Merobah Massa!

"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kata-Kata Hikmah

Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

Tazkirah

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

Kenali Pro Mahasiswa UM.





Salam perkenalan, salam perjuangan Mahasiswa... "Menerajui PERUBAHAN Generasi Baru" Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.promahasiswaum.blogspot.com

Kelmarin sudah berlalu, usah dikenang lagi!

Kelmarin sudah berlalu, hari ini sedang berjalan dan esok belum tiba. Maka gunakan kesempatan hari ini kerana ruang keemasan pada kesempatan itu ialah harta yang terpendam. Kerana terlalu sibuk dengan rutinan seharian saya sempat membuka blog buat kali yang terakhir 5 hari lepas. Pagi 20 Okt, tiada terduga, blog saya sekali lagi digodam, hilang segalanya, tiada tersisa, kali ini masuk kali ke 5. Kehidupan dikelilingi musuh dan orang yang seringkali tiada puas hatinya melihat anak muda seperti saya dan kalian berani lantang bersuara, menyatakan hujah dan membina idealisma, atau mungkin ia pengajaran Yang Maha Esa menitip rasa rendah diri menyedari hakikat kita yang hina. Namun saya tetap bersyukur, Alhamdulillah akhirnya Allah masih tanamkan keazaman dan panjangkan keinginan untuk terus menulis, berkarya dan berceritera, kerana tujahan pemikiran setajam mata pena berupaya mendobrak membuka ruang dimensi minda, ayuh anak muda kita berpencak semula. Hindari perasaan jemu dan bosan, kerana perasaan jemu itu tidak mendatangkan hasil, manakala rasa bosan tidak pula memberikan kamu penghormatan. Sebaik-baiknya banyakkan bersabar dan tetapkan pendirianmu. Akhlak bagi mereka yang bergelar insan berjaya adalah optimis dan tidak pernah putus asa, mampu memperbaiki kesalahan diri dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan. Oleh itu, bagi yang ingin berjaya, binalah jati diri, usah hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan sekadar yang hanya menjadi pelengkap, tetapi mereka yang berjasa adalah sang perubah yang berupaya mencipta suasana dan melakar sejarah mencetus fenomena. Saya kembali menulis! - Azlan Zainal