Merobah Massa!

"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kata-Kata Hikmah

Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

Tazkirah

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

Taadud Jamaah

Taadud Jamaah, mencari persefahaman yang hilang

Sememangnya Manusia tidak terlepas dari membuat salah dan silap termasuklah juga Nabi. Oleh itu janganlah kita terlalu taksub kepada seseorang tokoh mahupun kepada Jamaah dan suatu organisasi sahaja. Sering berlaku di mana pengikut terlalu taksub kepada seorang tokoh atau pemimpin sehingga percaya pemimpin mereka itu sangat mulia dan tidak mungkin akan buat salah atau tersilap. Dan mereka begitu terlalu percaya Jamaah, organisasi atau kumpulan mereka saja yang betul. Berpeganglah pada yang hak dan kebenaran kerana ia adalah tunjang kepada keadilan.

Semua manusia termasuk juga Nabi dan Rasul ada buat salah, kerana manusia adalah makhluk, yang tidak sempurna sifatnya. Tuhan saja yang Maha Sempurna. Beza Nabi, Rasul dengan manusia lain, para anbiya mempunyai keistimewaan yang boleh berhubung terus dengan Tuhan melalui saluran wahyu.

Nabi Muhammad SAW juga tidak terlepas dari buat salah dan silap. Peristiwa nabi buat silap ini ada tercatit dalam al-Quran. Bezanya bila Nabi buat salah, di masa itu juga Tuhan akan tegur Nabi menerusi wahyu. Inilah yang dinamakan ‘maksum’ iaitu terpelihara dari salah dan silap. Jika Nabi tersilap, Tuhan akan tegur dan betulkan.

Sebagai contoh, pernah Nabi Muhammad memasamkan muka kepada seorang buta yang hendak bertanya lebih lanjut tentang Islam sedangkan masa itu Nabi tengah sibuk hendak berdakwah kepada pembesar-pembesar bukan Islam yang Nabi rasa lebih penting. Kepada Allah SWT, perbuatan Nabi itu adalah salah, lalu Allah menegurnya melalui perantaraan wahyu.

Ini juga sebagai tanda al-Quran itu bukan dibuat oleh nabi Muhammad. Kalau nabi yang buat, sudah tentu tidak mungkin ada ayat-ayat al-Quran yang menegur kesilapan baginda sendiri atau menerangkan dan menceritakan kembali sebagai iktibar dan pengajaran kepada sekalian umat manusia.

Kenapa Nabi mesti maksum? Nabi atau rasul mesti bersifat maksum atau terpelihara dari kesalahan kerana mereka adalah model yang akan menjadi ikutan manusia lain. Kalau Nabi silap, manusia lain juga akan turut silap. Maka sebab itulah nabi itu perlu terpelihara dari salah dan silap.

Secara teorinya, kalau kita ikut cara nabi dan Quran maka kita tidak akan silap, kerana nabi itu terpelihara dari kesalahan dan kesilapan. Setelah telah lama masa berlalu, dunia telah mengalami pelbagai peristiwa dan perubahan. Ajaran agama Islam telah ditafsirkan dengan berbagai cara. Ulama’dan umarak mentafsirkan Islam mengikut ilmu dan kepentingan mereka.

Hanya ulama’ yang ikhlas dan mentafsirkan Islam tanpa mengikut nafsu dan kepentingan mereka sahaja yang akan diterima oleh Allah. Kita tidak boleh mengatakan kita saja atau kumpulan kita saja yang paling betul dan memperlekehkan Jemaah dan kumpulan-kumpulan lain.

Menjadi tanggungjawab kita untuk mencari dan menggali ilmu Islam dari berbagai sumber dan pandangan. Dari situ barulah kita akan dapat gambaran Islam itu secara tepat.
Adalah tidak betul kalau kita hanya taksub kepada satu guru atau pandangan sahaja. Elakkan mencari kesalahan orang lain dan jadilah manusia yang bijak memanfaatkan ruang dan peluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah ummah yang sekian parah. Yang idealnya sekarang kita wajar mencari satu formula kebersamaan bagi mencapai satu solusi agar agenda dakwah kita kian rancak walau dalam sektor, platform dan wasilah mana kita ditempatkan. Yang penting kita terus berjuang dan menyumbang. Saya yakin orang yang bijaksana dan mempunyai asas kefahaman yang jelas akan bisa memikirkan dengan baik apa yang cuba ingin saya sampaikan. Ada baiknya di masa ini kita berbincang tentang banyak perkara, isu dan politik massa yang boleh menjurus kepada satu perkongsian pintar yang akhirnya dapat menemukan semula persefahaman yang dapat melahirkan satu tindakan sepunya bersama. Jangan dikala masyarakat semakin musnah kita hanya masih bergaduh kerana hanya berebut untuk mendapatkan anggota usrah dan menghukum antara satu sama lain.

Jangan biarkan diri menjadi laksana orang buta yang memegang kaki gajah akan mengatakan rupa gajah itu seperti tiang. Sebaliknya orang buta yang bijak akan mendengar pandangan orang-orang buta yang lain.

Orang buta yang memegang belalai mengatakan rupa gajah seperti ular, orang buta yang memegang badan gajah mengatakan rupa gajah seperti dinding. Yang memegang telinga mengatakan rupa gajah seperti kipas. Si buta yang bijak akan dapat membayangkan rupa gajah yang sebenar dengan mendengar pendapat dan pandangan dari semua orang-orang buta tadi.

Manakala si buta yang taksub terus berpegang kepada pandangan dia sahaja dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain, dan teruslah dia mentafsirkan rupa gajah secara yang tidak tepat. Oleh itu bukalah fikiran kita untuk menerima pandangan orang lain, barulah kita dapat gambaran Islam yang lebih tepat.-Azlan Zainal

0 comments:

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent