga kemuliaan ketinggian dan kejernihan ilmu yang ada pada mereka. Sehingga mereka melihat tugas mereka memimpin ummah dalam soal ilmu syariat dan bimbingan kerohanian itu lebih tinggi, lebih mulia dan mengatasi kedudukan dan penghormatan yang ada pada pemimpin politik.

Allah memilih orang-orang yang istimewa untuk dijadikan ulama yang sebenar, mereka adalah pewaris anbiya dan pemegang amanah Rasul. Sedangkan Allah membiarkan Firaun, Namrud dan pemerentah yang zalim lain untuk menjadi penguasa dan pemimpin siyasah. Hanya daripada kalangan muslim yang Allah muliakan sebagai ulama, tetapi orang kafir mulhid pun diizinkan Allah untuk menjadi pemimpin.

Imam al-Ghazali RH menyebut tentang pembahagian tugasan siyasah:
-siyasah para anbiya: untuk mentadbir dan memimpin golongan khawas dan orang awam dalam soal aqidah dan ibadat.
-siyasah para ulama: untuk memimpin golongan khawas yang menuntut ilmu agama dan membersihkan jiwa.
-siyasah salatin:untuk memimpin orang awam.

Di zaman sekarang, ulama seperti Syaikh Dr.Abdul Halim Mahmud menyebut terdapat dua bentuk kekhalifan dalam Islam, (1) khilafah dari segi siyasah yang terhenti dengan runtuhnya khalifah Uthmaniyyah (2) khilafah dari segi ilmu dan kefahaman agama yang masih kekal dengan adanya ulama muhaqqiqin, antara yang sepatut menjadi simbolnya adalah Syaikh al-Azhar.

Kalaulah dahulunya peribadi yang terbaik dari segi agama (tidak semestinya yang paling banyak ilmu dan maklumatnya tentang ajaran agama) dan paling layak memimpin telah dilantik menjadi pemimpin ummah, yang kita lihat pada susuk Saiyyidina Abu Bakar, Saiyyidina Umar, Sayyidina Uthman, Saiyyidina 'Ali, kemudian pada susuk Saiyyidina Umar bin Abdul Aziz pada zaman Umayyah, kemudian susuk tubuh pemimpin siyasah (umara) dan ulamanya telah terpisah.

Bagaimanapun secara keseluruhan pemerintah muslim yang terbilang di sepanjang zaman sentiasa menjalani kehidupan secara beragama, memanafaatkan kehadiran ulama dan solihin dalam ajaran dan doa mereka, memimpin tentera ke medan jihad serta terlatih dalam strategi perang, menitikkan beratkan kebajikan rakyat dan mempunyai hemmah yang tinggi terhadap penyebaran ilmu dan penghayatan agama.

Hal yang hampir serupa dibincangkan oleh Syaikh Said Hawwa tentang maksud Jamaah, yang disebut di dalam beberapa hadith yang wajib kita mengabungkan diri, iaitu jamaah ummah di bawah khalifah muslimin ketika ianya masih wujud dan juga jamaah ummah, dalam rupa mazhab ahlu as-sunnah di bawah imam-imam mujtahidin. Syaikh Said Hawwa juga menekankan kepentingan usaha bagi menghidupkan balik institusi pemerentah Islam sebagaimana yang diisyaratkan dalam syariat kita yang luhur itu.

============================================
Imam 'Ali bin 'Atiyyahal-Hamawi juga menyebut maksud perlaksanaan syariat oleh pihak pemerentah adalah:
1-Perkara ad-Daruriyyat: iaitu kesejahteraan agama, jiwa-raga, aqal fikiran, keturunan dan harta. Inilah perkara yang terpenting, di atas maksud inilah berdirinya urusan agama dan urusan dunia. Syara telah menjaga perkara ini dari dua aspek, (1) mewujudkan perkara ini dan melaksanakannya serta (2) melestarikan perlaksanaannya.

2-Perkara al-Ha jiyyat: perkara yang diperlukan oleh manusia untuk memudahkan kehidupan mereka, mengangkat kesulitan dan kepayahan daripada mereka, perkara ini berada di tempat kedua selepas perkara ad-Daruriyyat. Keseluruhan cabang hukum syara telah meringankan kesulitan untuk tidak membebani manusia, serta untuk memudahkan perjalanan kehidupan. Ini meliputi dalam urusan perlaksanaan ibadat, adat kebiasaan , muamalat dan hukuman jinayah.

3-Perkara at-Tahsi nat atau al-Kamaliyyat: iaitu perkara yang berhubung dengan menjaga maruah (harga diri), dan menjaga susila adat kebiasaan. kemuliaan akhlaq, Sekiranya perkara ini hilang, tiadalah ianya merosakkan kehidupan, tetapi kehidupan akan menjadi jelek pada pandangan orang-orang yang beraqal, Ianya menduduki tempat ketiga . Kita akan temuinya dalam perkara ibadat, muamalat, hukuman jinayah dan adab kebiasaan , Allah juga mesyariaatkan selepas perkara-perkara demikian itu adalah mukammalat li ad-Daruriyyat (penyempurnaan bagi tuntutan-tuntutan asas), mukammalat li al-Ha jiyyat (penyempurnaan bagi tuntutan-tuntutan keperluan) dan mukammalat li at-Tahsinat (penyempurnaan bagi tuntutan-tuntutan keelukkan)
==========================

Sangatlah diharapkan kita dapat memahami perkataan Siyasah, kefahamannya dan tauladan perlaksanaannya berdasarkan susur-galur kefahaman yang dibawa oleh ulama ummah ini zaman berzaman. Pendekatan asas kefahaman kita sepatutnya adalah secara textual, kemudian melihat waqi' semasa dan setempat untuk memahami keadaan dan mencari peluang bagi melaksanakan kefahaman yang dibina di atas dasar textual itu setakat yang termampu. Pendekatan kita sepatutnya bukannya pendekatan kontekstual, iaitu pendekatan yang asasnya mengambil kira konteks semasa dan setempat lalu dicari nas-nas (jika ada keperluan) untuk menjadi justifikasi kepada pendekatan yang akan diambil.

Kadang-kadang kita juga tertanya-tertanya kenapa golongan yang menerima pendidikan formal secara agama sangat menuntut agar mereka dinobat dan ditabalkan menjadi pemimpin siyasah. Dari manakah mereka bina kefahaman ini? Bukankah syarat menjadi pemerentah yang disepakati di kalangan ulama itu adalah seorang yang mempunyai sikap adil?, Sementara syarat penguasaan ilmu itu pula menjadi perkara khilaf di kalangan ulama. Bahkan tahap ilmu pun terdapat perbezaan, adakah perlu seorang pemimpin itu mujtahid yang mampu mengistinbatkan hukum dari nas secara langsung atau seorang alim yang muqallid?.

Tetapi sekiranya kita berpegang kepada perlunya sikap adil, maka seorang yang berbohong secara terang-terangan, mentohmahkan orang lain tanpa sebarang baiyyinah, berjanji palsu dan mengkhianati amanah adalah dikira sebagai seorang yang tidak mempunyai sikap adil, walaupun dia mempunyai latar belakang pengajian agama atau memegang jawatan keagamaan sekalipun, maka dari segi feqahnya dia tidak layak diangkat sebagai pemimpin. Kecuali apabila keseluruhan masyarakat telah fasiq, maka yang kurang fasiq itulah yang mempunyai kelebihan.

Diharap pihak berpendidikan agama akan mencerahkan kita dengan ajaran suci agama tanpa kompromi walaupun seakan meminggirkan kepentingan golongan mereka sendiri di dunia ini, dan bukannya menjual-beli ajaran-ajaran agama (apa lagi mengikut tafsiran sendiri dan mempunyai kepentingan tertentu) dengan harga dan nilai dunia yang murah serta akan binasa ini.

Berhujjahlah dengan hikmah, bukan taqlid sekadar wala'!

Di zaman ini penuh kesibukan, banyak sangat aktiviti perlu dilaksanakan. Hanya kerana kesibukan itulah kita tidak sempat berfikir secara yang agak mendalam, secara objektif dan bebas dari corak kongkongan pemikiran 'band-wagon' kumpulan sendiri. Kalaulah ada tokoh-tokoh dari kumpulan kita yang mengatakan sesuatu, kerapkali kita akan mengiyakan kenyataan mereka dan berfikir sekadar mencari cara untuk menghadam lontoran pemikiran tersebut. Lalu sikap taqlid dalam pemikiran begini kita martabatkannya sebagai thiqah dan wala'.

Taqlid dianjurkan oleh ulama untuk kita orang awam dalam persoalan ilmu dan amalan feqah kerana terlalu sukar untuk kita orang awam untuk memahami proses pendalilan dan memutuskan sesuatu hukum. Tetapi kita, walaupun orang awam, dilarang bertaqlid dalam soal aqidah. Kita mesti mempunyai hujjah dan dalil semada naqli atau aqli untuk mengithbat atau menafikan sesuatu pegangan faham yang kita ambil.

Pencambahan pemikiran yang dibuat secara tertib amat penting dalam kehidupan manusia. Kita dianjurkan supaya berfikir, merenung, bertafakkur dalam menjalani kehidupan seharian. Bila terdapat perbezaan dalam pendapat dan fahaman , kita perlu adakan hewar(diskusi), muzakarah dan muqabalah untuk mencari yang murni dan yang lebih wajar. Kita dilarang dari jidal yang bertujuan untuk memenangkan hujjah kita atau pendirian kumpulan kita tanpa mahu tunduk kepada kebenaran pihak lain dan keserlahan hujjah yang berlawanan.

Dalam semangat inilah blog seumpama ini diketengahkan, supaya sebahagian daripada kita berkesempatan menjenguk latar belakang penghujjahan kepada pendirian-pendirian yang mungkin berbeza. Semoga Allah memelihara hati-hati kita dari ketaksuban tanpa sandaran nas yang kukuh, dari perasaan takabbur iaitu merasakan kumpulan kitalah yang lebih baik, lebih faham dan pandangan-pandangan pihak lain tidak setara dengan pegangan kita.

Lihatlah bagaimana sikap Imam Ahmad bin Hanbal rahmatullahi 'alaihi ketika beliau dipenjara kerana isu al-Quran dikatakan makhluq oleh golongan muktazilah dan fahaman ini disokong kuat oleh pihak khalifah. Ketika dalam penjara itu, beliau telah didatangi oleh ramai ulama yang menasihati beliau agar demi keselamatan nyawanya, beliau mengiyakan secara zahir pegangan yang dipaksakan oleh pihak berkuasa, menyembunyikan pegangan sebenar beliau untuk sementara. Para ulama ini berhujjah yang memang terdapat ruang dalam syara yang membenarkan perbuatan demikian demi keselamatan nyawa. Bagaimanapun Imam Ahmad tetap teguh dengan pendiriannya. Pada suatu hari, rakan banduan yang dipenjara kerana kesalahan mencuri telah menasihati Imam Ahmad, yang walaupun dia seorang pencuri, memang telah melakukan jenayah tersebut, telah sanggup untuk tidak mengaku salah ketika didesak keras oleh pihak berkuasa, kenapa pula Abu Abdullah (gelaran bagi Imam Ahmad) mahu mengalah kerana desakan dan deraan pihak berkuasa sedangkan apa yang dipegang beliau adalah benar. Imam Ahmad kemudiannya mengisytiharkan kepada banduan itu yang walaupun ramai ulama yang menasihati beliau supaya secara luarannya mengalah kepada desakan pihak berkuasa tetapi beliau telah memilih untuk mengikut nasihat si-banduan, sipencuri itu. Alhamdulillah sikap sebeginilah yang antara lain menyumbang kepada penerusan dalam menjaga kemurnian aqidah ummah.

Ayuh, semua pihak dipersilakan untuk mempertengahkan hujjah, semada daripada golongan terpelajar ataupun golongan awam, asalkan sahaja dilakukan secara beradab dan menjaga niat untuk mencari kebenaran dan memperolehi redha Allah. Sesungguhnya hikmah (wisdom) bukan dimonopoli oleh sesuatu golongan sahaja, Allah menganugerahi anugerah ini kepada orang yang Dia kehendaki. Sesiapa yang dianugerahi Allah dengan hikmah (kebijaksanaan) sesungguhnya dia memperoleh anugerah yang amat berharga.-Azlan Zainal

FC Barcelona 2 - 0 Manchester United


Piala Liga Juara-Juara sah milik FC Barcelona!

Manchester United VS Barcelona; Siapa Juara?


28 Mei 2009, jam 2.45 pagi, siaran secara langsung!

Coklat berulat buat Rakyat!

Dalam merentasi tranformasi politik baru, sememangnya PAS dan PKR semakin matang dengan permainan politik yang penuh dengan manipulasi tentulah tiada berasa pelik mengapa Harakah dan Suara Keadilan yang diharamkan tiga bulan, tiba-tiba ditarik balik serta merta oleh PM baru. Dia seorang yang baik hati atau memang telah dirancang awal-awal lagi untuk memberi gambaran baik kepada rakyat sambil menarik simpati mereka? Semuanya menjadi begitu murahan dan persendaan yang menyerlahkan kelakuan politik yang tidak boleh dipercayai. Yang paling gembira tentulah DAP, yang sejak zaman Tunku hingga ke zaman Hussein Onn menentang keras slogan DAP “Malaysian Malaysia” yang pada mulanya dilaungkan dengan lantang oleh PAP ketika berada dalam Malaysia.

Pada zaman Tun Mahathir Mohamed, sebahagian daripada slogan itu dipakai oleh beliau, misalnya ketika membenarkan semua jenis tarian dijadikan budaya Malaysia dalam upacara rasmi. Pada zaman Tun Razak, tarian naga dibenarkan untuk perayaan orang Cina saja, tetapi tidak boleh ditunjukkan dalam upacara rasmi. Kini anak beliau yang baru saja mengangkat sumpah menjadi PM terbaru, membuat deklarasi lantang bahawa slogan pemerintahannya ialah “one Malaysia”: satu negara Malaysia dalam konteks “Malaysian Malaysia” yang diperjuangkan oleh DAP sekian lama. Seharusnyalah DAP berasa bangga kerana cita-cita mereka tercapai ketika Najib Tun Razak dilantik menjadi PM.

Makna satu Malaysia itu ialah “One Malaysia” yang mendaulatkan bahasa Inggeris melalui projek PPSMI yang kini sudah sah diteruskan dengan gigih dalam apa yang disebut sebagai kepemimpinan baru. Secara khusus untuk orang Melayu tidak ada apa-apa yang dijanjikan, mungkin segala janji untuk orang Melayu telah disempurnakan sejak sekian lama, sehingga tidak perlu diulang-ulang atau dijadikan agenda utama. Lagi pula, tidak jelas apa yang diminta oleh orang Melayu. Sebenarnya apakah yang diminta oleh orang Melayu? Mereka bukan golongan miskin, kerana kini kemiskinan tidak ada lagi, kecuali di Kelantan kerana dikuasai dan diperintah oleh PAS.

Menurut logik para pemimpin UMNO, kehadiran PAS dalam politik Malaysia bertujuan untuk mengekalkan kemiskinan di kalangan orang Melayu supaya mereka mudah diperdaya, oleh sebab itulah UMNO masih belum berjaya menghapuskan sama sekali kemiskinan di kalangan orang Melayu kerana wujudnya kerajaan PAS di Kelantan. Langkah yang “kelihatan” memihak kepada rakyat pada hakikatnya adalah sejenis umpan yang disalut coklat, tetapi di dalamnya berulat. Dalam era merebaknya kencing manis dalam politik Malaysia, umpan itu tidak boleh memperdaya orang Melayu dan rakyat Malaysia yang sudah lama menderita “kencing manis dalam janji-janji manis” para pemimpin UMNO/BN.

Apabila pemimpin mendakwa dia tawaduk dan rendah diri, apa maknanya? Hanya lakonan? Tidak lebih daripada gula-gula kepura-puraan yang manis didengar, tetapi tidak terbit dari hati yang insaf; malah sebaliknya, hanya sejenis peragaan kosong yang mungkin memukau rakyat yang kurang arif, tetapi tidak sekali-kali boleh menipu orang berakal yang sudah muak dengan lakonan melodrama yang dibuat-buat. Semuanya adalah permainan politik yang tidak bertunjang kepada keinsafan dan perasaan takut kepada Allah Ta’ala. Yang nampak hanya undi di tiga pilihan raya kecil dan kemegahan yang akan mengiringinya jika menang. Ini bukan tawaduk atau rendah diri.

Ini bukti jelas akan keangkuhan seorang pemimpin yang baru diberi kuasa oleh teman-teman dalam partinya. Ini hanya sejenis permainan politik murahan yang telah ditolak rakyat. Makna tawaduk dan rendah diri yang sebenarnya telah ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz. Sebelum dilantik menjadi khalifah, kehidupan Umar Abdul Aziz penuh dengan kemegahan dunia, kemewahan dan sanjungan teman-teman serta para pegawai dan orang sekelilingnya. Air basuhan pakaiannya, menurut cerita yang masyhur, dibotolkan oleh rakyat untuk dijadikan air wangi, kerana keharumannya.

Demikian hebatnya Umar Abdul Aziz sebelum menjadi khalifah. Tetapi sebaik saja baginda dilantik menjadi khalifah, seluruh kehidupannya bertukar 360 darjah. Tiba-tiba dia menjadi seorang yang miskin, yang menolak segala kemewahan dunia dan segala jenis kepura-puraan hidup yang menjadi amalannya sebelum itu. Dia melantik sekumpulan ulama untuk mengkritiknya, bukan untuk memujinya. Dia begitu berhemat menggunakan harta kerajaan, sehingga diceritakan baginda mempunyai dua bekas lilin: satu yang digunakan untuk urusan rasmi, satu lagi untuk kegunaan peribadi dan keluarganya. Itulah erti tawaduk yang sebenarnya. Mana ada ahli UMNO, terutama pemimpin UMNO, yang bercerita tentang Umar Abdul Aziz. Tidak ada.

Yang kita dengar, Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP yang berkata dia akan menjadikan Umar Abdul Aziz sebagai model pemimpin sejati untuk rakyat. Mungkin terlalu berat untuk para pemimpin UMNO mencontohi Umar Abdul Aziz, yang berjaya menghapuskan kemiskinan dalam empayar Islam selama dua setengah tahun pemerintahannya. Kita maafkan jika mereka tidak dapat mencontohi baginda, tetapi sekurang-kurangnya sebutlah namanya dengan penuh tawaduk, jika enggan menyebut nama Rasulullah SAW dan mencontohi baginda. Tak mengapa. Tetapi kita mahu lihat para penguasa baru ini mengisytiharkan harta mereka sebaik saja mereka diberi kuasa.

Harta peribadi dan anak-anak, isteri dan adik beradik. Mengapa malu hendak melakukannya? Tidak ada orang yang kisah jika semua harta itu didapatkan dengan halal dan susah payah usaha sendiri. Jika sebaliknya, kembalikan kepada Baitulmal, kerana harta itu milik negara, milik rakyat. Itulah makna tawaduk dan rendah diri. Jika anda tidak sanggup melakukannya, anda baik diam. James Calaghan telah melakukannya di England tahun 1976 sebaik saja beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Parti Buruh. Jadi contoh dari pemimpin Islam dan bukan Islam telah ada.

Tidak ada alasan dan tidak ada sebab untuk tidak dapat dilakukan oleh para pemimpin Malaysia, terutama dari kumpulan UMNO yang kaya raya itu. Lagi pula, anggota Kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat telah melakukannya. Anda yang dalam UMNO bila lagi? Rakyat yang anda kasihi dan menjadi tumpuan kegiatan politik anda sedang menunggu dengan sabar kejujuran dan keberanian anda melakukan yang terbaik untuk negara. Contohilah Khalifah Umar Abdul Aziz atau Perdana Menteri James Calaghan.

Seorang pemimpin mesti berani dan jujur, mesti bertanggungjawab terhadap setiap perkataan dan janjinya, apatah lagi apabila telah bersumpah dengan nama Allah. Berani isytihar harta waktu mula-mula pegang jawatan. Jujur dalam semua tindakan, bukan hanya pandai bersumpah dengan nama Allah, tapi buat yang bertentangan. Sumpah begitu mungkin dituduh orang hanya untuk lari dari tanggungjawab atau hanya untuk menepis segala tuduhan. Menurut kalangan UMNO, kerajaan terbaik dan paling efisien pada waktu ini ialah kerajaan baru Negeri Perak yang ditadbir oleh UMNO/BN selepas Pakatan Rakyat gagal membubarkan DUN Perak dalam rampasan kuasa itu.

Kerajaan baru ini telah berjaya memberi semua kemudahan untuk rakyat yang selama 50 tahun ini diabaikan, terutama sekali di bawah Pakatan Rakyat yang belum sampai setahun memerintah. Jika dakwaan ini benar (sewajarnya benar kerana UMNO tidak pernah berbohong), maka alangkah cantiknya jika kerajaan Perak yang baru dirampas UMNO itu bertindak berani dengan melakukan perisytiharan harta Menteri Besar dan semua anggota kerajaannya.

Tambahan pula, sewaktu UMNO/BN berhempas pulas berusaha keras untuk merampas Parlimen Bukit Gantang dalam pilihan raya kecil 7 April 2009 yang jatuh ke tangan PAS dalam PRU 12 lalu akhirnya menatijahkan kekalahan berganda mereka. Rakyat seakan bersorak gembira meneliti kemiskinan ketua-ketua UMNO yang sanggup bersusah payah menjadi ahli politik hanya semata-mata kerana cintakan rakyat dan ingin berkhidmat kepada mereka, tanpa sebarang usaha untuk memperkaya diri sendiri dan keluarga serta kumpulan sendiri. Paling tragis demokrasi ala rimba tajaan BN-UMNO semakin membarah, Ir Nizar sempat menjadi MB selama 19 jam kemudian diputuskan bahawa Mahatma Zambry menang kembali. Sejak bila kuasa judisari lebih besar dari legaslatif? Sejak UMNO-BN mula terdesak semua akan memihak kepada mereka.

Apakah berita baik yang dianginkan oleh PM baru kita? Banyak. Semuanya membuktikan kelihaian UMNO menggunakan undang-undang untuk memperkuat kedudukan mereka. Penarikan balik ke atas pengharaman Harakah dan Suara Keadilan adalah bukti jelas bagaimana undang-undang digunakan untuk maksud politik. Demikian juga pelepasan (sama seperti hendak terbang dengan penerbangan tiket murah) 13 orang tahanan ISA, yang tidak wajar dilepaskan kerana mereka dikurung atas kepentingan keselamatan negara. Mengapa pula ISA hendak dikaji?

ISA tidak sama dengan AUKU yang telah dikaji-kaji dan dirasakan tidak perlu dipinda betul-betul pinda. Usaha itu bertentangan dengan kemajuan di Amerika Syarikat, England dan lain-lain negara yang meniru Malaysia (dengan ucapan tahniah) menggunakan undang-undang dengan bijak untuk menyekat lawan politik. Tidakkah ISA telah disanjung oleh negara-negara maju yang baru sedar betapa pentingnya keselamatan dalam negeri? Yang agak pelik, tiga orang yang dikurung selama tiga hari (atau lebih gamaknya) di bawah ISA, terdiri daripada dua orang wartawan dan seorang Ahli Parlimen DAP yang secara tiba-tiba menjadi ancaman kepada keselamatan negara, dilepaskan begitu saja.

Tidak mungkin kesilapan telah berlaku di mana-mana oleh mana-mana pihak, mengingat pentadbiran Malaysia adalah yang terulung di dunia, yang tidak pernah melakukan apa juga kesilapan walaupun kadang-kadang terbit juga berita ada tahanan yang mati dalam jail atau yang ditumbuk matanya ketika dalam tahanan. Sebenarnya semua ini tidak perlu berubah. Yang kita harap berubah ialah orang yang membuat undang-undang, orang yang melaksanakan undang-undang, dan semangat pelaksanaan undang-undang itu dilaksanakan betul-betul untuk menyerlahkan keadilan, bukan kezaliman atau kesilapan perhitungan.

Untuk itu, kita perlu mendapat seorang pemimpin besar yang sehebat Khalifah Umar Abdul Aziz, atau Khalifah Umar Al-Khattab. Mengapa kita tidak boleh mendapat pemimpin sehebat itu padahal kita pengamal Islam Hadhari? Tidak mungkin ada sesuatu yang tidak betul dalam perkataan, amalan dan perbuatan kita yang membuat kita selalu berjanji manis tetapi sering kali keputusan kita membuat orang tidak berdosa menangis. Biarlah kita tidak usah lagi beri coklat berulat kepada rakyat, kerana rakyat kini bukan anak-anak yang bisa diperkotak-katikkan. Kerana mereka semuanya semakin matang dalam fahaman Politik Baru ini. -Azlan Zainal

Pada pandanganku.

Saya terpanggil untuk membincangkan tentang masalah yang melanda kefahaman umat Islam mengenai masalah ulama dan profesional. Adakah ia suatu istilah yang sama ertinya atau ia berlawanan. Adakah ulama ini profesional atau bukan,semua perkara ini melanda orang yang dahagakan maklumat yang sebenar dan inginkan kebenaran. Mudah-mudahan tulisan ini dapat menyejukankan hati mereka yang gusar dan memuaskan akal mereka yang bingung dan membawa orang yang jahil kepada cahaya. Saya berkata dengan pertolongan Allah Taala, moga-moga dan mudah-mudahan insya Allah.

Ulama dalam definisi istilah adalah golongan yang mengetahui sesuau bidang secara mendalam yang mungkin kita sebutkan sebagai pakar. Contohnya seseorang yang pakar dalam bidang fekah secara mendalam maka kita memanggilnya ulama fekah. Untuk menjadi ulama ia mempunyai syarat-syarat tertentu iaitu sesorang itu mesti belajar daripada seorang guru, belajar menggunakan buku ilmiah yang sesuai dengan manhaj ilmu sebab bukan semua buku-buku ilmu sesuai untuk dipelajari. Dan syarat yang lain seperti mempunyai ujian belajar dan suasana pembelajaran bererti dia belajar di universiti atau pondok. Yang paling penting dia mendapat pengiktirafan daripada ahli ilmu.

Perkataan ulama ini berlawanan dengan perkataan musaqaf atau kita boleh katakan sebagai pemikir kalau ia boleh diterima ibarat ini, kerana musaqqaf ini bererti seseorang yang mengetahui semua perkara secara tidak mendalam. Sebagai contoh, sesorang dia pakar dalam bidang fikh,tetapi bidang perubatan dia tidak pernah pun belajar daripada guru dan belajar di university tetapi dia banyak membaca buku tentang perubatan, banyak term-term medic yang dia tahu,tetapi dengan cara sedemikian tidak melayakkan dia menjadi seorang doctor untuk merawat orang kerana dia tidak berjalan di atas dasar ilmu begitu sebaliknya seorang pakar dalam bidang kedoktoran,dia tidak belajar ilmu agama secara manhaj walaupun dia banyak maklumat tentang ilmu agama tetapi dia tetap bukan ulama dalam bidang agama dia hanya boleh dianggap musaqqaf sahaja,begitulah seterusnya. Maka di sini kita boleh fahami pengertian alim atau ulama iaitu golongan yang mendalami sesuatu bidang secara mendalam walaupun dalam bidang lain dia tidak mengetaui apa-apa atau mengetahui serba sedikit yang kita panggil sebagai musyarik.

Kalau kita melihat pengertian profesional, di dalam kamus dewan muka surat 1057 menyebutkan bahawa profesional adalah orang yang mengamalkan kerana pengetahuan, kepakaran dan kemahiranya di dalam sesuatu bidang profession. Di sana ia memberi contoh seperti undang-undang dan perubatan. Contoh- contoh yang diberikan itu hanyalah contoh yang terdekat bukannya terbatas kepada mereka,kita boleh juga masukan kerjaya mufti juga sebagai professional kerana ia berdiri di atas kemahiran dan skill dalam mengeluarkan hukum. Kalau kita perluaskan makna professional maka pakar di dalam bidang agama juga boleh dianggap professional.

Jadi dengan definisi yang kita berikan maka kita melihat tidak ada percanggahan di antara ulama dan profesional bahkan kedua-duanya adalah sinonim, maka di sini tidak percanggahan di sana bahkan persamaan. Cuma di sini kita ingin tetapkan ulama di dalam pengertian Islam sebab di sana terdapat khilaf di dalam menafsirkan pengertian ulama di dalam Islam. Sebab penetapan tafrif ulama ini terdapat kesan di dalam hukum sebagai contoh, seseorang itu mewaqafkan rumahnya untuk didiami oleh ulama, maka sekiranya kita hanya mentafrifkan ulama hanya kepada ilmu fekah hadis dan seumpama dengannya maka seseorang yang alim dalam bidang kedoktoran dan kejuruteraan tidak boleh menduduki rumah waqaf tersebut kerana dia tidak termasuk di dalam istilah ulama Islam cuma ulama dari sudut bahasa. Tetapi istilah ulama ini hanyalah ijtihad ulama terdahulu, boleh menerima perubahan takrif dari sudut dari pengertian sebab Al-Quran dan Sunnah tidak menentukan makna yang tertentu bagi istilah ulama.

Kalau kita lihat Al-Quran di dalam surah Fathir ayat 27 dan 28, ayat ini membicarakan tentang masalah ilmu geologi dan biologi dan alam sekitar kemudian Allah Taala melabelkan golongan yang bertaqwa daripada mereka itu sebagai ulama. Maka kita melihat definasi oleh Al-quraan terhadap pengertian ulama lebih luas daripada definasi ijtihad ulama dahulu. Dan definasi oleh Al- Quran lebih aula dipegang. Maka disini kita dapat gabung pengertian ulama yang disebutkan oleh hadis yang menyebutkan
“ Ulama adalah pewaris para Nabi” yang mengambil ilmu-ilmu agama daripada para Nabi dengan ayat Al-Quran yang kita sebutkan tadi.

Maka kita bersetuju dengan pembahagian ulama dan ilmu oleh Al Alamah Dr Muhammad Zuhaili yang membahagikan ilmu syarie kepada dua iaitu ilmu syarie secara langsung seperti tafsir, hadis dan fekah dan ilmu syarie secara tidak langsung seperti perubatan dan kejuteraan. Maka sekiranya kita menerima pembahagian ini maka golongan doktor atau jurutera boleh dianggap sebagai ulama syarie dan Islam dan mereka berhak menerima hak waqaf seperti contoh yang kita sebutkan tadi sebab ilmu-ilmu boleh membantu manusia mengenal Allah dan memperkuat Islam. Inilah kita panggil sebagai islamiayulmakrifah (pengislaman pengetahuan). Walaupun kita mengakui ilmu-ilmu syarie secara langsung ini lebih afdal daripada ilmu-ilmu syarie secara tidak langsung tetapi kedua-keduanya tetapi ilmu syarie. Cuma perlu dingatkan bukanlah maksud ilmu-ilmu syarie secara langsung ini lebih afdal daripada ilmu syarie secara tidak langsung bererti ulama-ulama syarie secara langsung ini lebih afdal daripada ulama-ulama syarie secara tidak langsung. Sebaliknya kelebihan di antara mereka ini diukur denga taqwa,bezakan di antara ilmu dan ulama.

Baik, setelah selesai kita membuang segala kekusutan di dalam masalah pengertian ulama dan professional dan kita mendapati kedua-dua ada persamaan,tidak ada pertembungan, mari pula kita melihat kepada masalah yang merungsing ahli-ahli pas atau jemaah Islam di Malaysia. Yang mana satu layak memimpin dan dipilih?

Kita telah menerima bahawa ulama dan profesional adah sinonim. Tetapi bagaimana orang boleh lagi keliru di di dalam pemilihan pimpinan PAS Sebenarnya di dalam menjawab persolan, ini kita perlu mengetahui Islam mengajar kita menghormati kepakaran dan takhassus. Firman Allah Taala

Terjemahan: Bertanyalah kepada ahluzzikri sekiranya kamu tidak mengetahui. Di dalam ayat yang lain,

Terjemahan: Tidak memberikan kamu sesuatu (maklumat) sepertimana seorang pakar.

Maka di sini Islam mengajar kita menghormati kepakaran dan takassus, mungkin seseorang itu pakar di dalam bidang fikh tertentu tetapi dia tidak pakar didalam fikh haraki dan politik. Dia tidak mengetahui selok belok politik di Malaysia. Ini mungkin maksud Tuan Guru Nik Aziz yang mengatakan ulama sekarang dah professional sebab mungkin kefahaman beliau professional ialah mengetahui selok belok ilmu moden seperti IT dan berapa ramai ulama agama dah mahir dalam bidang ini. Sebenarnya di dalam kaedah penfatwaan ini dipanggil fikh waqie, maknanya mengetahui selok belok kehidupan di mana ulama telah mensyaratkan kepada ulama fatwa mesti ada ilmu fikh waqie mungkin bila kita sebut professional ini boleh dikategorikan sebgagai fikh waqie dan fikh waqie ini sentiasa menerima penambahan dan perubahan maklumat, jadi tidak jadi masalah sekiranya ulama itu sentiasa mendalamai fikh waqie kerana ia adalah di antara senjata utama ulama di dalam menghadapi masyarakat. Jadi di dalam memilih pemimpin PAS pada muktamar kelak maka hendak dipilih ulama yang benar-benar pakar di dalam bidang politik dan manhaj dakwah dan peka terhadap masalah semasa agar dia tidak ketinggalan di dalam mendapat maklumat dan membuat ulasan dan dia dapat memandu PAS kepada jalan yang tepat berdasarkan syarak.

Bagi saya tidak masalah kalau golongan ulama bukan agama (istilah saya) memegang jawatan presiden atau timbalan secara teori, cuma secara praktikalnya sukar tetapi tidak mustahil disebabkan PAS mempunyai tabiat dan ciri-ciri tersendiri yang berhajat kepada mereka arif di dalam siasah syariyah dan politik islam sebab kadang-kadang berlaku suasana yang berhajat kepada jawapan yang cepat dan tepat di mana berhajat kepada ilmu-ilmu fikh siasi melainkan golongan ini mahir di dalam bidang agama dan mampu memahami bahasa arab dengan baik maka dia sesuai untuk memimpin PAS serta mampu mengepalai parti/jemaah Islam seiring dengan keperluan serta memenuhi kehendak semasa. Secara hakikatnya, PAS adalah untuk semua, tetapi bukanlah bermaksud semua orang layak untuk memimpin, maka serahkanlah kepimpinan kepada mereka yang ahlinya. Maka penjelasan yang ringkas ini diharap dapat sedikit memberi kefahaman yang baik kepada pembaca. Sekiranya tulisan tepat mudahan diberi pahala oleh Allah Taala dan sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan semoga Allah mengampunkannya.-Azlan Zainal

UMNO gentar Ulama-Profesional bersatu!

Semakin menjelang muktamar, akhbar arus perdana milik Umno semakin bernafsu untuk menyiarkan pemilihan pucuk pimpinan PAS. Kisah dan cerita yang bersalut adu domba. Ditambah pula dengan kehangatan media alternatif. Tugas media massa nampaknya lebih mudah dicedok daripada blog para pemimpin PAS sendiri. Maka olahan pandangan diputar belit bagi mengelirukan rakyat khasnya ahli parti.Persoalannya salah siapa? Musuh sudah tentu menunggu peluang daripada bahan yang disediakan sendiri oleh pemimpin PAS itu.

Contohnya sebuah laman citramaya, anak kepada pemimpin besar parti. Citrawan itu telah berjaya menukilkan kisah yang boleh menguntungkan pihak musuh. Kesannya pihak pimpinan dari pelbagai lapisan mudah tuduh menuduh dan membuat andaian yang songsang. Rakyat melihat seolah-olah sudah wujud pergeseran di dalam parti. Walaupun pimpinan menafikan dengan pelbagai versi dan riwayat kesan negatifnya tetap ada. Persoalan yang perlu dijawab ialah kenapa isu yang dibangkitkan oleh citrawan putera ulama diambang pemilihan pucuk pimpinan?. Apakah sudah tiada saluran yang lebih efektif mahu dijadikan medan terbaik?. Mungkin sebahagian dari kita sudah merasa tergugat, bongkak atau sudah hilang pedoman. Analisa tentang pemilihan pucuk pimpinan PAS kita telah dibuat akhbar milik UMNO-BN.

Stesen TV pula sudah merumus pihak sepatutnya menjadi pilihan perwakilan PAS. Jujurkah mereka apabila membuat analisa tentang pemilihan pucuk pimpinan PAS?. Jawapannya sudah pasti ianya hanyalah adu domba untuk memecah- belahkan kesatuan ahli PAS. Kesimpulannya, sebahagian pemimpin PAS sudah membuka ruang untuk diserang oleh musuh. Diketika UMNO ketiadaan isu mahu di ketengahkan. Ada pula yang membuka pekung ciptaan sendiri. Kononnya untuk mendedahkan kepincangan. Fakta sebenarnya ialah UMNO amat gentar apabila profesional dan ulama didalam PAS bersatu. Maka ditiupkan api permusuhan secara halus. Nampaknya telah berjaya memerangkap segelintir tokoh.


UMNO sebuah parti yang ditolak oleh golongan agamawan natijahya parti itu bergelumang noda. tetapi masih kedapatan pimpinan yang ingin mendampingi mereka ini. Dalam dakwah benar ia mad'u yang perlu didekati tetapi dalam siasi mereka adalah musuh politik yang perlu disedarkan. Kini, PAS kian sedang membina empayar gabungan ampuh agamawan dan profesional inilah yang dicemburui lawan. UMNO pasti tidak akan duduk diam dan akan cuba merobohkan ‘binaan’ kukuh ini. Tambahan pula pengundi bukan Melayu sudah semakin tertarik dan sudah membuktikan mereka boleh mengundi PAS. Terpulanglah kepada kepimpinan PAS jika mahu ditakuk lama. Maka mudahlah UMNO memulas telinga. Apakah segelintir pemimpin PAS hanya selesa kekal sebagai pembangkang ?- Azlan Zainal

Jadilah Pembantu Agama Allah!

Salam perjuangan buat semua

Setiap benda/ kejadian yang dijadikan Allah SWT boleh dinilai value atau nilaiannya. Dari satu segi, nilainya kelihatan bergantung kepada keperluan manusia dan jumlah barangan/ kejadian itu. Ini disebut dalam perniagaan supply dan demand. Dan nyata bila manusia berebut akan sesuatu, ditambah pula bila mengikut kehendak hati, maka nilaian sesuatu itu kadang kalanya sehingga tidak masuk akal. Tapi hakikatnya itulah manusia, menilai antara keperluan dan kehendak dari kacamata yang akdang kalanya sukar untuk melalui titipan iman.

Manakala ada pula kejadian/ makhluk Allah itu bila hilang baru terasa nilaiannya yang tinggi. Malah dirasakan tidak ternilai dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Kehilangannya pasti betul betul dirasai. Pernahkah anda merasa begitu?

Allahyarham Ustaz Fadzil dan Hj Wan Jamil (tokoh gerakan Islam) yang telah pergi meninggalkan sejuta saham dan kenangan untuk menjadi pengeras semangat kepada perjuangan mereka yang baru menyertai PAS. Beliau merupakan 2 individu yang kehilangannya amat2 dirasai oleh YAB Tuan Guru Mursyidul Am PAS; yang beliau menangis bersungguh sungguh di atas pemergian itu.

Di dalam PAS dan perjuangannya, individu dan ahli datang dan pergi. Sebagaimana mekar dan layunya tumbuh tumbuhan, hidup dan mati binatang dan segenap kejadian Tuhan, individu datang dan juga pergi dengan pelbagai alasan. Sebagaimana tua dan sakit bukan syarat untuk berhadapan dengan kematian, begitu juga individu yang menghadirkan diri dalam keluarga PAS. Tiada syarat khusus untuk mereka bersama. Ada yang tergerak hati, ada yang atas rasa benci kepada sesetengah puak dan pelbagai lagi. Yang pasti ianya bukan hanya sekadar tempat berkumpulnya ulama dan profesional yang menjadi agenda utama media perdana untuk menjuzukkan PAS sehari dua ini.

Tetapi ianya adalah tempat umat dan rakyat secara amnya mencuri tumpuan pemimpin untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Sebagaiman kecil kita dahulu dipandu dan diajar oleh ibu bapa dan penjaga yang membesarkan kita, rakyat ingin dijaga dan bermanja dengan pemimpin yang dilantik, selain daripada menyatakan sokongan mereka di atas apa yang dibawa dan diperjuangkan oleh pemimpin itu.

Rakyat dan pengikut perlu dididik, dibelai dan dimanja sesuai dengan tingkatan mereka. Mereka memilih dan mengangkat pemimpin dengan alasan yang pelbagai, namun untuk berada dalam perjuangan PAS mereka tahu dan perlu tahu pemimpin yang macamana perlu dipilih dan diangkat. Bukan untuk mereka menumpang kesenangan dunia, tapi buat mengubati keresahan yang terbuku dan sengaja pimpinan kita bukukan untuk mereka mengingati dan menghadapi alam akhirat yang bakal mereka tempuhi.

Bersama dengan pemimpin yang dilantik untuk membantu mereka dalam menegakkan agama Allah merupakan sesuatu yang dituntut. Dan semua proses yang melibatkannya adalah dituntut. Mencari pelapis, pembantu, menyediakan kemudahan (yang tidak melampaui batas), berkorban dan mempertahankan kepimpinan merupakan antara intipati kepada proses membantu ini.

Harga untuk kekal bersama dalam perjuangan ini sangat mahal. Untuk kekal kita dalam perjuangan ini ke akhir ayat, tiada siapa yang dapat memastikannya kita melainkan Dia. Perjuangan ini pasti tidak akan tergadai dek jualan murah dan tawar menawar yang menjadi kegilaan ramai, kerana kita yakin ianya suci dan terpelihara. Lantas, perjuangan ini perlu sentiasa dibajai dan diselidik untuk hasilnya menggapai setinggi tinggi tuaian.dan ingatlah, bukan di atas jasa kita yang membolehkan hasil itu dicapai, tetapi belas ehsanNya yang memungkinkan kita untuk terus berada di sini.-Azlan Zainal

Keputusan MB Perak yang sah, hari ini!


Adakah Sultan akhirnya akan berkenan membubarkan DUN atau keputusan mahkamah akan berpihak kepada Mahatma Zambry sebagai MB yang sah! Adakah kuasa mahkamah (judisari) lebih besar daripada kuasa legaslatif/kuasa speaker atau keputusan unidian atau pembubaran DUN bisa mengakhiri kemelut politik yang berpanjangan ini. Hari ini jam 3.30 petang keputusan siapakah Menteri Besar Perak akan diumumkan! Maka adakah kata-kata yang pernah dilontarkan oleh sultan Azlan Shah sewaktu menjadi Hakim Negara itu akan menjadi satu inspirasi kepada suatu jalan penyelesaian krisis ini?-Azlan Zainal

Buat Ibu tersayang, duhai anak renungkanlah!

Assalamualaikum w.b.t!

Orang kata aku lahir dari perut mak..
bukan org kata...memang betul..

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti telefon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "maaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin nanti..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ingin ada pasangan hidup sendiri...
Tetapi aku tidak mahu jadi begini...
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut hari ulang tahun.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila... aku nak telefon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?"
"mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang solat JENAZAH ibunya......



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, & keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya.

RENUNGKANLAH....

Ibu, Ummi, mama dan emak telah dan akan sentiasa memberi yang TERBAIK untuk kita. Kita pula bagaimana?-Azlan Zainal

Adun Manik Urai meninggal dunia, Al-Fatihah!

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar) telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II. Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas (sms) dari Kelantan yang saya terima sebentar tadi dan juga saya telah mendapat pengesahan daripada salah seorang sahabat yang memaklumkan kepada saya dia juga menerima mesej yang sama selepas solat subuh pagi tadi.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan. Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus. Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan. Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman rasmi dari Speaker DUN Kelantan.

Al Fatihah....!- Azlan Zainal

Aurat bukan penghalang!



Ini gambar polis wanita Iran sedang menjalani latihan. Membuktikan aurat dan pakaian tidak menghalang tugas tetapi ia adalah hak Allah dan mahkota (maruah) wanita yang perlu dijaga. Aurat tertutup bukan bererti fikiran tertutup, sama dengan yang berfikiran tidak terbuka (bengap), walaupun auratnya sentiasa lebar terbuka. Maka, renungkanlah....






Jagalah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hak dan tidak akan melupai kamu!!!-Azlan Zainal

Memahami Politik Semut dalam Pemilihan PAS!

FIRMAN Allah SWT dalam surah Semut (An-Naml:18 & 19), “Hingga bila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, ‘Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedang mereka tidak sedar".

Maka dia senyum tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu dan dia berdoa “Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu, yang telah engkau anugerahkan kepadaku, dan kepada dua orang ibubapaku, dan untuk mengerjakan amal soleh yang engkau redhai, dan masukkan aku dengan rahmatMu ke dalam golongan-golongan hambaMu yang soleh.”

Seorang Profesor Robert Hickling, sudah menghabiskan waktu bertahun-tahun untuk meneliti serangga dan merakam getaran-getaran bunyi yang dilepaskan. Namun, bahan-bahan yang diperoleh tidak dapat dinyatakan, hingga beliau mampu merakam bunyi-bunyi asal semut. Iaitu mengkaji dan meneliti semut di sarangnya. Apa yang mengejutkan, adalah bunyi-bunyi yang dilepaskan semut-semut itu bervariasi dari satu semut dengan semut lain, dan dari jenis semut yang satu dengan jenis semut yang lain.

Ada 12,000 spesis dalam dunia semut di muka bumi, melebihi ras manusia. Namun penyelidik itu sukar menyesuaikan semua bunyi-bunyi itu. Berbagai bunyi berjaya dirakam dan ada yang diterbitkan di majalah Journal of Sound and Vibration tahun 2006, dan dikatakan hal itu adalah pertama kali manusia dapat mendengar suara semut yang sebenarnya. Antaranya yang penting adalah tentang komunikasi antara semut, diterbitkan berjudul ‘Analisis Komunikasi Akustik Oleh Semut’ di Journal of Acoustical Society of Amarican Magazine.

Ditunjukkan bagaimana semut-semut melebihi kita dalam komunikasi akustik. Pengkaji itu mengharapkan bahawa semut menggunakan antena-antena untuk mengirim dan menerima getaran suara. Semut memperkuat isyarat-isyarat suara yang diterima macam alat-alat canggih sekarang. Juga boleh menghilangkan bunyi-bunyi yang melampau batas, sehingga hal tersebut menjadi filtrasi atau klarifikasi terhadap bunyi untuk mencirikannya dari yang lain. Hal ini merupakan sistem komunikasi sangat maju, yang selama ini belum ditemui dan baru ditemui beberapa tahun lalu itu.

Tetapi Al-Qur’anul Karim (An-Naml:18) ayat di atas, telah membuktikan lebih awal lagi. Semut-semut itu bercakap. Semut-semut itu mempunyai suatu bahasa untuk memahami satu sama lain, dan Allah mengaruniai Sulaiman AS kemampuan untuk mendengar dan memahami suara-suara mereka. Penyelidik-penyelidik itu berusaha untuk menangkap isyarat-isyarat akustik yang diucapkan semut-semut. Mereka membedakan empat macam bunyi setelah melakukan pengamatan selama bertahun-tahun.

Phil De Vries menemui kenyataan, bahawa serangga melepaskan getaran-getaran suara lemah yang dapat dibedakan oleh semut. Kumbang penghisap mengeluarkan zat yang mengandung gula yang disukai semut. Serangga ini mengeluarkan getaran selama ia bekerja, sehingga semut sering kali terjebak sebagai mangsanya. Getaran-getaran akustik itu merupakan alat komunikasi di antara serangga.

Allah SWT berfirman, ‘Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.’ (Al-Israk: 44)

Robert Hickling pula, adalah salah seorang penngkaji terkemuka, beliau mengatakan, ‘Semut-semut tidak beraksi terhadap suara manusia dan tidak terpengaruh olehnya. Tetapi jika kita mengarahkan kepadanya getaran-getaran yang sesuai, maka semut terpengaruh olehnya dan meresponnya. Ini bererti, semut-semut mempunyai bahasa sendiri dan mereka sepenuhnya seperti manusia.

Di sini kita ingat akan firman Allah, ‘Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.’ (An-Naml: 38)

Bila sebut tentang bahasa semut, pada ayat di atas (An-Naml: 18 &19) tadi digambarkan Nabi Sulaiman AS memahami bahasa semut, dan tersenyum mendengar dialog semut-semut itu. Nabi Sulaiman adalah pemerintah super power dunia masa itu, bukan sahaja memerintah manusia, bahkan seluruh makhluk Allah di muka bumi, termasuk binatang, unggas dan jin. Beliau mengetahui bahasa semut. Ertinya, untuk menjadi pemimpin yang hebat, ialah pemimpin yang turun ke bawah bersama rakyat, dan menyelami jiwa rakyat sehingga masalah seekor semut kecil dan kerdil pun diambil berat.

Kalau dalam kontek Negara Malaysia, pemimpin yang akan jadi pemimpin Negara ini adalah lebih baik mengetahui bahasa tempatan penduduknya., seperti bahasa Melayu, Cina dan India, disamping bahasa-bahasa lain seperti Arab dan Inggeris.

“Yang penting pada saya, pemimpin-pemimpin PAS yang dicalonkan (dalam muktamar PAS Jun 2009) kali ini hendaklah terdiri dari pemimpin yang boleh diterima oleh rakyat berbagai kaum di negara ini, dan mempunyai rekod khidmat yang cemerlang kepada rakyat. Contohnya seperti Datuk Seri Mohamad Nizar, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Datuk Husam Musa dan sebagainya.” (Selain dari Ustaz Nasharuddin Mat Isa dll). Antara pandangan saya dalam tulisan lalu Muktamar Pemilihan PAS, Ke Arah Memerintah Malaysia.

Jadi itulah sebahagain dari pengajaran yang dapat kita ambil atau ilham dari kisah semut dan bahasanya. Marilah kita sama-sama berdoa..

“Ya Tuhanku,
berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu,
yang telah Engkau anugerahkan kepadaku,
dan kepada dua orang ibubapaku,
dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau ridhai,
dan masukkan aku dengan rahmatMu
ke dalam golongan-golongan hambaMu yang soleh.”

Sekian catatan kali ini. Wassalam.-Azlan Zainal

 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent