Merobah Massa!

"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kata-Kata Hikmah

Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

Tazkirah

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

Deklarasi Aktivis Mahasiswa Malaysia Sempena Pilihanraya Kampus 2009





8 Mac, Apa yang kita Dapati?
KAMI, aktivis-aktivis mahasiswa Malaysia secara bulat dan tekad sekali lagi mahu melanjutkan idea perubahan yang pernah dicetuskan melalui Parti Mahasiswa Negara (PMN) dalam Pilihanraya Umum Ke-12 Malaysia (PRU12) dalam Pilihanraya Kampus 2008 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Bagi kami, mahasiswa tetap mahasiswa. Perjuangan mereka berdiri atas politik nilai hatta meletakkan mereka sebagai agent of change, pressure groups, catalyst, independence groups, check and balance bagi masyarakat; termasuk warga Universiti.

Bagi kami, keputusan drastik menubuhkan PMN demi mendepani Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah berjaya meruntuhkan tirani AUKU dalam paradigma seluruh mahasiswa Malaysia.

Bagi kami, keinginan berdebat secara terbuka dengan menantu kesayangan Perdana Menteri Malaysia, YB Mohd Khairy Jamaluddin di Parlimen Rembau dalam PRU12 lepas telah pun membuka mata semua pihak betapa rendahnya moral dan keyakinan diri calon Parlimen tersebut sehingga tidak berani menyahut hasrat mahasiswa.

Bagi kami, keputusan mahasiswa tampil atas entiti tersendiri oleh lebih 700 aktivis mahasiswa, calon mahasiswa sendiri, slogan tersendiri, imej tersendiri, manifesto tersendiri serta pendekatan kempen tersendiri telah pun menjawab tanggapan songsang segelintir pihak; kononnya mahasiswa Malaysia adalah perkakas politik mana-mana parti baik parti pemerintah atau oposisi.

Tahun baru, Januari 2009, Apa yang kita impikan?
Bertitik-tolak atas cita-cita perubahan dan perjuangan politik nilai sebagaimana di atas, kami aktivis-aktivis mahasiswa Malaysia yang pernah menubuhkan serta menggerakkan PMN telah sebulat suara menjadikan Pro Mahasiswa Universiti-Universiti Seluruh Malaysia (Pro-M) sebagai pentas utama dalam menggerakan cita-cita perubahan di Universiti.

Kami mahu Universiti-Universiti Malaysia mendukung semula cita-cita akademia dan memelihara hak-hak mahasiswa; bukan lagi menjadi perkakas politik kuno Aspirasi tajaan UMNO dan Barisan Nasional. Kami mahu Universiti-Universiti Malaysia menjunjung demokrasi-autonomi kampus; bukan lagi dicengkam oleh politik perkauman yang kotor dan langsung tidak bermaruah.

Kami mahu Universiti-Universiti Malaysia kembali diisi oleh kepemimpinan mahasiswa yang benar-benar mahu melakukan perubahan di Universiti sebagaimana cita-cita yang sama di peringkat nasional; bukan lagi dipimpin oleh kepemimpinan boneka Aspirasi yang bacul, tiada kredibiliti, hipokrit serta sanggup menjadi perkakas politik UMNO/BN di luar sana.

Kami menyeru semua pihak untuk bersama-sama beriltizam untuk melaksanakan perubahan dalam Universiti kita. Ketepikan kepentingan ideologi dan pertubuhan masing-masing dan meletakkan cita-cita perubahan nilai di Universiti sebagai wazan utama.

Marilah sama-sama beriltizam untuk melaksanakan perubahan yang kolektif dari politik sempit Aspirasi, UMNO dan Barisan Nasional. Marilah sama-sama kita mengeratkan perpaduan sesama kita atas nama perubahan di Universiti-Universiti kita masing-masing.

Marilah sama-sama kita menggembleng paradigma, masa dan qudrat kita demi memperjuangkan hak-hak mahasiswa kerana Universiti-Universiti Malaysia dibina adalah untuk membangunkan Generasi Baru dan Mahasiswa Malaysia; bukan memelihara kepentingan segelintir pemimpin-pemimpin politik Aspirasi, UMNO dan Barisan Nasional.

Januari ini, berilah sokongan dan partisipasi kepada calon-calon Pro-Mahasiswa. Mahasiswa tetap mahasiswa. Kepemimpinan kita seharusnya benar-benar terdiri oleh aktivis-aktivis yang bersedia memperjuangkan hak-hak kita dan melaksanakan perubahan di Universiti-Universiti Malaysia.-Azlan Zainal

“UNIVERSITI MILIK MAHASISWA, KAMPUS MILIK KAMI”
“MENERAJUI PERUBAHAN GENERASI BARU”

0 comments:

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent