Merobah Massa!

"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kata-Kata Hikmah

Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

Tazkirah

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

'Jebat' hidup kembali, tindakan Ir Nizar harus dikagumi!

Semakin menarik isu di Perak. Teringat kata-kata Guevara, tokoh sosialis dunia yang jua merupakan seorang revolusioner, “Bila ketidakadilan dijadikan undang-undang, maka penentangan adalah tanggungjawab”. Merujuk kepada situasi perak, maka pasti teringat akan Tun Perak, Bendahara Melaka yang masyhur, pernah menjadi penasihat kepada 4 orang sultan Melaka yang ternama dan berkuasa, walau dia taat dan sangat setia kepada Sultan sekalipun, tapi dia masih waras tidak melunaskan perintah Sultan membunuh Hang Tuah, adakah ini dianggap derhaka bilamana menggunakan akal untuk berfikir, menyelidik sebelum menghukum, bertindak adil pada yang berhak. Kata-katanya yang masyhur, “setia pada Raja adalah satu tuntutan, tapi tidak bermakna hanya pada semuanya atau dia yang satu.”

Apa yang berlaku dalam politik terkini di Perak sangat pantas. 'Klimak'nya telah hampir sampai, mungkin selepas ini apa yang bakal berlaku makin menurun grafnya. Tapi tampaknya tidak begitu, tindakan Ir Nizar tidak dapat diramal, setelah memohon sembah ‘derhaka’ dan masih lagi kekal sebagai MB yang sah kepada kerajaan Negeri Perak dan terus menghuni kediaman rasmi kerajaan. Semalam, YBhg MB masih lagi mengadakan ‘meeting’ kerajaan Negeri, dimaklumkan 8 orang exco yang hadir dan 4 projek & kertas kerja yang diluluskan. Sebelum ini dalam entri yang lalu, saya rasa rakyat boleh berfikir siapa yang lebih dahulu menderhaka dan mengkhianati rakyat. "Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan", mungkin ini yang ada di dalam minda pemimpin berjiwa besar itu, tindakan kekal sebagai MB adalah tanda protes yang perlu diberikan sokongan semua sebagai partisipasi kita bersama membumikan perjuangan rakyat. Adakah semua ini akan berakhir sekiranya diputuskan di mahkamah dengan MB Nizar diambil tindakan atau Sultan akan berfikir semula lalu mengumumkan pembubaran DUN secepat mungkin? Semuanya masih menjadi tanda tanya dan sukar untuk diramalkan, kerana dalam politik segalanya mungkin terjadi.

Dirasakan persepsi rakyat makin cerah lagi bersuluh, yang terang lagi menderang, yang kabur telah jelas lagi menjelaskan. Setakat 11 bulan Nizar menjadi MB Perak, beliau berjaya mengubah persepsi yang sangat ditakuti rakyat terutamanya bukan melayu sekiranya orang PAS menjadi pemerintah. PAS pada pandangan bukan melayu dan bukan Islam agak pesimis dan prejudis, hanya tahu tentang hudud, berkhatan dan potong tangan. Melalui Nizar, mungkin DAP sendiri tidak percaya itulah pimpinan dari seorang PAS. Saya tidak mahu bercakap panjang apa yang Nizar telah buat dan rasanya rakyat Perak lebih mengetahui.

Sebelum ini sokongan bukan melayu terhadap PAS bukan kerana mereka menyukai PAS sepenuhnya, tetapi lebih kepada rasa ketidakpuasan terhadap BN. Sekiranya BN berjaya meredakan ketidakpuasan tersebut saya percaya undi bukan melayu tidak mustahil akan kembali kepada BN. Selepas apa yang berlaku hari ini, saya percaya sokongan bukan melayu terhadap PAS adalah tulen. Nizar telah berjaya dengan jayanya menggambarkan bahawa itulah pimpinan seorang PAS walaupun terhadap bukan Islam.

Sebelum ini cerita cerita tentang Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan memang didengari oleh bukan melayu dari orang bukan melayu Kelantan. Ianya positif. Tetapi Tuan Guru Nik Aziz hanya membawa imej pimpinan PAS yang baik untuk semua rakyat, dilihat jujur. Cerita tersebut sebenarnya belum menyemarak sepenuhnya kerana bukan melayu hanyalah minoriti di Kelantan, sebaliknya di Perak.

Ir Nizar terserlah dengan imej seorang profesional PAS, berkelulusan, boleh berkomunikasi dengan baik dengan semua bangsa, jujur, ditambahkan lagi dengan kebolehannya bercakap dalam bahasa Inggeris dan Mandarin dengan baik. Sukar rasanya untuk mencari pemimpin yang ada pakej seperti ini dalam PAS, hatta dalam UMNO sekalipun, apatah lagi dalam parti parti lain.

Peristiwa hari ini sebenarnya merupakan kemenangan moral yang sangat besar bagi PR amnya dan PAS khususnya dalam jangka panjang. PR pun dilihat ragu ragu, apakah undi bukan melayu akan terus bersamanya dalam PRU akan datang.

Dengan peristiwa ini saya yakin sokongan bukan melayu terhadap PAS akan makin jelas dan besar. Percayalah. Kecualilah ada persitiwa besar lain yang bakal merubah persepsi tersebut berjaya dilakukan BN. Tetapi berdasarkan senario mutakhir ini rasanya sukar untuk BN lakukan.

Orang bukan melayu terutama Cina menjadi kecewa terhadap DAP dengan tindakan adun Jelapangnya. DAP yang sebelum ini dilihat tegar dengan prinsip yang diperjuangnya telah dinafikan dengan tindakan ini. Orang cina pun menjadi tenggelam punca dengan tindakan adun ini. Merekapun terkeliru, apa yang sebenarnya berlaku. Tidak mustahil, melalui peristiwa ini orang cina akan lebih percaya PAS dari DAP selepas ini.

Sesungguhnya peristiwa hari ini akan memberikan kesan dan gambaran yang lebih jelas akan keputusan PRU akan datang. Bersedialah kita untuk hari itu bagi memikul tanggungjawab yang besar yang mereka pun mungkin tak terjangka. PAS bukan saja perlu dengan imej jujurnya tetapi juga penting dengan imej bijak, berkarisma, berkaliber, selayaknya sebagai pimpinan sebuah negara. Maka generasi yang perlu dibina bisa saja menggalas amanah dan runtunan amanah ini. Keyakinan hanya bermula dengan kepercayaan, maka oleh itu, Percayalah!- Azlan Zainal


0 comments:

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent