Merobah Massa!

"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kata-Kata Hikmah

Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

Tazkirah

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

Legasi Tuan Guru Nik Aziz, ketakutan bagi UMNO.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..!

Kutukan Tuan Guru Nik Aziz terhadap UMNO, “Pergi jahanamlah UMNO!”, menimbulkan huru-hara di kalangan ahli UMNO dan penyokong UMNO, yang mendorong para pemimpin UMNO mengisytiharkan diri merekalah pemimpin sejati orang Melayu dan Islam. Semua mereka sebulat suara mengajak rakyat Malaysia, terutama sekali orang Melayu dan orang Islam, supaya melupakan saja Tuan Guru Nik Aziz, tidak memberi perhatian lagi kepada Tuan Guru yang sangat bisa mulutnya itu. Seorang Timbalan Manteri dari Kelantan berkata, Tuan Guru itu hendakkan buah, tapi tak mahu pohon apabila menolak kerjasama dengan UMNO tetapi bersedia bekerjasama dengan kerajaan pusat.

Jika anda pernah ke pasar tani yang kebetulan ada penjual durian, bagaimana perasaan anda jika penjual durian bertanya, “Tuan mahu buahnya saja atau pohonnya sekali?” Tentulah anda anggap penjual buah durian itu sudah gila. Apa perlunya pembeli hendak beli pokok durian, jika buahnya saja yang dia mahu? Tidakkah gila jika setiap kali anda ingin makan buah-buahan, anda terpaksa membeli pokoknya sekali. Tetapi Timbalan Menteri yang terlalu cerdik itu jadi amat bodoh apabila menggunakan analogi yang tidak masuk akal itu. Inilah taraf pemikiran pemimpin UMNO, baru berada pada kelas budak-budak sekolah, belum lagi sampai ke taraf seorang ulama seperti Tuan Guru Nik Aziz.

Kelemahan terbesar UMNO ialah tidak dapat menerima kekalahan, oleh itu mereka akan menjahanamkan musuh politik mereka dengan cara apa saja, misalnya dengan merampas kuasa seperti yang mereka lakukan berkali-kali di Kelantan, Terengganu, di Perak (terbaru) dan kini sedang mencuba bermati-matian hendak menjahanamkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Mereka boleh melakukannya kerana mereka mempunyai kuasa undang-undang kerana masih berkuasa di peringkat pusat. Mereka menggunakan undang-undang yang mereka bikin sendiri dalam Dewan Rakyat untuk memastikan mereka terus berkuasa.

Dalam konteks inilah ucapan keras Tuan Guru Nik Aziz itu harus difahami. UMNO dan sekutunya menganggap Malaysia kepunyaan mereka, dengan alasan bahawa merekalah yang “memperjuangkan” kemerdekaan Malaysia. Sebenarnya mereka bukan pejuang dalam makna yang tepat yang digunakan dalam politik perjuangan kemerdekaan yang dialami di Indonesia, Vietnam, Burma dan lain-lain. UMNO adalah “perunding” kemerdekaan, yang dicipta oleh penjajah Inggeris-British untuk mewakili orang Melayu dan raja-raja Melayu. Kerana adanya perasaan “Malaysia UMNO punya”, maka UMNO tidak boleh terima sebarang kekalahan.

Sikap inilah yang telah menjahanamkan orang Melayu, kerana orang Melayu dipaksa berada dalam keadaan yang sentiasa bergantung kepada UMNO “demi keselamatan Melayu dan Islam”. Sedar atau tidak, orang Melayu telah dijadikan hamba oleh UMNO untuk terus berkuasa. Begitu terhutang budinya si Melayu ini apabila diberi sebuah jambatan baru berharga RM300,000 selepas PRK Manek Urai 14 Julai 2009 baru-baru ini. Diberi seekor anak beruk atau anak kambing pun mereka sangat terhutang budi kepada UMNO. Demikian hinanya menjadi Melayu di bawah naungan UMNO, terpaksa menjadi peminta sedekah untuk mendapat sesuatu yang mereka perlukan.

Walaupun disedari mereka perlukan jambatan, pemimpin UMNO memberi syarat dan kata dua kepada para pengundi dalam sejenis amaran yang dihamburkan oleh TPM Muhyiddin Yassin di Manek Urai baru-baru ini: “Kita boleh bagi jambatan baru, Insya Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja Barisan Nasional. Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah Barisan Nasional. Kalau tidak, esok tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah Barisan Nasional.” (Siasah, 19-25 Julai, 2009).

Keangkuhan seperti ini mendorong sebahagian besar rakyat Manek Urai menjeritkan kutukan, “Pergi jahanamlah UMNO!” Suara rakyat itulah yang digemakan kembali oleh Tuan Guru Nik Aziz ketika beliau mengulang kutukan itu. Ituah makna sebenar “rakyat diutamakan” yang digembar-gemburkan oleh Najib Tun Razak, yang kononnya mencipta One Malaysia (bukan Satu Malaysia kerana satu sen tidak ada harga sekarang!). Nah, mengapa pula UMNO marah-marah apabila rakyat benar-benar diutamakan dengan mengulang kutukan mereka, “Pergi jahanamlah UMNO!” seperti yang dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz. Kalau benar rakyat diutamakan 'BUBARKAN saja Dun Perak, biar rakyat yang menentukannya!

Jika kalau betul-betul rakyat diutamakan juga, UMNO wajib dengar suara yang berbeza daripada rakyat, walaupun berupa kutukan. Kutukan demikian sebenarnya perlu untuk mengimbangi keangkuhan para pemimpin UMNO seperti yang ditunjukkan oleh Muhyiddin Yassin di Manek Urai. Dalam konteks ini, UMNO mesti bersedia untuk dikalahkan, malah UMNO mesti belajar menjadi kumpulan yang kalah.

Pendeknya, hanya dengan menerima kekalahan sebagai ketua parti yang budiman dan bersikap lapang dada, barulah UMNO boleh berubah. Jika UMNO tidak mahu kalah, maka sikap itu bertentangan dengan Islam yang dikatakan amat disanjung oleh UMNO. Atau sebenarnya UMNO berpura-pura dalam semua perkara, termasuk dalam agama? Kalau begitu, tepatlah tempelak Tuan Guru Nik Aziz, “Pergi jahanamlah UMNO!. Ingat doa ulama' bisa saja diangkat Tuhan, takut berat padahnya.-Azlan Zainal

Janji Tun Razak tentang ISA!



GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI) akan mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 1 Ogos ini sempena penyerahan memorandum kepada Istana Negara menggesa supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. Tanggal 1 Ogos akan datang juga adalah tahun ke-49 ISA diluluskan Parlimen. Apakah tujuan sebenar ISA diwujudkan? Ikuti sedutan ucapan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak Husain ketika Rang Undang-undang ini dibawa ke Dewan Rakyat pada 21 Jun 1960:

"Tuan Yang Dipertua, saya suka hendak terangkan sedikit berkenaan dasar Rang Undang-undang (Keselamatan Dalam Negeri) ini. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat ketahui bahawa Kerajaan bercadang hendak menamatkan darurat yang ada pada ketika sesudah 12 setengah tahun lama-nya iaitu akan tamat pada 31 haribulan Julai. Oleh itu mustahaklah diadakan Rang Undang-undang termasuklah Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Bill.

Seperti yang telah diterangkan, kerap kali bahawa sungguhpun Darurat akan tamat pada 31 haribulan Julai ini, tetapi musuh iaitu pengganas komunis masih lagi ada di negeri kita di antara sempadan Tanah Melayu. Sudah saya terangkan tadi lebih kurang 580 orang lagi pengganas komunis di sempadan Tanah Melayu dan barangkali 90 orang lagi ada dalam negeri Tanah Melayu. Jadi, mustahak-lah kita mengadakan satu undang-undang supaya dapat Kerajaan meneruskan serangan terhadap pengganas-pengganas komunis ini supaya dapat dihapuskan dengan seberapa segera.

Begitu juga oleh sebab musuh masih ada dalam negeri kita yang mana musuh itu disebabkan dan memikirkan yang mereka itu telah kalah dalam peperangan yang akan menjalankan seberapa usaha tenaganya dengan cara meresap subversif hendak menjatuhkan Kerajaan negeri ini dan hendak merosakkan keamanan. Oleh sebab itu, mustahak-lah kita mengadakan undang-undang bagi mencegah atau melawan anasir-anasir subversif itu.

Undang-undang atau Rang Undang-undang yang ada ini bertujuan satu bagi hendak menjalankan peperangan di sempadan antara Tanah Melayu dengan Siam supaya pengganas komunis akan dihapuskan dengan segera. Kedua, hendak mencegah anasir-anasir pengganas komunis yang ada dalam negeri ini yang menjalankan pekerjaan dengan cara meresap atau subversif. "-Tun Abdul Razak.


Tapi adakah anak dia (Najib Tun Razak) faham tentang apa yang ayah dia bentang suatu masa dulu? Kalau dia faham dia pasti akan tahu apa yang patut dibuat, ISA perlu dimansuhkan!-Azlan Zainal

Lawak Pak Belalang tentang UMNO!

Fragmen Dari Dialog Filem Nujum Pak Belalang!!!

Soalan 1

Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PR makin tinggi kedudukannya...'

Soalan 2

Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang manakah PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari sampai terberak itulah UMNO

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'

Soalan 3

Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang, Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari bilangan ahli UMNO yang banyak itu...Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan... Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'

Soalan 4

Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..??Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'


Soalan Extra

Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... DUIT !!!..' 'Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO...'- Azlan Zainal.

UMNO itu 'Munafik', Pergi Jahanam sama UMNO!

Firman Allah SWT:
"Maka mengapa kamu (terpecah) menjadi dua golongan dalam menghadapi orang-orang munafik, padahal Allah SWT telah mengembalikan mereka (kepada kekafiran), disebabkan usaha mereka sendiri? Apakah kamu bermaksud untuk memberikan petunjuk kepada orang yang telah dibiarkan sesat oleh Allah? Barangsiapa dibiarkan sesat oleh Allah, kamu tidak akan mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk) baginya". An-Nisa':88

"Mereka ingin kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, sehingga kamu menjadi sama (dengan mereka. Janganlah kamu jadikan dari antara mereka sebagai teman-teman(mu), sebelum mereka berpindah pada jalan Allah. Apabila mereka berpaling, maka tawanlah mereka dan bunuhlah (kejahatan/kemungkaran) di mana pun mereka kamu temukan, dan janganlah kamu jadikan seorang pun di antara mereka sebagai teman setia dan penolong". An-Nisa':89


Semasa isu UG (kerajaan Perpaduan) dahulu Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah antara tokoh yang cukup lantang dalam memastikan bahawa tiada gabungan UMNO-PAS berlaku. Bila diteliti ayat Al-Quran di atas pasti sedikit sebanyak kita memahami maksud tersirat disebalik apa yang cuba dilaksanakan beliau. Yang kedua dalam sirah Rasulullah SAW sendiri pun tiada pernah menunjukkan Baginda mengadakan perjanjian dengan orang munafik (hipokrit), tetapi dengan orang kafir (bukan Islam) banyak sekali. UMNO itu 'Munafik', pasti mereka yang UMNO rasa marah, tapi bila direnung banyak kriteria itu ada pada parti RASIS tersebut, apa tidaknya, mungkir janji, pecah amanah (rasuah), khianat, putar alam (pembelit) dan sebagainya. Semalam, “Pergi jahanamlah UMNO,” sergah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan. Adakah ini satu kutukan atau satu kenyataan politik yang tepat? Yang pasti, Tok Guru Nik Aziz marah apabila UMNO dan media di bawah kekuasaan mereka memutar-belitkan kenyataannya tentang kerjasama antara pusat dan negeri Kelantan. Masalah yang dihadapi Kelantan, yang menjadi masalah kronik yang dihadapi oleh setiap Menteri Besar dari PAS, ialah tentang perhubungan pusat dan negeri yang penuh konflik. Pusat tidak boleh terima ada negeri yang tidak sehaluan dengan pusat, walaupun dalam konteks demokrasi.

Meskipun peruntukan dalam Perlembagaan jelas tentang tanggungjawab pusat kepada negeri, terutama dari segi membayar gran tepat pada waktunya, tetapi dari segi pelaksanaannya tidak pernah dibuat dengan profesional, berasaskan kehendak Perlembagaan, oleh kerajaan pusat. Kita tidak perlu soal tentang kejujuran kerajaan pusat, kerana memang mereka tidak jujur dan soal kejujuran ini tidak penting dalam politik. Yang penting ialah sama ada mereka patuh kepada Perlembagaan yang mereka buat sendiri. Kita mesti ingat, Perlembagaan Malaysia dibuat oleh UMNO dan konco-konconya. Jadi apabila mereka tidak mahu ikut, tentu ada masalah. Mereka tidak profesional, itulah kesimpulan yang tepat.

Rakyat tidak wajar mengharapkan kejujuran daripada UMNO (baik zaman Perikatan mahu pun zaman Barisan Nasional), tetapi mereka mahukan sikap profesional, bertindak sebagai manusia normal dan rasional, bukan sebagai manusia yang menggunakan kuasa untuk menindas. Tentang aspek ini, Dr. Nik Ibrahim bin Nik Mahmud telah menulis tesis Ph.D. (1977) yang menganalisis hubungan penuh konflik dan penindasan antara pusat (di bawah Tunku dan Tun Razak) dengan Kelantan. Beliau memberikan data-data konkrit dengan mengemukakan dokumen yang boleh diperiksa oleh sesiapa juga yang tidak menerima kenyataan ini. Mana tidaknya kerajaan campuran yang pernah dibentuk akhirnya perjanjian tersebut dikhianati, tahun 1978 PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional (BN).

Jika kutukan Tok Guru Nik Aziz dilihat dalam konteks yang dianalisis oleh Dr. Nik Ibrahim ini, kita akan faham mengapa Tok Guru Nik Aziz mengucapkan dengan lantang kutukan beliau yang memang berasaskan kenyataan pengalaman politik yang tidak boleh diketepikan. Adakah orang Melayu berharap kutukan Tok Guru Nik Aziz akan menjadi kenyataan? Jika kita melihat perkembangan terbaru dalam UMNO, kita akan dapati betapa para pemimpin UMNO sendiri mengaku betapa teruknya parti Melayu itu menghadapi masalah rasuah. Beberapa orang pemimpin penting UMNO telah menjadi korban tabiat rasuah itu apabila dinafikan daripada bertanding dalam pemilihan UMNO.

Tetapi mereka tidak dipecat dari jawatan penting di negeri-negeri, misalnya sebagai Ketua Menteri di Melaka. Kutukan Tok Guru Nik Aziz diluahkannya berasaskan kenyataan politik dalam UMNO sendiri. Tidakkah rasuah itu satu kecelakaan besar bagi negara, apabila para pemimpin negara dengan tidak ada perasaan malu mengaku bahawa mereka adalah pengamal rasuah. Malah Dr. Mahathir Mohamed sendiri menegaskan Kabinet Najib yang ada sekarang tidak bersih, masih ada pemimpin rasuah di dalamnya. Adakah Dr. Mahathir berbohong? Yang boleh menjawabnya dengan tepat hanya orang UMNO sendiri, tetapi apabila bekas PM sendiri sudah membuat kesimpulan demikian, maka ucapan Tok Guru Nik Aziz yang umum itu memang dikhususkan kepada UMNO sebagai parti Melayu yang Islam yang telah merugikan Melayu dan Islam.

Yang menjadi masalah kepada UMNO dan ketua-ketua UMNO ialah apa yang diucapkan oleh Tok Guru Nik Aziz itu tepat sekali dengan perilaku politik dalam UMNO sendiri, yang diakui mereka dan disedari mereka kebenarannya. Oleh itu apabila lidah rasmi UMNO, akhbar Utusan Malaysia melalui ruangan “Bisik-bisik” yang ditulis sendiri oleh Ketua Pengarangnya (bertarikh 28/7/2009), berkata Tok Guru Nik Aziz merugikan Islam dan bukan seorang pemimpin Islam sejati, maka fakta yang ada menunjukkan kesimpulan Ketua Pengarang itu lebih tepat ditujukan kepada UMNO dan para pemimpin UMNO. Kita boleh bertanya: Dari segi apa Najib Tun Razak dan Dr. Mahathir Mohamed misalnya menguntungkan Melayu dan Islam, dibandingkan dengan sumbangan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat?

Adakah kedua-dua mereka pemimpin Islam sejati? Adakah ketiga-tiga mereka ini sama-sama merugikan Melayu dan Islam dan bukan pemimpin Islam sejati? Oleh itu, siapakah pemimpin Islam sejati itu di Malaysia? Kita perlu tahu siapa pemimpin Islam sejati itu, kerana pada waktu orang Islam sudah begitu jauh dibawa UMNO untuk mengelirukan masyarakat tentang Islam (misalnya dengan mengemukakan Islam Hadhari, yang dengan sendirinya memberi keraguan kepada konsep Islam sejati, kecuali jika Islam Hadhari itulah yang sejati), maka pemimpin Islam sejati itu perlulah dinamakan supaya boleh dijadikan ukuran dalam menentukan siapa yang sejati dan palsu dalam kepemimpinan Islam ini.

Yang sah, tidak seorang pun daripada UMNO pernah muncul sebagai seorang pemimpin Islam sejati seperti yang disebut oleh Ketua Pengarang Utusan Malaysia dalam karyanya. Yang pasti PAS telah melahirkan seorang negarawan besar dan seorang pemimpin Islam sejati dalam diri Dr. Burhanuddin Hilmi. Siapakah di kalangan pemimpin UMNO yang setanding dengan beliau sebagai seorang pemimpin Islam sejati? Di sinilah Tok Guru Nik Aziz berada, berdiri sebagai seorang pemimpin Islam yang tidak kalah dengan ketokohan Dr. Burhanuddin. Sama ada beliau seorang pemimpin Islam sejati atau tidak, tentulah bukan Utusan Malaysia yang menentukannya, tetapi kehebatannya berhujjah dan beramal dengan ayat dan kalam Allah itulah hakikat kebijaksanaan beliau.-Azlan Zainal

Antara lilin, sembah tugu, ISA & tumbangkan kerajaan PR Perak!

Setiap tahun, pada hari dan tarikh tertentu, patung besar di Taman Tasik Perdana, berhampiran bangunan Dewan Rakyat, akan menerima jambangan bunga untuk mengenang jasa patung-patung yang telah berjuang untuk negara. Setiap kali tiba pelawat rasmi kerajaan, patung-patung itu akan menerima jambangan bunga penghormatan. Walaupun perbuatan itu janggal, tidak pernah dilakukan oleh orang Melayu dan ditolak bulat-bulat oleh Islam sebagai amalan syirik, namun kerana sudah dibudayakan, nampaknya sudah diterima rakyat. Kata orang yang tahu, sudah ada fatwa mengharamkan perbuatan itu, tetapi masih diteruskan kerana menghormati patung adalah sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.

Adakah ini cocok dengan One Malaysia yang oleh seorang ustaz tentera yang jadi menteri dikatakan telah berfatwa memang One Malaysia itu cocok dengan Islam, ertinya mengikut ustaz ini One Malaysia itu serasi dengan Islam? Baik-baik bagi fatwa, tuan ustaz, supaya ustaz tidak keliru. Kami yang jahil tak mengapa kerana ramai tok guru yang boleh kami tanya fatwanya yang betul. Kalau ikut kata seorang tok guru, perbuatan tunduk hormat kepada patung di Tugu Negara itu samalah dengan Firaun menyembah patung-patungnya. Cuma bezanya yang disembah Firaun itu patung anjing, kucing, sphinx (berkepala Singa), dan lain-lain yang dianggap mulia oleh Firaun. Pendahuluan ini penting kerana ada kaitannya dengan cerita berikutnya.

Sekarang timbul cerita yang dibesar-besarkan, kononnya ada pemimpin PAS turut membakar lilin menghormati kematian seorang pekerja politik bukan Islam, Teoh Beng Hock namanya. Riuh seluruh negara mengecam dan mengutuk perbuatan itu. Seorang mufti, Harussani pula dengan bangganya berkata para ulama dalam parti PAS membenarkan perbuatan melanggar akidah itu seperti tiada apa-apa, dibolehkan untuk kepentingan politik. Surat-surat khabar yang menggalakkan gosip, fitnah, pembohongan dan mengumpat, mengasak pembaca dengan tulisan-tulisan berapi-api mengutuk ulama dalam parti PAS. Kezaliman yang berlaku ke atas pekerja politik yang didapati mati terbunuh selepas disoal-siasat oleh SPRM jadi tidak relevan lagi bagi akhbar-akhbar ini, kerana yang paling penting ketika ini ialah seorang bekas MB dari parti PAS turut membakar lilin bersama-sama ahli DAP.

Kesalahan itu sangat besar, tidak boleh dimaafkan, oleh itu, kata akhbar-akhbar ini, parti PAS mesti ditolak dalam PRU 13 nanti kerana mereka menerima perbuatan syirik untuk mendapat sokongan politik. Tidak seorang pun orang baik-baik ini, termasuk mufti, membangkitkan penyembahan patung di Tugu Negara. Perbuatan itu tidak syirik bagi mereka kerana dibenarkan oleh Perlembagaan Malaysia dan kerajaan sendiri sudah berbelanja banyak berhubung penyembahan patung di Tugu Negara itu. Sebenarnya orang tidak sedar, di bawah slogan One Malaysia, memberi penghormatan kepada pahlawan negara yang banyak berjasa itu merupakan salah satu amalan penting negara, oleh itu Tugu Negara bukan patung yang disembah, tetapi hanya batu-batu yang diukir berwajah manusia sedang mempertahankan negara.

Kata kerajaan, rakyat sudah terima amalan itu sebagai amalan yang digalakkan dalam Rukunegara, oleh itu tidak timbul soal syirik atau tidak. Tidakkah dalam One Malaysia yang membenarkan perbuatan itu, meletakkan Perlembagaan Negara sebagai undang-undang tertinggi negara? Kata mereka, termasuk para mufti mereka, Rukunegara dan Perlembagaan Negara adalah lambang kekuatan One Malaysia, yang telah menerima kedudukan Islam sebagai agama orang Islam yang mendapat simpati kerajaan, oleh itu ditulis dalam Perlembagaan Malaysia bahawa “Islam adalah agama rasmi Malaysia”. Di mana pula ada tertulis membakar lilin itu sebahagian daripada amalan Perlembagaan Malaysia? Tidak ada, oleh itu perbuatan itu salah dan tidak patut diamalkan di Malaysia. Orang Islam ditegah membakar lilin atau membakar kemenyan bila ada kematian.

Mereka hanya dibenarkan membakar lilin bila api elektrik terputus. Tetapi perbuatan itu tidak diwajibkan, kerana tidak ada dalam Perlembagaan Malaysia. Walau bagaimanapun, lilin yang dicucuk di atas kek hari jadi boleh dibakar dan dihembuskan sambil bertepuk tangan. Itu bagus kerana dibuat oleh PM sendiri dan para menteri, juga oleh budak-budak sekolah dan anak-anak kecil di tadika. Berasaskan hujah-hujah ini, sahlah membakar lilin yang dilakukan oleh Datuk Seri Muhammad Nizar bekas MB Perak itu bukan amalan Malaysia, oleh itu bertentangan dengan Perlembagaan, maka dengan itu tidak boleh dibuat oleh rakyat Malaysia kerana apa-apa juga niat hendak mengenang orang mati itu salah mengikut Perlembagaan dan semangat One Malaysia.

Adapun membina tugu dan tunduk hormat kepada patung manusia yang tidak pun berwajah Melayu adalah amalan Malaysia dan sesuai dengan semangat One Malaysia yang mengikut fatwa ustaz menteri sesuai pula dengan Islam, yakni One Malaysia itu, yang menerima dengan baik pemujaan tugu dan amalan tunduk hormat kepada patung itu adalah sesuai dengan Islam dan telah pun dipraktikkan oleh Islam sejak sekian lama menurut pandangan ustaz menteri. Itulah ajaran para pemimpin UMNO yang telah memerintah Malaysia selama 52 tahun. Ada lagi satu persoalan yang aku ragui dan ingin aku persoalkan, antara pegang lilin, sembah tugu, rasuah kroni, tangkapan dibawah ISA dan tumbangkan kerajaan PR Perak, agak-agaknya mana yang lebih zalim dan terpesong jauh dari akidah serta Agama, sedangkan ia lebih zalim, tidak adil dan tiada bermoral daripada hanya memegang lilin. Tolonglah UMNO-BN jangan putar belitkan fakta dan pergunakan Agama untuk kepentingan politik. Jika tidak faham Agama jangan berbincang soalnya dan berdusta tetapi belajar dan bertaubatlah. - Azlan Zainal

Lilin & Hak rakyat

Mengulas isu LILIN. Ramai orang bercakap fasal lilin. Zambry Abdul Kadir minta Ulama' PAS tegur perilaku Ir. Nizar tentang tingkah lakunya memegang lilin sewaktu memperingati kematian Teoh Beng Hock.

Isu lilin ini telah mengingatkan kita kepada kisah Amirul Mukminin atau khalifah Islam Umar Abdul Aziz. Siapa yang tak kenal Umar bin Abdul Aziz? Sosok pemimpin adil, arif, lagi berilmu. Banyak kisah teladan yang beliau tinggalkan untuk peniti kebenaran. Inilah kisah ringkasnya.

Suatu hari datanglah seorang utusan dari salah satu daerah kepada beliau. Utusan itu sampai di depan pintu Umar bin Abdul Aziz dalam keadaan malam menjelang. Setelah mengetuk pintu seorang penjaga menyambutnya. Utusan itu pun mengatakan, “Beritahu Amirul Mukminin bahawa yang datang adalah utusan Menteri Besarnya.” Amirul Mukminin dalam kontek Malaysia lebih kurang macam Perdana Menteri (PM).

Penjaga itu masuk untuk memberitahu PM Umar yang hampir saja berangkat tidur. Umar pun duduk dan berkata, “Izinkan dia masuk.”

Utusan itu masuk, dan Umar memerintahkan untuk menyalakan lilin yang besar. Umar bertanya kepada utusan tersebut tentang keadaan penduduk kota, dan kaum Muslimin di sana, bagaimana perilaku MBnya, bagaimana harga-harga, bagaimana dengan anak-anak, orang-orang muhajirin dan anshar (bolehkah ditakrifkan sebagai pendatang 'berizin' yang asalnya dari China, India dll & 'tanpa izin' seperti yang ada sekarang?) , ibnu sabil, orang-orang miskin. Apakah hak mereka sudah ditunaikan?Ada apa-apa pengaduan?

Utusan itu pun menyampaikan segala yang diketahuinya tentang kota kepada Umar bin Abdul Aziz. Tak ada sesuatu pun yang disembunyikannya. Semua pertanyaan Umar dijawab lengkap oleh utusan itu. Ketika Semua pertanyaan Umar telah selesai dijawab semua, utusan itu balik bertanya kepada Umar.

“Ya Amirul Mukminin, bagaimana keadaanmu, dirimu, dan badanmu? Bagaimana keluargamu, seluruh pegawai dan orang-orang yang menjadi tanggung jawabmu? Umar pun kemudian dengan serta merta meniup lilin tersebut dan berkata, “Wahai pelayan, nyalakan lampunya!” Lalu dinyalakannlah sebuah lampu kecil yang hampir-hampir tidak bisa menerangi ruangan karena cahayanya yang teramat kecil.

Umar melanjutkan perkataanya, “Sekarang bertanyalah apa yang kamu inginkan." Utusan itu bertanya tentang keadaannya. Umar memberitahukan tentang keadaan dirinya, anak-anaknya, istri, dan keluarganya.

Rupanya utusan itu sangat tertarik dengan perbuatan yang telah dilakukan oleh Umar, mematikan lilin. Dia bertanya, “Ya Amirul Mukminin, aku melihatmu melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan."

Umar menimpali, “Apa itu?”

"Engkau mematikan lilin ketika aku menanyakan tentang keadaanmu dan keluargamu.”

Umar berkata, “Wahai hamba Allah, lilin yang kumatikan itu adalah harta Allah, harta kaum Muslimin. Ketika aku bertanya kepadamu tentang urusan mereka maka lilin itu dinyalakan demi kemaslahatan mereka. Begitu kamu belokkan percakapan kepada keluarga dan keadaanku (yakni hal peribadi), maka aku pun mematikan lilin yang milik kaum Muslimin itu."

Subhanallah, benar-benar mengagumkan! Begitu besar kesungguhan Umar dalam menjaga harta kaum Muslimin, berbeda dengan kerajaan Malaysia yang kita saksikan sekarang. Khabarnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pun nak ikut macam Amirul Mukminin ini. Baguslah, baik dari mengidola orang lain, walaupun dia masih belum Islam.

Ingat kisah padam lilin dalam sejarah penguasa Islam itu, sebagai lambang ketidak membaziran wang rakyat! (Rujukan: Kisah Umar bin Abdul Aziz, Ibnul hakam hal. 155-156). Apakah hukum memegang lilin ini lebih besar daripada isu UMNO-BN yang merompak harta rakyat dan rasuah bermaharajalela kepada kroni. Kalau Umar Abdul Aziz amanah menggunakan harta kerajaan, adakah UMNO itu amanah pada rakyatnya? Fikirlah sendiri-Azlan Zainal.

UMNO itu rasis!

Assalamualaikum w.b.t...

Semua pemerhati politik tahu bahawa apa yang berlaku dalam peristiwa Teoh Beng Huat ialah satu permainan kotor politik yang berpaksi kepada sifat dengki yang racist UMNO. Oleh kerana UMNO rasa mereka sekurang kurangnya dapat berpaut kepada dahan rapuh masa dalam kes penipuan dan rampasan kuasa di Perak dengan bantuan semua instrumen negara, maka nafsu serakah mereka tidak dapat dan belum dapat dipuaskan.

Mereka berkira kira untukmenjatuhkan kerajaan Negeri Selangor yang dipilih secara mengikut perlembagaan dengan cara yang sama, iaitu memperkudakan instrumen negara dengan cara mafia yang telah berkali kali mereka lakukan. Tetapi kali ini kuda kepang mereka tersilap langkah dan merungkup jatuh bersama tuan sipenunggang.

Punca mereka melakukan kerja kerja mafia ini adalah kerana sifat hasad dan dengki yang berkerak dalam qalbu mereka, dan untuk mendapat sokongan, mereka meniupkan api perkauman tentang survival Melayu, kerana, itulah satu satunya cara yang mereka tahu untuk mendapat sokongan.

Oleh itu, selesai sahaja PRU 12, mereka laungkan ketuanan Melayu. Dalam kes perompakan kuasa di Perak, semua institusi Melayu dan Islam digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang haram. Ia itu merompak.

Sekarang, dalam keadaan bertelanjang dikhalayak ramai kerana isu Teoh Beng Huat, maka laungan perkauaman ini ditiupkan semula. Mereka mengatakan pembangkang memainkan isu perkauman, kerana cuba melemahkan SPRM, satu institusi Melayu.

SPRM institusi Melayu? Atau ia institusi Malaysia?

Tak dapat beza ke antara SPRM dengan institusi Undang dan Luak?

Dalam keadaan UMNO tersepit kerana kehakisan sokongan, GAPENA pun bersuara dengan suara dan denyutan nadi UMNO, sebab pada mereka GAPENA itu gabungan penulis UMNO, dan bukan gabungan penulis nasional.

Apa yang UMNO risau, orang Melayu yang sengaja dibiarkan mundur masih lagi dan terus menerus sokong UMNO. Perhatikan keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang bagi kawasan Trung, dan pilihanraya kecil Manek Urai.

Apa yang UMNO perlu lakukan untuk terus berkuasa ialah jadikan orang Melayu mundur dan tidak berkembang secara intelektual.

Kumpulan ini akan terus menyokong mereka.