Merobah Massa!

"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kata-Kata Hikmah

Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

Tazkirah

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

Berhujjahlah dengan hikmah, bukan taqlid sekadar wala'!

Di zaman ini penuh kesibukan, banyak sangat aktiviti perlu dilaksanakan. Hanya kerana kesibukan itulah kita tidak sempat berfikir secara yang agak mendalam, secara objektif dan bebas dari corak kongkongan pemikiran 'band-wagon' kumpulan sendiri. Kalaulah ada tokoh-tokoh dari kumpulan kita yang mengatakan sesuatu, kerapkali kita akan mengiyakan kenyataan mereka dan berfikir sekadar mencari cara untuk menghadam lontoran pemikiran tersebut. Lalu sikap taqlid dalam pemikiran begini kita martabatkannya sebagai thiqah dan wala'.

Taqlid dianjurkan oleh ulama untuk kita orang awam dalam persoalan ilmu dan amalan feqah kerana terlalu sukar untuk kita orang awam untuk memahami proses pendalilan dan memutuskan sesuatu hukum. Tetapi kita, walaupun orang awam, dilarang bertaqlid dalam soal aqidah. Kita mesti mempunyai hujjah dan dalil semada naqli atau aqli untuk mengithbat atau menafikan sesuatu pegangan faham yang kita ambil.

Pencambahan pemikiran yang dibuat secara tertib amat penting dalam kehidupan manusia. Kita dianjurkan supaya berfikir, merenung, bertafakkur dalam menjalani kehidupan seharian. Bila terdapat perbezaan dalam pendapat dan fahaman , kita perlu adakan hewar(diskusi), muzakarah dan muqabalah untuk mencari yang murni dan yang lebih wajar. Kita dilarang dari jidal yang bertujuan untuk memenangkan hujjah kita atau pendirian kumpulan kita tanpa mahu tunduk kepada kebenaran pihak lain dan keserlahan hujjah yang berlawanan.

Dalam semangat inilah blog seumpama ini diketengahkan, supaya sebahagian daripada kita berkesempatan menjenguk latar belakang penghujjahan kepada pendirian-pendirian yang mungkin berbeza. Semoga Allah memelihara hati-hati kita dari ketaksuban tanpa sandaran nas yang kukuh, dari perasaan takabbur iaitu merasakan kumpulan kitalah yang lebih baik, lebih faham dan pandangan-pandangan pihak lain tidak setara dengan pegangan kita.

Lihatlah bagaimana sikap Imam Ahmad bin Hanbal rahmatullahi 'alaihi ketika beliau dipenjara kerana isu al-Quran dikatakan makhluq oleh golongan muktazilah dan fahaman ini disokong kuat oleh pihak khalifah. Ketika dalam penjara itu, beliau telah didatangi oleh ramai ulama yang menasihati beliau agar demi keselamatan nyawanya, beliau mengiyakan secara zahir pegangan yang dipaksakan oleh pihak berkuasa, menyembunyikan pegangan sebenar beliau untuk sementara. Para ulama ini berhujjah yang memang terdapat ruang dalam syara yang membenarkan perbuatan demikian demi keselamatan nyawa. Bagaimanapun Imam Ahmad tetap teguh dengan pendiriannya. Pada suatu hari, rakan banduan yang dipenjara kerana kesalahan mencuri telah menasihati Imam Ahmad, yang walaupun dia seorang pencuri, memang telah melakukan jenayah tersebut, telah sanggup untuk tidak mengaku salah ketika didesak keras oleh pihak berkuasa, kenapa pula Abu Abdullah (gelaran bagi Imam Ahmad) mahu mengalah kerana desakan dan deraan pihak berkuasa sedangkan apa yang dipegang beliau adalah benar. Imam Ahmad kemudiannya mengisytiharkan kepada banduan itu yang walaupun ramai ulama yang menasihati beliau supaya secara luarannya mengalah kepada desakan pihak berkuasa tetapi beliau telah memilih untuk mengikut nasihat si-banduan, sipencuri itu. Alhamdulillah sikap sebeginilah yang antara lain menyumbang kepada penerusan dalam menjaga kemurnian aqidah ummah.

Ayuh, semua pihak dipersilakan untuk mempertengahkan hujjah, semada daripada golongan terpelajar ataupun golongan awam, asalkan sahaja dilakukan secara beradab dan menjaga niat untuk mencari kebenaran dan memperolehi redha Allah. Sesungguhnya hikmah (wisdom) bukan dimonopoli oleh sesuatu golongan sahaja, Allah menganugerahi anugerah ini kepada orang yang Dia kehendaki. Sesiapa yang dianugerahi Allah dengan hikmah (kebijaksanaan) sesungguhnya dia memperoleh anugerah yang amat berharga.-Azlan Zainal

FC Barcelona 2 - 0 Manchester United


Piala Liga Juara-Juara sah milik FC Barcelona!

Manchester United VS Barcelona; Siapa Juara?


28 Mei 2009, jam 2.45 pagi, siaran secara langsung!

Coklat berulat buat Rakyat!

Dalam merentasi tranformasi politik baru, sememangnya PAS dan PKR semakin matang dengan permainan politik yang penuh dengan manipulasi tentulah tiada berasa pelik mengapa Harakah dan Suara Keadilan yang diharamkan tiga bulan, tiba-tiba ditarik balik serta merta oleh PM baru. Dia seorang yang baik hati atau memang telah dirancang awal-awal lagi untuk memberi gambaran baik kepada rakyat sambil menarik simpati mereka? Semuanya menjadi begitu murahan dan persendaan yang menyerlahkan kelakuan politik yang tidak boleh dipercayai. Yang paling gembira tentulah DAP, yang sejak zaman Tunku hingga ke zaman Hussein Onn menentang keras slogan DAP “Malaysian Malaysia” yang pada mulanya dilaungkan dengan lantang oleh PAP ketika berada dalam Malaysia.

Pada zaman Tun Mahathir Mohamed, sebahagian daripada slogan itu dipakai oleh beliau, misalnya ketika membenarkan semua jenis tarian dijadikan budaya Malaysia dalam upacara rasmi. Pada zaman Tun Razak, tarian naga dibenarkan untuk perayaan orang Cina saja, tetapi tidak boleh ditunjukkan dalam upacara rasmi. Kini anak beliau yang baru saja mengangkat sumpah menjadi PM terbaru, membuat deklarasi lantang bahawa slogan pemerintahannya ialah “one Malaysia”: satu negara Malaysia dalam konteks “Malaysian Malaysia” yang diperjuangkan oleh DAP sekian lama. Seharusnyalah DAP berasa bangga kerana cita-cita mereka tercapai ketika Najib Tun Razak dilantik menjadi PM.

Makna satu Malaysia itu ialah “One Malaysia” yang mendaulatkan bahasa Inggeris melalui projek PPSMI yang kini sudah sah diteruskan dengan gigih dalam apa yang disebut sebagai kepemimpinan baru. Secara khusus untuk orang Melayu tidak ada apa-apa yang dijanjikan, mungkin segala janji untuk orang Melayu telah disempurnakan sejak sekian lama, sehingga tidak perlu diulang-ulang atau dijadikan agenda utama. Lagi pula, tidak jelas apa yang diminta oleh orang Melayu. Sebenarnya apakah yang diminta oleh orang Melayu? Mereka bukan golongan miskin, kerana kini kemiskinan tidak ada lagi, kecuali di Kelantan kerana dikuasai dan diperintah oleh PAS.

Menurut logik para pemimpin UMNO, kehadiran PAS dalam politik Malaysia bertujuan untuk mengekalkan kemiskinan di kalangan orang Melayu supaya mereka mudah diperdaya, oleh sebab itulah UMNO masih belum berjaya menghapuskan sama sekali kemiskinan di kalangan orang Melayu kerana wujudnya kerajaan PAS di Kelantan. Langkah yang “kelihatan” memihak kepada rakyat pada hakikatnya adalah sejenis umpan yang disalut coklat, tetapi di dalamnya berulat. Dalam era merebaknya kencing manis dalam politik Malaysia, umpan itu tidak boleh memperdaya orang Melayu dan rakyat Malaysia yang sudah lama menderita “kencing manis dalam janji-janji manis” para pemimpin UMNO/BN.

Apabila pemimpin mendakwa dia tawaduk dan rendah diri, apa maknanya? Hanya lakonan? Tidak lebih daripada gula-gula kepura-puraan yang manis didengar, tetapi tidak terbit dari hati yang insaf; malah sebaliknya, hanya sejenis peragaan kosong yang mungkin memukau rakyat yang kurang arif, tetapi tidak sekali-kali boleh menipu orang berakal yang sudah muak dengan lakonan melodrama yang dibuat-buat. Semuanya adalah permainan politik yang tidak bertunjang kepada keinsafan dan perasaan takut kepada Allah Ta’ala. Yang nampak hanya undi di tiga pilihan raya kecil dan kemegahan yang akan mengiringinya jika menang. Ini bukan tawaduk atau rendah diri.

Ini bukti jelas akan keangkuhan seorang pemimpin yang baru diberi kuasa oleh teman-teman dalam partinya. Ini hanya sejenis permainan politik murahan yang telah ditolak rakyat. Makna tawaduk dan rendah diri yang sebenarnya telah ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz. Sebelum dilantik menjadi khalifah, kehidupan Umar Abdul Aziz penuh dengan kemegahan dunia, kemewahan dan sanjungan teman-teman serta para pegawai dan orang sekelilingnya. Air basuhan pakaiannya, menurut cerita yang masyhur, dibotolkan oleh rakyat untuk dijadikan air wangi, kerana keharumannya.

Demikian hebatnya Umar Abdul Aziz sebelum menjadi khalifah. Tetapi sebaik saja baginda dilantik menjadi khalifah, seluruh kehidupannya bertukar 360 darjah. Tiba-tiba dia menjadi seorang yang miskin, yang menolak segala kemewahan dunia dan segala jenis kepura-puraan hidup yang menjadi amalannya sebelum itu. Dia melantik sekumpulan ulama untuk mengkritiknya, bukan untuk memujinya. Dia begitu berhemat menggunakan harta kerajaan, sehingga diceritakan baginda mempunyai dua bekas lilin: satu yang digunakan untuk urusan rasmi, satu lagi untuk kegunaan peribadi dan keluarganya. Itulah erti tawaduk yang sebenarnya. Mana ada ahli UMNO, terutama pemimpin UMNO, yang bercerita tentang Umar Abdul Aziz. Tidak ada.

Yang kita dengar, Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP yang berkata dia akan menjadikan Umar Abdul Aziz sebagai model pemimpin sejati untuk rakyat. Mungkin terlalu berat untuk para pemimpin UMNO mencontohi Umar Abdul Aziz, yang berjaya menghapuskan kemiskinan dalam empayar Islam selama dua setengah tahun pemerintahannya. Kita maafkan jika mereka tidak dapat mencontohi baginda, tetapi sekurang-kurangnya sebutlah namanya dengan penuh tawaduk, jika enggan menyebut nama Rasulullah SAW dan mencontohi baginda. Tak mengapa. Tetapi kita mahu lihat para penguasa baru ini mengisytiharkan harta mereka sebaik saja mereka diberi kuasa.

Harta peribadi dan anak-anak, isteri dan adik beradik. Mengapa malu hendak melakukannya? Tidak ada orang yang kisah jika semua harta itu didapatkan dengan halal dan susah payah usaha sendiri. Jika sebaliknya, kembalikan kepada Baitulmal, kerana harta itu milik negara, milik rakyat. Itulah makna tawaduk dan rendah diri. Jika anda tidak sanggup melakukannya, anda baik diam. James Calaghan telah melakukannya di England tahun 1976 sebaik saja beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Parti Buruh. Jadi contoh dari pemimpin Islam dan bukan Islam telah ada.

Tidak ada alasan dan tidak ada sebab untuk tidak dapat dilakukan oleh para pemimpin Malaysia, terutama dari kumpulan UMNO yang kaya raya itu. Lagi pula, anggota Kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat telah melakukannya. Anda yang dalam UMNO bila lagi? Rakyat yang anda kasihi dan menjadi tumpuan kegiatan politik anda sedang menunggu dengan sabar kejujuran dan keberanian anda melakukan yang terbaik untuk negara. Contohilah Khalifah Umar Abdul Aziz atau Perdana Menteri James Calaghan.

Seorang pemimpin mesti berani dan jujur, mesti bertanggungjawab terhadap setiap perkataan dan janjinya, apatah lagi apabila telah bersumpah dengan nama Allah. Berani isytihar harta waktu mula-mula pegang jawatan. Jujur dalam semua tindakan, bukan hanya pandai bersumpah dengan nama Allah, tapi buat yang bertentangan. Sumpah begitu mungkin dituduh orang hanya untuk lari dari tanggungjawab atau hanya untuk menepis segala tuduhan. Menurut kalangan UMNO, kerajaan terbaik dan paling efisien pada waktu ini ialah kerajaan baru Negeri Perak yang ditadbir oleh UMNO/BN selepas Pakatan Rakyat gagal membubarkan DUN Perak dalam rampasan kuasa itu.

Kerajaan baru ini telah berjaya memberi semua kemudahan untuk rakyat yang selama 50 tahun ini diabaikan, terutama sekali di bawah Pakatan Rakyat yang belum sampai setahun memerintah. Jika dakwaan ini benar (sewajarnya benar kerana UMNO tidak pernah berbohong), maka alangkah cantiknya jika kerajaan Perak yang baru dirampas UMNO itu bertindak berani dengan melakukan perisytiharan harta Menteri Besar dan semua anggota kerajaannya.

Tambahan pula, sewaktu UMNO/BN berhempas pulas berusaha keras untuk merampas Parlimen Bukit Gantang dalam pilihan raya kecil 7 April 2009 yang jatuh ke tangan PAS dalam PRU 12 lalu akhirnya menatijahkan kekalahan berganda mereka. Rakyat seakan bersorak gembira meneliti kemiskinan ketua-ketua UMNO yang sanggup bersusah payah menjadi ahli politik hanya semata-mata kerana cintakan rakyat dan ingin berkhidmat kepada mereka, tanpa sebarang usaha untuk memperkaya diri sendiri dan keluarga serta kumpulan sendiri. Paling tragis demokrasi ala rimba tajaan BN-UMNO semakin membarah, Ir Nizar sempat menjadi MB selama 19 jam kemudian diputuskan bahawa Mahatma Zambry menang kembali. Sejak bila kuasa judisari lebih besar dari legaslatif? Sejak UMNO-BN mula terdesak semua akan memihak kepada mereka.

Apakah berita baik yang dianginkan oleh PM baru kita? Banyak. Semuanya membuktikan kelihaian UMNO menggunakan undang-undang untuk memperkuat kedudukan mereka. Penarikan balik ke atas pengharaman Harakah dan Suara Keadilan adalah bukti jelas bagaimana undang-undang digunakan untuk maksud politik. Demikian juga pelepasan (sama seperti hendak terbang dengan penerbangan tiket murah) 13 orang tahanan ISA, yang tidak wajar dilepaskan kerana mereka dikurung atas kepentingan keselamatan negara. Mengapa pula ISA hendak dikaji?

ISA tidak sama dengan AUKU yang telah dikaji-kaji dan dirasakan tidak perlu dipinda betul-betul pinda. Usaha itu bertentangan dengan kemajuan di Amerika Syarikat, England dan lain-lain negara yang meniru Malaysia (dengan ucapan tahniah) menggunakan undang-undang dengan bijak untuk menyekat lawan politik. Tidakkah ISA telah disanjung oleh negara-negara maju yang baru sedar betapa pentingnya keselamatan dalam negeri? Yang agak pelik, tiga orang yang dikurung selama tiga hari (atau lebih gamaknya) di bawah ISA, terdiri daripada dua orang wartawan dan seorang Ahli Parlimen DAP yang secara tiba-tiba menjadi ancaman kepada keselamatan negara, dilepaskan begitu saja.

Tidak mungkin kesilapan telah berlaku di mana-mana oleh mana-mana pihak, mengingat pentadbiran Malaysia adalah yang terulung di dunia, yang tidak pernah melakukan apa juga kesilapan walaupun kadang-kadang terbit juga berita ada tahanan yang mati dalam jail atau yang ditumbuk matanya ketika dalam tahanan. Sebenarnya semua ini tidak perlu berubah. Yang kita harap berubah ialah orang yang membuat undang-undang, orang yang melaksanakan undang-undang, dan semangat pelaksanaan undang-undang itu dilaksanakan betul-betul untuk menyerlahkan keadilan, bukan kezaliman atau kesilapan perhitungan.

Untuk itu, kita perlu mendapat seorang pemimpin besar yang sehebat Khalifah Umar Abdul Aziz, atau Khalifah Umar Al-Khattab. Mengapa kita tidak boleh mendapat pemimpin sehebat itu padahal kita pengamal Islam Hadhari? Tidak mungkin ada sesuatu yang tidak betul dalam perkataan, amalan dan perbuatan kita yang membuat kita selalu berjanji manis tetapi sering kali keputusan kita membuat orang tidak berdosa menangis. Biarlah kita tidak usah lagi beri coklat berulat kepada rakyat, kerana rakyat kini bukan anak-anak yang bisa diperkotak-katikkan. Kerana mereka semuanya semakin matang dalam fahaman Politik Baru ini. -Azlan Zainal

Pada pandanganku.

Saya terpanggil untuk membincangkan tentang masalah yang melanda kefahaman umat Islam mengenai masalah ulama dan profesional. Adakah ia suatu istilah yang sama ertinya atau ia berlawanan. Adakah ulama ini profesional atau bukan,semua perkara ini melanda orang yang dahagakan maklumat yang sebenar dan inginkan kebenaran. Mudah-mudahan tulisan ini dapat menyejukankan hati mereka yang gusar dan memuaskan akal mereka yang bingung dan membawa orang yang jahil kepada cahaya. Saya berkata dengan pertolongan Allah Taala, moga-moga dan mudah-mudahan insya Allah.

Ulama dalam definisi istilah adalah golongan yang mengetahui sesuau bidang secara mendalam yang mungkin kita sebutkan sebagai pakar. Contohnya seseorang yang pakar dalam bidang fekah secara mendalam maka kita memanggilnya ulama fekah. Untuk menjadi ulama ia mempunyai syarat-syarat tertentu iaitu sesorang itu mesti belajar daripada seorang guru, belajar menggunakan buku ilmiah yang sesuai dengan manhaj ilmu sebab bukan semua buku-buku ilmu sesuai untuk dipelajari. Dan syarat yang lain seperti mempunyai ujian belajar dan suasana pembelajaran bererti dia belajar di universiti atau pondok. Yang paling penting dia mendapat pengiktirafan daripada ahli ilmu.

Perkataan ulama ini berlawanan dengan perkataan musaqaf atau kita boleh katakan sebagai pemikir kalau ia boleh diterima ibarat ini, kerana musaqqaf ini bererti seseorang yang mengetahui semua perkara secara tidak mendalam. Sebagai contoh, sesorang dia pakar dalam bidang fikh,tetapi bidang perubatan dia tidak pernah pun belajar daripada guru dan belajar di university tetapi dia banyak membaca buku tentang perubatan, banyak term-term medic yang dia tahu,tetapi dengan cara sedemikian tidak melayakkan dia menjadi seorang doctor untuk merawat orang kerana dia tidak berjalan di atas dasar ilmu begitu sebaliknya seorang pakar dalam bidang kedoktoran,dia tidak belajar ilmu agama secara manhaj walaupun dia banyak maklumat tentang ilmu agama tetapi dia tetap bukan ulama dalam bidang agama dia hanya boleh dianggap musaqqaf sahaja,begitulah seterusnya. Maka di sini kita boleh fahami pengertian alim atau ulama iaitu golongan yang mendalami sesuatu bidang secara mendalam walaupun dalam bidang lain dia tidak mengetaui apa-apa atau mengetahui serba sedikit yang kita panggil sebagai musyarik.

Kalau kita melihat pengertian profesional, di dalam kamus dewan muka surat 1057 menyebutkan bahawa profesional adalah orang yang mengamalkan kerana pengetahuan, kepakaran dan kemahiranya di dalam sesuatu bidang profession. Di sana ia memberi contoh seperti undang-undang dan perubatan. Contoh- contoh yang diberikan itu hanyalah contoh yang terdekat bukannya terbatas kepada mereka,kita boleh juga masukan kerjaya mufti juga sebagai professional kerana ia berdiri di atas kemahiran dan skill dalam mengeluarkan hukum. Kalau kita perluaskan makna professional maka pakar di dalam bidang agama juga boleh dianggap professional.

Jadi dengan definisi yang kita berikan maka kita melihat tidak ada percanggahan di antara ulama dan profesional bahkan kedua-duanya adalah sinonim, maka di sini tidak percanggahan di sana bahkan persamaan. Cuma di sini kita ingin tetapkan ulama di dalam pengertian Islam sebab di sana terdapat khilaf di dalam menafsirkan pengertian ulama di dalam Islam. Sebab penetapan tafrif ulama ini terdapat kesan di dalam hukum sebagai contoh, seseorang itu mewaqafkan rumahnya untuk didiami oleh ulama, maka sekiranya kita hanya mentafrifkan ulama hanya kepada ilmu fekah hadis dan seumpama dengannya maka seseorang yang alim dalam bidang kedoktoran dan kejuruteraan tidak boleh menduduki rumah waqaf tersebut kerana dia tidak termasuk di dalam istilah ulama Islam cuma ulama dari sudut bahasa. Tetapi istilah ulama ini hanyalah ijtihad ulama terdahulu, boleh menerima perubahan takrif dari sudut dari pengertian sebab Al-Quran dan Sunnah tidak menentukan makna yang tertentu bagi istilah ulama.

Kalau kita lihat Al-Quran di dalam surah Fathir ayat 27 dan 28, ayat ini membicarakan tentang masalah ilmu geologi dan biologi dan alam sekitar kemudian Allah Taala melabelkan golongan yang bertaqwa daripada mereka itu sebagai ulama. Maka kita melihat definasi oleh Al-quraan terhadap pengertian ulama lebih luas daripada definasi ijtihad ulama dahulu. Dan definasi oleh Al- Quran lebih aula dipegang. Maka disini kita dapat gabung pengertian ulama yang disebutkan oleh hadis yang menyebutkan
“ Ulama adalah pewaris para Nabi” yang mengambil ilmu-ilmu agama daripada para Nabi dengan ayat Al-Quran yang kita sebutkan tadi.

Maka kita bersetuju dengan pembahagian ulama dan ilmu oleh Al Alamah Dr Muhammad Zuhaili yang membahagikan ilmu syarie kepada dua iaitu ilmu syarie secara langsung seperti tafsir, hadis dan fekah dan ilmu syarie secara tidak langsung seperti perubatan dan kejuteraan. Maka sekiranya kita menerima pembahagian ini maka golongan doktor atau jurutera boleh dianggap sebagai ulama syarie dan Islam dan mereka berhak menerima hak waqaf seperti contoh yang kita sebutkan tadi sebab ilmu-ilmu boleh membantu manusia mengenal Allah dan memperkuat Islam. Inilah kita panggil sebagai islamiayulmakrifah (pengislaman pengetahuan). Walaupun kita mengakui ilmu-ilmu syarie secara langsung ini lebih afdal daripada ilmu-ilmu syarie secara tidak langsung tetapi kedua-keduanya tetapi ilmu syarie. Cuma perlu dingatkan bukanlah maksud ilmu-ilmu syarie secara langsung ini lebih afdal daripada ilmu syarie secara tidak langsung bererti ulama-ulama syarie secara langsung ini lebih afdal daripada ulama-ulama syarie secara tidak langsung. Sebaliknya kelebihan di antara mereka ini diukur denga taqwa,bezakan di antara ilmu dan ulama.

Baik, setelah selesai kita membuang segala kekusutan di dalam masalah pengertian ulama dan professional dan kita mendapati kedua-dua ada persamaan,tidak ada pertembungan, mari pula kita melihat kepada masalah yang merungsing ahli-ahli pas atau jemaah Islam di Malaysia. Yang mana satu layak memimpin dan dipilih?

Kita telah menerima bahawa ulama dan profesional adah sinonim. Tetapi bagaimana orang boleh lagi keliru di di dalam pemilihan pimpinan PAS Sebenarnya di dalam menjawab persolan, ini kita perlu mengetahui Islam mengajar kita menghormati kepakaran dan takhassus. Firman Allah Taala

Terjemahan: Bertanyalah kepada ahluzzikri sekiranya kamu tidak mengetahui. Di dalam ayat yang lain,

Terjemahan: Tidak memberikan kamu sesuatu (maklumat) sepertimana seorang pakar.

Maka di sini Islam mengajar kita menghormati kepakaran dan takassus, mungkin seseorang itu pakar di dalam bidang fikh tertentu tetapi dia tidak pakar didalam fikh haraki dan politik. Dia tidak mengetahui selok belok politik di Malaysia. Ini mungkin maksud Tuan Guru Nik Aziz yang mengatakan ulama sekarang dah professional sebab mungkin kefahaman beliau professional ialah mengetahui selok belok ilmu moden seperti IT dan berapa ramai ulama agama dah mahir dalam bidang ini. Sebenarnya di dalam kaedah penfatwaan ini dipanggil fikh waqie, maknanya mengetahui selok belok kehidupan di mana ulama telah mensyaratkan kepada ulama fatwa mesti ada ilmu fikh waqie mungkin bila kita sebut professional ini boleh dikategorikan sebgagai fikh waqie dan fikh waqie ini sentiasa menerima penambahan dan perubahan maklumat, jadi tidak jadi masalah sekiranya ulama itu sentiasa mendalamai fikh waqie kerana ia adalah di antara senjata utama ulama di dalam menghadapi masyarakat. Jadi di dalam memilih pemimpin PAS pada muktamar kelak maka hendak dipilih ulama yang benar-benar pakar di dalam bidang politik dan manhaj dakwah dan peka terhadap masalah semasa agar dia tidak ketinggalan di dalam mendapat maklumat dan membuat ulasan dan dia dapat memandu PAS kepada jalan yang tepat berdasarkan syarak.

Bagi saya tidak masalah kalau golongan ulama bukan agama (istilah saya) memegang jawatan presiden atau timbalan secara teori, cuma secara praktikalnya sukar tetapi tidak mustahil disebabkan PAS mempunyai tabiat dan ciri-ciri tersendiri yang berhajat kepada mereka arif di dalam siasah syariyah dan politik islam sebab kadang-kadang berlaku suasana yang berhajat kepada jawapan yang cepat dan tepat di mana berhajat kepada ilmu-ilmu fikh siasi melainkan golongan ini mahir di dalam bidang agama dan mampu memahami bahasa arab dengan baik maka dia sesuai untuk memimpin PAS serta mampu mengepalai parti/jemaah Islam seiring dengan keperluan serta memenuhi kehendak semasa. Secara hakikatnya, PAS adalah untuk semua, tetapi bukanlah bermaksud semua orang layak untuk memimpin, maka serahkanlah kepimpinan kepada mereka yang ahlinya. Maka penjelasan yang ringkas ini diharap dapat sedikit memberi kefahaman yang baik kepada pembaca. Sekiranya tulisan tepat mudahan diberi pahala oleh Allah Taala dan sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan semoga Allah mengampunkannya.-Azlan Zainal

UMNO gentar Ulama-Profesional bersatu!

Semakin menjelang muktamar, akhbar arus perdana milik Umno semakin bernafsu untuk menyiarkan pemilihan pucuk pimpinan PAS. Kisah dan cerita yang bersalut adu domba. Ditambah pula dengan kehangatan media alternatif. Tugas media massa nampaknya lebih mudah dicedok daripada blog para pemimpin PAS sendiri. Maka olahan pandangan diputar belit bagi mengelirukan rakyat khasnya ahli parti.Persoalannya salah siapa? Musuh sudah tentu menunggu peluang daripada bahan yang disediakan sendiri oleh pemimpin PAS itu.

Contohnya sebuah laman citramaya, anak kepada pemimpin besar parti. Citrawan itu telah berjaya menukilkan kisah yang boleh menguntungkan pihak musuh. Kesannya pihak pimpinan dari pelbagai lapisan mudah tuduh menuduh dan membuat andaian yang songsang. Rakyat melihat seolah-olah sudah wujud pergeseran di dalam parti. Walaupun pimpinan menafikan dengan pelbagai versi dan riwayat kesan negatifnya tetap ada. Persoalan yang perlu dijawab ialah kenapa isu yang dibangkitkan oleh citrawan putera ulama diambang pemilihan pucuk pimpinan?. Apakah sudah tiada saluran yang lebih efektif mahu dijadikan medan terbaik?. Mungkin sebahagian dari kita sudah merasa tergugat, bongkak atau sudah hilang pedoman. Analisa tentang pemilihan pucuk pimpinan PAS kita telah dibuat akhbar milik UMNO-BN.

Stesen TV pula sudah merumus pihak sepatutnya menjadi pilihan perwakilan PAS. Jujurkah mereka apabila membuat analisa tentang pemilihan pucuk pimpinan PAS?. Jawapannya sudah pasti ianya hanyalah adu domba untuk memecah- belahkan kesatuan ahli PAS. Kesimpulannya, sebahagian pemimpin PAS sudah membuka ruang untuk diserang oleh musuh. Diketika UMNO ketiadaan isu mahu di ketengahkan. Ada pula yang membuka pekung ciptaan sendiri. Kononnya untuk mendedahkan kepincangan. Fakta sebenarnya ialah UMNO amat gentar apabila profesional dan ulama didalam PAS bersatu. Maka ditiupkan api permusuhan secara halus. Nampaknya telah berjaya memerangkap segelintir tokoh.


UMNO sebuah parti yang ditolak oleh golongan agamawan natijahya parti itu bergelumang noda. tetapi masih kedapatan pimpinan yang ingin mendampingi mereka ini. Dalam dakwah benar ia mad'u yang perlu didekati tetapi dalam siasi mereka adalah musuh politik yang perlu disedarkan. Kini, PAS kian sedang membina empayar gabungan ampuh agamawan dan profesional inilah yang dicemburui lawan. UMNO pasti tidak akan duduk diam dan akan cuba merobohkan ‘binaan’ kukuh ini. Tambahan pula pengundi bukan Melayu sudah semakin tertarik dan sudah membuktikan mereka boleh mengundi PAS. Terpulanglah kepada kepimpinan PAS jika mahu ditakuk lama. Maka mudahlah UMNO memulas telinga. Apakah segelintir pemimpin PAS hanya selesa kekal sebagai pembangkang ?- Azlan Zainal

Jadilah Pembantu Agama Allah!

Salam perjuangan buat semua

Setiap benda/ kejadian yang dijadikan Allah SWT boleh dinilai value atau nilaiannya. Dari satu segi, nilainya kelihatan bergantung kepada keperluan manusia dan jumlah barangan/ kejadian itu. Ini disebut dalam perniagaan supply dan demand. Dan nyata bila manusia berebut akan sesuatu, ditambah pula bila mengikut kehendak hati, maka nilaian sesuatu itu kadang kalanya sehingga tidak masuk akal. Tapi hakikatnya itulah manusia, menilai antara keperluan dan kehendak dari kacamata yang akdang kalanya sukar untuk melalui titipan iman.

Manakala ada pula kejadian/ makhluk Allah itu bila hilang baru terasa nilaiannya yang tinggi. Malah dirasakan tidak ternilai dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Kehilangannya pasti betul betul dirasai. Pernahkah anda merasa begitu?

Allahyarham Ustaz Fadzil dan Hj Wan Jamil (tokoh gerakan Islam) yang telah pergi meninggalkan sejuta saham dan kenangan untuk menjadi pengeras semangat kepada perjuangan mereka yang baru menyertai PAS. Beliau merupakan 2 individu yang kehilangannya amat2 dirasai oleh YAB Tuan Guru Mursyidul Am PAS; yang beliau menangis bersungguh sungguh di atas pemergian itu.

Di dalam PAS dan perjuangannya, individu dan ahli datang dan pergi. Sebagaimana mekar dan layunya tumbuh tumbuhan, hidup dan mati binatang dan segenap kejadian Tuhan, individu datang dan juga pergi dengan pelbagai alasan. Sebagaimana tua dan sakit bukan syarat untuk berhadapan dengan kematian, begitu juga individu yang menghadirkan diri dalam keluarga PAS. Tiada syarat khusus untuk mereka bersama. Ada yang tergerak hati, ada yang atas rasa benci kepada sesetengah puak dan pelbagai lagi. Yang pasti ianya bukan hanya sekadar tempat berkumpulnya ulama dan profesional yang menjadi agenda utama media perdana untuk menjuzukkan PAS sehari dua ini.

Tetapi ianya adalah tempat umat dan rakyat secara amnya mencuri tumpuan pemimpin untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Sebagaiman kecil kita dahulu dipandu dan diajar oleh ibu bapa dan penjaga yang membesarkan kita, rakyat ingin dijaga dan bermanja dengan pemimpin yang dilantik, selain daripada menyatakan sokongan mereka di atas apa yang dibawa dan diperjuangkan oleh pemimpin itu.

Rakyat dan pengikut perlu dididik, dibelai dan dimanja sesuai dengan tingkatan mereka. Mereka memilih dan mengangkat pemimpin dengan alasan yang pelbagai, namun untuk berada dalam perjuangan PAS mereka tahu dan perlu tahu pemimpin yang macamana perlu dipilih dan diangkat. Bukan untuk mereka menumpang kesenangan dunia, tapi buat mengubati keresahan yang terbuku dan sengaja pimpinan kita bukukan untuk mereka mengingati dan menghadapi alam akhirat yang bakal mereka tempuhi.

Bersama dengan pemimpin yang dilantik untuk membantu mereka dalam menegakkan agama Allah merupakan sesuatu yang dituntut. Dan semua proses yang melibatkannya adalah dituntut. Mencari pelapis, pembantu, menyediakan kemudahan (yang tidak melampaui batas), berkorban dan mempertahankan kepimpinan merupakan antara intipati kepada proses membantu ini.

Harga untuk kekal bersama dalam perjuangan ini sangat mahal. Untuk kekal kita dalam perjuangan ini ke akhir ayat, tiada siapa yang dapat memastikannya kita melainkan Dia. Perjuangan ini pasti tidak akan tergadai dek jualan murah dan tawar menawar yang menjadi kegilaan ramai, kerana kita yakin ianya suci dan terpelihara. Lantas, perjuangan ini perlu sentiasa dibajai dan diselidik untuk hasilnya menggapai setinggi tinggi tuaian.dan ingatlah, bukan di atas jasa kita yang membolehkan hasil itu dicapai, tetapi belas ehsanNya yang memungkinkan kita untuk terus berada di sini.-Azlan Zainal

Keputusan MB Perak yang sah, hari ini!


Adakah Sultan akhirnya akan berkenan membubarkan DUN atau keputusan mahkamah akan berpihak kepada Mahatma Zambry sebagai MB yang sah! Adakah kuasa mahkamah (judisari) lebih besar daripada kuasa legaslatif/kuasa speaker atau keputusan unidian atau pembubaran DUN bisa mengakhiri kemelut politik yang berpanjangan ini. Hari ini jam 3.30 petang keputusan siapakah Menteri Besar Perak akan diumumkan! Maka adakah kata-kata yang pernah dilontarkan oleh sultan Azlan Shah sewaktu menjadi Hakim Negara itu akan menjadi satu inspirasi kepada suatu jalan penyelesaian krisis ini?-Azlan Zainal

Buat Ibu tersayang, duhai anak renungkanlah!

Assalamualaikum w.b.t!

Orang kata aku lahir dari perut mak..
bukan org kata...memang betul..

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti telefon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "maaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin nanti..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ingin ada pasangan hidup sendiri...
Tetapi aku tidak mahu jadi begini...
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut hari ulang tahun.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila... aku nak telefon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?"
"mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang solat JENAZAH ibunya......



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, & keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya.

RENUNGKANLAH....

Ibu, Ummi, mama dan emak telah dan akan sentiasa memberi yang TERBAIK untuk kita. Kita pula bagaimana?-Azlan Zainal

Adun Manik Urai meninggal dunia, Al-Fatihah!

Adun kawasan Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Haji Ismail Yaacob, 60 (gambar) telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.55 pagi tadi di hospital Raja Perempuan Zainab II. Demikian satu berita dari satu pesanan ringkas (sms) dari Kelantan yang saya terima sebentar tadi dan juga saya telah mendapat pengesahan daripada salah seorang sahabat yang memaklumkan kepada saya dia juga menerima mesej yang sama selepas solat subuh pagi tadi.

Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga dipotong sebelah kanan. Sebelum ini beliau menghidapi penyakit gaot sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Pada persidangan Dun Febuari lalu beliau dapat menghadirinya biar pun badannya kelihatan agak kurus. Ismail yang lebih dikenali sebagai Paksu Mail antara Adun yang paling lama di Kelantan.

Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan. Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim.

Dengan kekosongan DUN ini pasti akan membawa laluan kepada satu lagi pilihanraya kecil setelah disahkan oleh pihak SPR nanti melalui makluman rasmi dari Speaker DUN Kelantan.

Al Fatihah....!- Azlan Zainal

Aurat bukan penghalang!



Ini gambar polis wanita Iran sedang menjalani latihan. Membuktikan aurat dan pakaian tidak menghalang tugas tetapi ia adalah hak Allah dan mahkota (maruah) wanita yang perlu dijaga. Aurat tertutup bukan bererti fikiran tertutup, sama dengan yang berfikiran tidak terbuka (bengap), walaupun auratnya sentiasa lebar terbuka. Maka, renungkanlah....






Jagalah hak Allah, nescaya Allah akan menjaga hak dan tidak akan melupai kamu!!!-Azlan Zainal

Memahami Politik Semut dalam Pemilihan PAS!

FIRMAN Allah SWT dalam surah Semut (An-Naml:18 & 19), “Hingga bila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, ‘Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedang mereka tidak sedar".

Maka dia senyum tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu dan dia berdoa “Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu, yang telah engkau anugerahkan kepadaku, dan kepada dua orang ibubapaku, dan untuk mengerjakan amal soleh yang engkau redhai, dan masukkan aku dengan rahmatMu ke dalam golongan-golongan hambaMu yang soleh.”

Seorang Profesor Robert Hickling, sudah menghabiskan waktu bertahun-tahun untuk meneliti serangga dan merakam getaran-getaran bunyi yang dilepaskan. Namun, bahan-bahan yang diperoleh tidak dapat dinyatakan, hingga beliau mampu merakam bunyi-bunyi asal semut. Iaitu mengkaji dan meneliti semut di sarangnya. Apa yang mengejutkan, adalah bunyi-bunyi yang dilepaskan semut-semut itu bervariasi dari satu semut dengan semut lain, dan dari jenis semut yang satu dengan jenis semut yang lain.

Ada 12,000 spesis dalam dunia semut di muka bumi, melebihi ras manusia. Namun penyelidik itu sukar menyesuaikan semua bunyi-bunyi itu. Berbagai bunyi berjaya dirakam dan ada yang diterbitkan di majalah Journal of Sound and Vibration tahun 2006, dan dikatakan hal itu adalah pertama kali manusia dapat mendengar suara semut yang sebenarnya. Antaranya yang penting adalah tentang komunikasi antara semut, diterbitkan berjudul ‘Analisis Komunikasi Akustik Oleh Semut’ di Journal of Acoustical Society of Amarican Magazine.

Ditunjukkan bagaimana semut-semut melebihi kita dalam komunikasi akustik. Pengkaji itu mengharapkan bahawa semut menggunakan antena-antena untuk mengirim dan menerima getaran suara. Semut memperkuat isyarat-isyarat suara yang diterima macam alat-alat canggih sekarang. Juga boleh menghilangkan bunyi-bunyi yang melampau batas, sehingga hal tersebut menjadi filtrasi atau klarifikasi terhadap bunyi untuk mencirikannya dari yang lain. Hal ini merupakan sistem komunikasi sangat maju, yang selama ini belum ditemui dan baru ditemui beberapa tahun lalu itu.

Tetapi Al-Qur’anul Karim (An-Naml:18) ayat di atas, telah membuktikan lebih awal lagi. Semut-semut itu bercakap. Semut-semut itu mempunyai suatu bahasa untuk memahami satu sama lain, dan Allah mengaruniai Sulaiman AS kemampuan untuk mendengar dan memahami suara-suara mereka. Penyelidik-penyelidik itu berusaha untuk menangkap isyarat-isyarat akustik yang diucapkan semut-semut. Mereka membedakan empat macam bunyi setelah melakukan pengamatan selama bertahun-tahun.

Phil De Vries menemui kenyataan, bahawa serangga melepaskan getaran-getaran suara lemah yang dapat dibedakan oleh semut. Kumbang penghisap mengeluarkan zat yang mengandung gula yang disukai semut. Serangga ini mengeluarkan getaran selama ia bekerja, sehingga semut sering kali terjebak sebagai mangsanya. Getaran-getaran akustik itu merupakan alat komunikasi di antara serangga.

Allah SWT berfirman, ‘Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.’ (Al-Israk: 44)

Robert Hickling pula, adalah salah seorang penngkaji terkemuka, beliau mengatakan, ‘Semut-semut tidak beraksi terhadap suara manusia dan tidak terpengaruh olehnya. Tetapi jika kita mengarahkan kepadanya getaran-getaran yang sesuai, maka semut terpengaruh olehnya dan meresponnya. Ini bererti, semut-semut mempunyai bahasa sendiri dan mereka sepenuhnya seperti manusia.

Di sini kita ingat akan firman Allah, ‘Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.’ (An-Naml: 38)

Bila sebut tentang bahasa semut, pada ayat di atas (An-Naml: 18 &19) tadi digambarkan Nabi Sulaiman AS memahami bahasa semut, dan tersenyum mendengar dialog semut-semut itu. Nabi Sulaiman adalah pemerintah super power dunia masa itu, bukan sahaja memerintah manusia, bahkan seluruh makhluk Allah di muka bumi, termasuk binatang, unggas dan jin. Beliau mengetahui bahasa semut. Ertinya, untuk menjadi pemimpin yang hebat, ialah pemimpin yang turun ke bawah bersama rakyat, dan menyelami jiwa rakyat sehingga masalah seekor semut kecil dan kerdil pun diambil berat.

Kalau dalam kontek Negara Malaysia, pemimpin yang akan jadi pemimpin Negara ini adalah lebih baik mengetahui bahasa tempatan penduduknya., seperti bahasa Melayu, Cina dan India, disamping bahasa-bahasa lain seperti Arab dan Inggeris.

“Yang penting pada saya, pemimpin-pemimpin PAS yang dicalonkan (dalam muktamar PAS Jun 2009) kali ini hendaklah terdiri dari pemimpin yang boleh diterima oleh rakyat berbagai kaum di negara ini, dan mempunyai rekod khidmat yang cemerlang kepada rakyat. Contohnya seperti Datuk Seri Mohamad Nizar, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Datuk Husam Musa dan sebagainya.” (Selain dari Ustaz Nasharuddin Mat Isa dll). Antara pandangan saya dalam tulisan lalu Muktamar Pemilihan PAS, Ke Arah Memerintah Malaysia.

Jadi itulah sebahagain dari pengajaran yang dapat kita ambil atau ilham dari kisah semut dan bahasanya. Marilah kita sama-sama berdoa..

“Ya Tuhanku,
berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu,
yang telah Engkau anugerahkan kepadaku,
dan kepada dua orang ibubapaku,
dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau ridhai,
dan masukkan aku dengan rahmatMu
ke dalam golongan-golongan hambaMu yang soleh.”

Sekian catatan kali ini. Wassalam.-Azlan Zainal

Muktamar PAS, ke arah memerintah Malaysia!

PAS akan mengadakan pemilihan dan muktamar ke-55 awal Jun ini di Stadium Malawati, Shah Alam. Mesyuarat peringkat kawasan dan tiga sayap utama, Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama, telah pun bulan lalu Dari tinjauan rambang ke beberapa kawasan PAS di Malaysia, setakat ini jawatan Presiden tiada pertandingan, dan akan kekal kepada Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beliau telah disahkan menang tanpa bertanding.

Manakala Datuk Husam Musa Naib Presiden sekarang pula ingin diangkat sebagai pemimpin nombor dua parti itu, mencabar kedudukan Timbalan Presiden sekarang, iaitu Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Mungkin juga Saudara Muhamad Sabu, Naib Presiden sekarang, juga akan dicalonkan ke Timbalan Presiden. Kini sah, 4 orang yang akan bertanding bagi mengisi kerusi itu.

Nama-nama lain yang disebut-sebut bagi pencalonan sebagai Naib Presiden selain dari Ustaz Ahmad Awang yang mempertahankan kedudukannya, muka baru Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang baru menang di Bukit Gantang juga MB Pakatan Rakyat di Perak, Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Dr Mujahid Yusuf Rawa Ketua Lajnah Perpaduan Kaum, Ustaz Taib Azamudden Md Taib Ahli Parlimen Baling, Saudara Salahuddin Ayub yang akan melepaskan jawatan Ketua Pemuda, Datuk Mahfuz Omar Ketua Penerangan PAS sekarang dan beberapa lagi.

Sebenarnya ramai lagi yang layak seperti Ustaz Nik Amar Kelantan, Ustaz Azizan Razak MB Kedah, Ustaz Idris Ahmad, Dr Muhammad Hatta Ramli dan beberapa dari Terengganu atau lain-lain negeri yang layak dicalonkan. Yang penting pada saya, pemimpin-pemimpin PAS yang dicalonkan kali ini hendaklah terdiri dari pemimpin yang boleh diterima oleh rakyat berbagai kaum di negara ini, dan mempunyai rekod khidmat yang cemerlang kepada rakyat. Contohnya seperti Datuk Seri Mohamad Nizar, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Datuk Husam Musa dan sebagainya.

Pemimpin-pemimpin sebegini perlu dipersiapkan demi menyambut kalau berlaku kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 yang akan diadakan kira-kira tiga tahun lagi, mengalahkan BN dan mengambil alih pemerintahan negara ini. Apalagi kalau PAS mampu meraih kerusi parlimen melebihi dari parti-parti Pakatan lain, yang melayakkan PAS memegang jawatan Perdana Menteri (PM) Malaysia. PAS perlu siap menentukan siapa PM samada Tuan Guru Abdul Hadi, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat MB Kelantan sekarang, atau yang selain mereka. yang lebih sesuai dan wibawa. kerana jawatan tertinggi dalam PAS terutama sebagai pemegang dasar adalah Majlis Syura Ulama, yang diketuai oleh Mursyidul Am iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Maka perlu diingatkan kepada para perwakilan PAS kali ini, anda perlu memilih pemimpin yang lebih kompiten, konsisten dan energetik ke arah persiapan untuk memerintah Malaysia, serta kesediaan ke arah itu adalah amat penting bagi merelevankan kewujudan PAS sebagai parti dan Jemaah Islam di Malaysia ini bagi mengisi pelbagai sisi lompang yang melatari kepimpinan dalam demokrasi negara ini. insya Allah.. Allahu akbar- Azlan Zainal

Ideologi Perbandingan

Ideologi: Analisa Perbandingan (Kajian dan sumber-sumber)
Oleh: Azlan Bin Zainal

Prolog

“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain) itu mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Surah al-An’am 6:153)

Dalam penulisan ini saya hanya akan menyentuh konsep-konsep dan gagasan asas dalam memahami ideologi dan perbandingannya, terutamanya melalui perspektif, kacamata dan sudut pandang Islam. Konsep pertama untuk memahami perbandingan ideologi ialah perbezaan yang signifikan di antara akidah Islamiyyah dengan ideologi. Jika dirujuk dalam silibus usrah PMIUM telah jelas menyatakan perbezaan di antara makna bagi akidah dan ideologi. Lebih-labih lagi ini merupakan kefahaman asasi dan ilmu pengetahuan asas tentang akidah Islam serta ia merupakan tanggungjawab kita sebagai pejuang Islam sekaligus sebagai da’i untuk menguasainya. Ideologi secara ringkas adalah berasal daripada bahasa Greek cantuman dari kata ‘ideo’ dan ‘logos’. Ideo membawa pengertian pemikiran, manakala logos bererti ilmu. Dari segi istilah, ideologi dapat disimpulkan sebagai ‘Satu keyakinan atau fahaman hasil dari pemikiran atau idea manusia sama ada dalam bentuk teori, falsafah, andaian dan sebagainya’. (Pemikiran Islam dan Dunia Hari Ini: Senario Dunia Islam dan Strategi Menghadapi Cabaran Ummah-Mohd Nor mamat)

Penyebaran ideologi dari barat secara ringkasnya, boleh dilihat melalui beberapa era tertentu seperti berikut;

a. Era Perang salib
b. Era penjajahan ke atas Negara-negara Islam (Kolonialisme)
c. Neo-kolonialisme (Penjajahan pemikiran-al-Ghazwu Fikri)
d. Era-Misionari Kristian
e. Neo-modernisme
f. Era-Globalisasi (Pasca Modenisme atau Post Modenisme)

Tujuan Penyebaran Ideologi pula ialah untuk:-

a. Memburukkan-burukkan Islam, agama dan umatnya.
b. Menimbulkan keraguan terhadap kedudukan ummah pada masa kini dan masa hadapan.
c. Merosakkan akhlak dan sahsiah ummah.
d. Memasukkan budaya-budaya seperti materialisme, hedosnisme dan konsumerisme melampau dan lain-lain.
e. Menonjolkan unsur-unsur pengetahuan dan ilmu moden yang merosakkan pemikiran dan akidah umat Islam.

Kajian terhadap perbandingan Ideologi adalah berkaitan dengan persoalan pemikiran dan falsafah (philososphical program). Ideologi-ideologi dari barat ini pada permulaannya berasal dari falsafah-falsafah yang telah dirangka dan dicipta oleh ahli falsafah dan pemikir barat yang kemudian telah dijadikan nilai (pegangan dan anutan dalam kehidupan) yang digelar sebagi isme-isme.. Sebagai contohnya, agama Hindhu dan Buddha bukanlah diiktiraf sebagai agama pada asal kelahirannya, tetapi apabila ia menjadi nilai dan anutan dalam keseluruhan kehidupan para pengikutnya, maka ia telah menjadi Hindhuisme dan Buddhisme iaitu sebagai anutan yang boleh diiktiraf sebagai agama kerana menyentuh perkara yang mendasar dalam hubungan manusia dengan tuhan (metafizik) dan alam. Begitu juga juga dengan falsafah-falsafah dari barat yang pada mulanya hanya falsafah yang berkaitan dengan moral, politik dan ekonomi yang kemudiannya diluaskan menjadi pengangan hidup seperti liberalisme, kapistalisme, komunisme, sosialisme dan lain-lain lagi.

Memahami ideologi dari konteks sejarah juga merupakan satu ciri yang amat penting untuk mengenali secara kritis dan analisis terhadap setiap aliran pemikiran (ideologi) yang berada di sekeliling kita. Bagi mengenali setiap ideologi-idelogi yang timbul dari barat kita perlu melihat dari sudut sosio-historis iaitu mengenali punca kelahiran aliran falsafah tersebut dan tokoh-tokoh pengasas bagi setiap aliran. Ini juga bersesuaian dengan saranan oleh Seyyed Hossien Nasr untuk mengenali dan memahami falsafah dan aliran-aliran pemikiran barat moden agar kita dapat memahami peradaban moden masakini yang sedang mengawal percaturan dunia. Kita juga perlu mengenali sebilangan tokoh-tokoh intelektual dan pemikir barat agar kita mengenali beberapa gagasan-gagasan yang cuba diketengahkan oleh mereka supaya kita dapat mempertahankan akidah kaum muslimin.

Beberapa tokoh yang perlu dikenali seperti Francis Bacon (1561-1626), Rene Descartes (1596-1650), Thomas Hobbes (1588-1679), Benedict Spinoza (1632-1677), John Locke 1632-1704), Gottfried Wilhelm Leibnitz (1646-1716), George Berkeley (1685-17532), Francois Marie Voltaire (1694-1778), Jean Jacques Rousseau (1712-1778), David Hume (1711-1776), Immanuel Kant (1724-1804), Georg Frederick Hegel (1770-1831), Karl marx (1818-1883), Friedrich Nietzsche (1844-1900), Sigmund Freud (1856-1939), Betrand Russell 1872-1970), John Stuart Mill, Jean-Paul sartre (1905-1980) dan ramai lagi. Pemikir-pemikir inilah yang telah melahirkan berbagai-bagai gagasan dan falsafah yang kemudiannya menjadi ideologi yang mencabar dan mengugat akidah ummah. Oleh itu tujuan kita untuk mengenali mereka adalah bertujuan untuk melakukan segala persiapan bagi menangkis dakyah palsu ideologi yang mengelirukan pemikiran setiap generasi Islam masa kini.

World View (Pandangan Dunia)

Kemudian untuk memahami persoalan ini kita perlu mengetahui maudhuk (skop) welstanchauung, world-view atau pandangan dunia yang boleh difahami secara ringkasnya seperti di bawah, ‘Kerangka atau sistem pemikiran yang menjelaskan dan mengatur makna asas terutamanya tentang Tuhan, alam dan manusia dan juga tentang hakikat hubungan manusia dengan alam, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Tuhan. Kerangka pemikiran atau sistem kepercayan itu, di fahami dalam konteks bidang falsafah sebagai weltanschauung, ia menentukan asas-asas penting dalam sesuatu peradaban itu. Kerangka tersebut mengariskan asas dari nilai dan aesestika individu hinggalah kepada asas masyarakat dan kemajuan sosial’.

Dalam sebuah buku yang telah ditulis oleh Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud menerangkan tentang Pandangan dunia Islam dengan lebih jelas lagi seperti berikut,

Pandangan dunia Islam dapat didefinisikan ke dalam dua peringkat. Peringkat pertama adalah seluruh penafsiran manusia terhadap dunia dan, kedua adalah tentang kehidupan kita di dunia, iaitu seluruh nilai yang dengannya seseorang hidup, dan ini membentuk satu masalah nilai. Pandangan dunia seseorang meliputi hal-hal seperti; sikap pendidikan, politik, falsafah dan nilainya (akhlak, moral, etika). Oleh itu, satu pendefinisian pandangan dunia yang benar secara sistematik dan utuh adalah penting.......Pendefinisian pandangan dunia Islam perlu didasarkan pada al-Quran dan Sunnah serta sikap Nabi Muhammad s.a.w yang autentik (asli), juga merupakan suatu kriteria yang bernilai untuk mengevaluasi perjalanan sejarah Islam.” (Konsep Ilmu dalam Islam-Wan Mohd Nor wan Daud)

Untuk kita memahami lebih mendalam lagi mengenai kajian terhadap ideologi, kita akan terlibat ke dalam perbahasan disiplin-disiplin ilmu seperti sosiologi, antropologi, sosio-politik dan sejarah. Oleh itu kita akan bertembung dengan persoalan pandangan dunia ini kerana ia merupakan persoalan asas dalam merangka pemikiran sesuatu bangsa atau agama yang kemudiannya akan terzahir sebagai nilai yang di anuti dalam kehidupan. Secara ringkasnya sesuatu pandangan dunia itu ialah ia dapat menjelaskan kerangka pemikiran sesuatu bangsa atau agama dan ia dapat dilihat melalui perkara yang terzahir seperti nilai-nilai yang di anuti dalam kehidupan secara individu atau masyarakat seperti akhlak, moral, etika, budaya yang dipraktikkan di dalam kehidupan sehari-harian.

Terdapat perbezaan yang jelas di antara pandangan dunia Islam dan barat. Pandangan dunia Islam atau world view Islam adalah berlandaskan al-Quran dan Sunnah iaitu terjelma melalui Hablum minallah (hubungan manusia dengan Tuhan yang Maha Esa) dan Hablum minannas (hubungan sesama manusia dan alam) iaitu manusia telah dijadikan sebagai hamba Allah dan dipertanggungjawabkan sebagai khalifah atau pentadbir di atas muka bumi ini dengan berpandukan kepada ikatan akidah Tauhid. Manakala pandangan dunia barat adalah terbentuk dan bertunjangkan kepada fahaman humanisme, materislistik dan rasionalisme iaitu memahami bahawa kehidupan ini berbentuk faham sekularisme iaitu tidak ada hubungannya dengan metafizik iaitu agama. Ilmu (sciene) sebagai rujukan asas dalam kehidupan telah dipisahkan dari sumber wahyu yang akhirnya akan menyebabkan manusia tidak mengenali jalan menuju Tuhannya.

Maka untuk mengenali dan menganalisa perbandingan ideologi kita perlu mengenali bangsa eropah atau barat kerana dengan itu sahaja kita dapat mengenali dan mengetahui cara mereka berfikir atau bentuk dan kerangka pandangan dunia mereka. Sebagaimana segolongan ahli akademik yang mengkaji bangsa-bangsa timur terutamanya yang mengkaji agama Islam yang digelar sebagai orientalisme, yang mengeluarkan pandangan hasil dari kajian masing-masing sama ada bersifat akademis ataupun untuk menyerang Islam kembali, begitu juga kita sebagai umat Islam perlu menjalankan kajian dan analisa terhadap bangsa eropah. Ini terbukti dengan saranan dari pemikir Mesir iaitu Hassan Hanafi melalui projek besar wawasannya yang dituntaskan dalam bukunya Oksidentalisme: Sikap kita Terhadap Tradisi Barat (2000), karya terjemahan buku berbahasa Arab Muqaddimah fi ‘Ilm al-Istighrab. Beliau memperkenalkan pendekatan baru dalam menghadapi perspektif ilmiah Orientalisme dan barat yang disebut sebagai Oksidentalisme. Oksidentalisme sebenarnya merupakan pendekatan yang berguna untuk membuka selubung ketidakjujuran oleh barat selama ini terhadap umat Islam. Ia adalah alternatif buat umat Islam moden dalam memandang barat dengan perspektif baru.

Faham Sekularisme

Kemudian kita perlu memahami makna yang terbaik bagi sekularisme. Sebelum ini kita hanya memahami makna sekularisme hanyalah sebagai memisahkan agama dari kehidupan harian tanpa mengenali akar dan asal-usulnya kewujudan fahaman ini. Faham sekularisme ini telah dihurai secara mendalam oleh Prof. Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas seperti berikut,

‘Sekular, dari bahasa Latin saeculum, bererti masa-kini, dan erti ini membayangkan pula maksud rujukannya kepada dunia yang sentiasa berubah-binasa ini, dan tiada kepada lain; dan juga kepada kehidupan duniawi. Kehidupan duniawi terbayang sebagai senantiasa menempuh perubahan, dan insan pun-menurut faham yang sekular-harus menyelaraskan diri berubah mengikut perubahan yang ditempuhnya. Masyarakat dan negara merupakan punca segala hasrat insan dan faham sekularisme berdasar-punca kepada dunia dan masyarakat dan negara jua. Menuju ke arah kehidupan sekular bererti ‘pembebasan’ insan dari asuhan agama dan faham-faham yang menetap mengenai Hakikat Semesta;dia juga bererti ‘penolehan’ pandangan insan berkisar dari alam-alam lain niscaya menetap kepada alam yang nyata ini belaka, yakni kepada dunia belaka.

Pergertian yang terkandung dalam istilah sekular dan segala bentuk penggunaannya termasuk faham yang digelar sekularisma itu mengutamakan dunia belaka sebagai segala rujukan peranan insan; dan kepada kebebasan insan untuk merubah segala dasar kepercayaannya nescaya disesuaikan hanya untuk zamannya bagi muslihat dirinya masing-masing mengikut zamannya. Maka faham sekular merujuk kepada faham masa dan peredarannya yang diiringi oleh perubahan nilai dan sikap dan cara hidup. Faham sekular ini seakan-akan sama maksudnya dengan faham al-hayat al-dunya sebagaimana yang terbayang dalam pengertian dalam bahasa Arab dan agama Islam. Dunia (dari akar kata DNW) bererti sesuatu (kehidupan) yang telah didekatkan yang menyatakan sifatnya dalam ruang dan masa. Maka insan yang singkat pandangannya akan melihat kepada yang dekat tanpa melihat atau menghiraukan yang lain, yakni yang jauh,yang terakhir-iaitu Akhirat. Faham sekular menentang faham agama dan akidah-akidah menetap, kerana dia mengisbatkan hanya dunia dan menganjurkan kebebasan insan mengubah akidah dan nasibnya sendiri dan menentang sebarang penetapan dalam kepercayaan dan cara hidup beragama. Dari itu maka dia bertentang dengan Islam, bagaimanapun ditilik pengertiannya.’ (Islam: Faham Agama dan Asas akhlak-Syed Muhammad Naquib al-Attas).

Mengapa kita perlu memahami dengan mendalam tentang faham sekularisme ini adalah kerana kesemua aliran pemikiran barat adalah bertunjangkan kepada falsafah humanisme (menjadikan manusia sebagai fokus utama dalam kajian ilmu) yang kemudiannya melahirkan zaman pencerahan (Enlighment- iaitu satu zaman semasa berlakunya gerakan Renaissecan dan Reformation pada abad ke-11 hingga ke 17) atau bertunjangkan kepada faham rasionalisme (logik akal semata-mata). Iklim (ilmu)atau suasana eropah ketika itu dipengaruhi oleh faham saintifik dan empiricisme iaitu satu budaya fikir yang menekankan epistemologi (falsafah ilmu) berdasarkan bukti yang nyata dan zahir sahaja semata-mata dan mengenetepikan asas selain itu, terutamanya metafizik (teks agama). Ini bermaksud teks-teks agama seperti kitab al-Quran dan al-Sunnah tidak diiktiraf sebagai sumber yang sahih atau yang boleh dipercayai dalam kaedah memahami segala bidang ilmu. Peristiwa seperti ini adalah berlaku kerana tindak balas para ilmuan barat yang terpengaruh dengan falsafah logik Aristotalisme terhadap pihak gereja yang terlalu mengongkong suasana keilmuan pada ketika itu (yang penuh kepercayaan terhadap dogma-dogma ajaran kristian yang menyeleweng) . Maka pertembungan kedua-dua golongan inilah yang menyebabkan para ilmuan barat menyatakan bahawa pentadbiran dunia ini tidak memerlukan lagi campuran tangan pihak gereja (agama).

Memahami asal-usul, ciri-ciri, sifat-sifat pergerakan sekularisme dan ancamannya iaitu pergerakan sekularisasi merupakan salah satu tugas penting bagi kita untuk mempertahankan akidah ummah, ana tidak dapat melanjutkan wacana ini dengan lebih mendalam lagi, ini kerana perbincangan kita mungkin akan menjadi lebih panjang dan ia boleh menjadi persoalan lain yang boleh diperbincangkan kemudian. Secara ringkasnya, kefahaman dan pendirian kita terhadap sekularisme dan sekularisasi dapat dijelaskan sama seperti pendirian al-attas dan al-Qardhawi seperti berikut:-

Sekularisasi secara menyeluruh (as a whole) bukan sahaja satu ungkapan yang jelas-jelas tidak mensifatkan pandangan dunia Islam, tetapi juga telah dirancang untuk menentang Islam. Oleh itu Islam menolak secara total manifestasi yang jelas dan juga yang samar serta matlamat akhir proses sekularisasi itu. Kerana itu orang-orang Islam mesti menolaknya dengan sekuat tenaga dimana sahaja mereka menemuinya sama ada dikalangan mereka sendiri ataupun dalam minda mereka kerana hal itu laksana racun yang mematikan iman. (Risalah untuk Kaum Muslimin-Al-attas)

Oleh kerana itu, Islam dan sekularisme selalu bertarung lebih dari satu aspek, Islam mesti bertarung dalam setiap sisi dari tempat sisi ajarannya yang pokok, yakni akidah, ibadah, akhlak dan undang-undang.(Sekular Ekstrem-Yusuf al-Qardhawi)

Cabaran Dunia Islam Masa kini

Fenomena Penjajahan Pemikiran telah banyak diperbincangkan oleh pejuang-pejuang gerakan Islam, intelektual, cendiakawan dan pemikir Islam sebelum kita, di antaranya ialah oleh Taha Jabir al-‘alwani dalam bukunya Krisis Pemikiran Moden. Beliau menegaskan terdapatnya permasalahan asas terhadap pemikiran umat Islam kini iaitu qadhiyyah al-ghazwu al-fikri (masalah serangan pemikiran). Menurut beliau serangan pemikiran ini memiliki pasukan, persenjataan, korban, medan pertempuran, pahlawan dan kerjasama. Kelompok ini menegaskan tentang kekaburan pemikiran, kebudayaan dan tamadun dan kemungkinan terpisah dan terkurung di dalam tempat dan satu masa. Sebagai contohnya ideologi Komunisme yang dipegang dan di sokong oleh Kesatuan Soviet (telahpun runtuh) dan ideologi Kapitalisme yang dipegang oleh Amerika syarikat mempunyai ciri-ciri seperti yang telah diterangkan di atas.

Beberapa persoalan yang kini timbul seperti Islam Liberal, Islam Moderat, sosialisme Islam, Islam adalah sama dengan Demokrasi, ekonomi Islam ialah tolak riba’ tambah zakat dan tidak ada bezanya dengan ekonomi kapitalisme dan sosialisme. Hak asasi manusia dan Islam, hak-hak wanita dalam Islam, hak-hak buruh dalam Islam dan berbagai-bagai lagi persoalan yang palsu cuba dibangkitkan oleh musuh-musuh Islam bagi mengelirukan umat Islam, seakan-akan persoalan ini tidak pernah wujud dalam Islam dan tidak pernah diberikan perhatian yang sepatutnya oleh Islam. Musuh Islam ingin mengekalkan kekuasaan mereka ke atas setiap individu muslim supaya terperangkap dalam keraguan-raguan (skeptikal) terhadap ‘Kalimatul Haq’ (kalimah yang benar) iaitu pengabdian kepada Allah s.w.t dengan berpegang kepada syariah-Nya, iaitu dengan melambakkan pelbagai ideologi seperti yang kita temuinya dalam dunia moden kini seperti liberalisme, kapiltalisme, sosialisme, komunisme, positivisme, utilitianisme, nominalisme, humanisme, rasionalisme, sekularisme, pragmatisme, materialisme, zionisme, nasionalisme, modenisme, postmodenisme dan berbagai-bagai lagi fahaman ideologi yang sesat dan awal-awal lagi telah pun gagal semasa dipraktikal dibarat lagi. Inilah yang dikatakan serangan pemikiran yang melanda dunia umat Islam sehingga umat terbelenggu dengan masalah Inferiority complex iaitu sifat merendah diri yang keterlaluan dan tidak berasas, kemudian datang pula kuasa imperialisme barat dengan slogan karut ‘White Men Burden’ (Beban Orang Putih) untuk mentamadunkan umat Islam bagi melindungi niat mereka dalam melebarkan hegemoni kuasa barat.

Masalah peperangan antara ideologi dengan pegangan akidah tauhid umat Islam yang suci ini kini semakin hebat tanpa kita sedari dalam perjalanan alaf baru ini. Peristiwa yang berlaku disekeliling kita kini adalah berpunca kepada pertembungan antara agama dan ideologi iaitu dengan lebih jelas lagi antara Islam dan sekular. Lihatlah apabila Osama ben Laden menyerang Amerika Syarikat dalam peristiwa 11 September 2001, slogan yang digunakan ialah untuk menghancurkan sistem ekonomi kapitalisme A.S yang menindas dan mencengkam negara-negara dunia ketiga umumnya dan dunia Islam khususnya. Di dalam bidang pendidikan pula, kita telahpun terlibat di dalam permasalahan ini, dimana berlakunya proses sekularisasi, seperti dualisme pendidikan iaitu berlaku pemisahan atau dikotomi di antara pendidikan aliran agama dengan pendidikan pemerolehan (sciene) yang tidak mengambil teks agama sebagai rujukan utama.

Melalui kehidupan sosial pula, sekularisasi menyerang melalui cara dan gaya hidup modeniti hasil dari faham modenisme iaitu dengan menolak amalan-amalan beragama, memperjuangkan kebebasan tanpa batas dan norma-norma agama, kehidupan yang bertunjangkan hedonisme, materialistik, feminisme dan kosumerisme melampau. Dalam bidang politik pula kita melihat berlakunya dilema, iaitu menyatakan politik adalah sesuatu yang kotor. Kata-kata seperti ini jelas menolak akan kesyumulan Islam, kaedah yang digunakan oleh ahli-ahli politik sekular ini ialah berdasarkan kaedah “The End Justifies the Means” atau “Matlamat Menghalalkan Cara”. Seperti mana yang dinyatakan oleh Prof. Muhammad Abu bakar dari pendekatan ini melahirkan ungkapan dan deskripsi seperti “Pendekatan Machiavelli” (Machiavellian Approach), “Taktik Machiavelli” (Machiavellian Tactics) dan “Politik Machiavelli” (Machiavellian Politics) yang bertujuan menerangkan pelbagai adegan dan aliran termasuk taktik kotor, yang dipergunakan oleh manusia dalam politik. Malah pemikiran dan perlakuan ini menjadi sebahagian daripada politik itu sendiri, seolah-olahnya tanpa pendekatan, taktik dan pembabitan politik kotor ini, politik sebagai satu bidang kehidupan yang tidak wujud. Sehingga kini, persoalan inilah yang menguasai percaturan politik dunia.

Melalui dua penulisan yang mendahului dalam menjangka perkara yang berlaku menjelang alaf baru atau abad ke 21 ini ialah The Clash Of Civilisation and The Remarking of World Order oleh Samuel P. Huntington (1997) dan ‘The End History an The Last Men’ oleh seorang futuris A.S iaitu Francis Fukumaya (1992). Setelah mengkaji kekuatan dan kelemahan tamadun barat, kedua-dua penulis ini telah memberi amaran kepada tamadun barat bahawa pada abad ke-21 ini, mereka akan berdepan dengan kebangkitan Islam dan berdasarkan sejarah apabila berlaku pertembungan dua tamadun iaitu antara tamadun barat dan Islam akan berlaku pembenturan budaya yang kemudiannya memperlihatkan keunggulan tamadun Islam (sepert dalam peristiwa peperangan Monggol ke atas kota Baghdad), oleh itu sebelum fenomena ini benar-benar berlaku, mereka perlu menyusun strategi untuk menyerang Islam dan menghancurkannya sehingga ke akar umbi, melalui fenomena yang dinamakan dengan globalisasi iaitu sebagai sebuah wasilah halus era-Kolonialisasi baru melalui kekacauan revolusi informasi atau ledakan maklumat (information technology).

Setiap peristiwa yang berlaku disekeliling kita sebenarnya telah lama dirancang oleh puak kuffar, mereka merancang, merencana dengan berbagai cara untuk melakukan tipu daya terhadap agama Islam, dan tugas kita untuk mempertahankan akidah umat Islam ialah dengan sedaya upaya untuk menangkis serangan demi serangan dengan tidak dapat tidak kita telah pun menyertai peperangan ini.

Epilog

Dalam sebuah buku yang ditulis oleh Fathi Yakan iaitu Konsep Penguasaan Dalam Kehidupam Dakwah dan Pendakwah dalam perkara yang berhubung dengan penguasaan haraki iaitu menguasai tabiat kawan dan lawan dengan sempurna disamping menguasai tuntutan-tuntutannya seperti berikut:-

“Di antara kesalahan yang paling buruk dan merbahaya besar kepada dakwah dan pendakwah ialah kejahilan dan tidak mengetahui tabiat kawan dan lawan, tidak tahu membezakan yang mana musuh yang mana kawan, tidak tahu matlamat, wasilah, prinsip, peralatan, perencanaan, pergerakan, siasah, tokoh, pimpinan dan individu pihak musuh. Gerakan yang tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya, tidak bijak mengkelasifikasikan orang-orang disekelilngnya adalah gerakan yang gagal, pasti akan gugur, terdedah kepada penumpasan dan penghapusan oleh pihak musuhnya. Gerakan Islam kini hidup dalam satu zaman di mana musuhnya kian banyak, begitu juga cara tipu helah yang berbagai bentuk dan jenis. Sekirannya gerakan Islam tidak jelas manakah jalan yang akan dilaluinya, tidak menentu tempat-tempat ia akan berpijak, tidak berhati-hati dan berwaspada ditambah pula dengan semangat ingin kedepan dan berani (yang melulu), ia akan terdedah kepada kejatuhan di pertengahan jalan dengan tidak dapat memelihara kekuatannya atau tidak dapat mencapai sebarang sasaran”.(Fathi yakan)

Oleh itu tugas kita sebagai gerakan Islam ialah dengan mengenalpasti setiap sudut keperluan umat Islam dan merangka suatu kaedah alternatif bagi umat Islam agar tidak terus terbelenggu kepada tipu daya-tipu daya ideologi.

“Satu-satunya wasilah atau jalan untuk memantapkan kebenaran yang kita serukan ialah menampilkan pilihan Islam bagi segala yang telah dikemukakan oleh Barat. Mencuba merangka dan menjayakannya. Di dunia barat berkembang pemikiran politik, ekonomi, sosial, hukum, pendidikan, kemanusiaan, falsafah, metodologi, dan kebudayaan barat. Di atas semua dasar pemikiran tersebut tamadun barat hari ini, dengan seluruh bidangnya, ditegakkan. Kenyataannya beberapa bidang berjaya ditegakkan secara menyakinkan, tetapi bidang-bidang lainnya mengalami kemunduran bahkan kegagalan parah. Cabaran Islam tidak akan dijangka kecuali dengan memberikan berbagai pilihan cemerlang dan unggul dalam seluruh bidangnya: pemikiran, kebudayaan, pengetahuan, dan tamadun, selain harus mengukuhkan kejayaan dan keunggulan ini di dalam tamadun yang tegak di atas pemikiran, kebudayaan dan pengetahuan Islam. Dari celah-celah badan-badan, sistem, dan wasilah ini kemudian pemikiran Islam wujud secara nyata yang di atasnya tamadun Islam tegak. Hanya dengan ini kita dapat berkata, “Inilah kami datang lagi.” Dengan demikian, kebangkitan kita menjadi kebangkitan yang sebenarnya, bukan sekadar impian.” (Krisis Pemikiran Moden-Taha Jabir al-Alwani)

Sebagai kesimpulannya, tugas kita sebagai pendokong gerakan Islam bukan hanya tertumpu pada satu-satu aspek sahaja tanpa melihat kepada permasalahan dalam bidang-bidang lain yang penting dalam segenap kehidupan. Peranan bagi setiap ahli gerakan Islam ialah menguasai dan melengkapkan diri dengan sebaik mungkin kefahaman terhadap konsep ad-deen, ibadah, ilmu, syariah, akhlak, sirah, dakwah, pendidikan, siasah, ekonomi, kebudayaan dan kesenian Islam untuk memenuhi tuntutan Daulah Islamiyah demi menggelakkan kekeliruan yang cuba dipergunakan oleh musuh-musuh Islam. Kita perlu benar-benar mengenalpasti Turath (warisan) Islam dengan Turath yang batil yang ditawarkan oleh ideologi-ideologi sesat terhadap para pemuda dan pemudi Islam dengan menetapkan iman dan keyakinan mereka yang teguh serta optimis terhadap Islam. Kita amat memerlukan pengkaji-pengkaji sosial, agar segala tindakan kita terpandu dan tidak mudah terpedaya dengan slogan palsu dari falsafah dan ideologi barat.


Rujukan

1. Silibus Usrah PMIUM (II)-Ideologi
2. Islam dan Sekularisme & Islam:Faham Agama dan Asas Akhlak- Syed Muhammad Naquib al-attas
3. Kejatuhan Ideologi Materialisme dan Agenda Pengisian Islam-Anwar Al-Jundi
4. Krisis Pemikiran Moden-Taha Jabir al-‘alwani (IIIT)
5. Sistem-sistem Islam: Satu Analisa Perbandingan-Abu Urwah
6. Strategi Musuh Menentang Islam-Dr Sa’adduddin al-Sayyid Salih
7. Dr Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya “Al-Hulul al-Mustawradah wa Kayfa Jaat “alaa Ummatina” (Bagaimana penyelesaian yang Diimport Menjejaskan Ummah Dengan Teruk)
8. Gerakan Keagamaan dan Pemikiran (Akar Ideologis dan Penyebarannya), WAMY
9. Dakwah Islam dan Ideologi Barat;Ancaman Postmodenism terhadap umat Islam-Ghazali Darusalam
10. Tamadun Islam Alternatif Masa Depan-Dr Yusuf al-Qardhawi
11. Orientalisme: Kesan Pemikirannya terhadap Tamadun Islam-Dr. Mahmud Hamdi Zaqzuq
12. Krisis Pemikiran Islam-Dr’Abdul Hamid Abu Sulayman (IIIT)
13. Penghayatan Sebuah Ideal; suatu tafsiran Tentang Islam Semasa Muhammad Abu Bakar
14. Tugas Cendiakawan Muslim-Dr Ali Shariati
15. Menjelajah Dunia Modern: Bimbingan untuk kaum Muda Muslim-Seyyed Hossein Nasr
16. Konsep Ilmu dalam Islam-Wan Mohd Nor wan Daud
17. Pemikiran Islam dan Dunia Hari Ini:Senario Dunia Islam dan Strategi Menghadapi cabaran Ummah-Mohd Nor Mamat
18. Ahzab Moden & masa Depan Islam-Mustafa Kamil Ayub, Riduan Mohd Nor
19. Penguasa:Surat Seorang Negarawan Kepada Pemimpin Republik-Niccolo machiavelli (Diterjemahkan oleh Muhammad Abu bakar)
20. Jurnal Iqtisaduna:Wacana Ekonomi Islam-Forum Liwa’ Ul-haq
21. Kepincangan Umat Kini: masalah dan Penyelesaian-Dr Yusuf Al-Qardhawi
22. Terorisme Global dan Pengganas Agama: Cabaran Hidup Beragama Pada Alaf Baru-Shahrom TM Sulaiman
23. Apa itu Islam dan Tanggungjawab Kita terhadapnya-Dr Yusuf Al-Qardhawi
24. Strategi Dunia Isloam Abad ke-21-Ziaudin Sardar
25. Perubahan paradigma Nilai:Ke Arah Tranformasi Sosial dan Pembentukan Malaysia Baru-Abd Rahim Abd Rashid
26. Konsep Penguasaan dalam Kehidupan Dakwah dan Pendakwah-Fathi yakan
27. Penghayatan Sebuah Ideal:Suatu Tafsiran Tentang Islam Semasa-Muhammad Abu Bakar
28. Oksidentalisme VS Orientalisme: Mencari Alternatif wadah Sastera-Shaharom TM Sulaiman
29. Orientalisme-Edward Said
30. Skop Sejarah dan aliran Pemikiran Islam (Jurnal Usuluddin APIUM) -Mohd kamil Hj Ab Majid
31. Pemikiran Islam Tentang Konsep Perubahan sosial (Jurnal Usuluddin APIUM)-Mohd kamil Hj Ab Majid
32. Peranan Akidah dalam Perancangan Pembangunan Ummah:Satu Analisis dalam Konteks Masyarakat Kini (Jurnal Usuluddin APIUM)-Mohd Fauzi Hamat
33. Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam: KeArah Pembinaan Sebuah Tamadun Alaf Ketiga-Dr Hashim Bin haji Musa
34. Protokol-protokol Mesyuarat Para Pemimpin Ilmuan Zionis Dengan Prakat dan Nota-nota Penjelasan- Diterjamah dari teks bahasa Rusia ke bhasa Inggeris oleh Victor E. Marsden
35. Wanita Menurut Syariat Islam Dan Peradaban Moden-Dr Mustasa Sibai
36. Ke Arah Antropologi Islam (Definisi, dogma dan Tujuan)-dr Akbar S. Ahmad
37. Islam Dalam Perhubungan Antarabangsa- Ali Ali Mansur-Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid
38. Pemikiran Islam Di Malaysia:Sejarah dan Aliran-Abdul Rahman Haji Abdullah
39. Ke Arah Revolusi Islam-Kalim Siddiqui