Siapa yang derhaka dan mengkhianati Rakyat?
Saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan tentang isu panas politik di Perak. Akhirnya, rampasan kuasa ini akan terus dikutuk sepanjang generasi akan datang. Buku-buku sejarah akan mencatatkan peristiwa hitam ini sebagai detik matinya kuasa rakyat. Namun sejarah perjuangan ini masih bermula. Anda yang sedang membaca ini adalah bakal-bakal hero dan pejuang yang akan menghiasi buku-buku sejarah akan datang jika menjadi benteng pertahanan terakhir mempertahankan kuasa Kerajaan Rakyat Perak Darul Ridzuan. Ayuh, rakyat Malaysia semua kita bangkit pertahan perjuangan kita daripada tindakan dayus dan zalim ini.
Siapa yang menderhaka dan mengkhianati amanah rakyat sebenarnya? Sebenarnya inilah realiti yang berlaku, jadi tidak timbul derhaka kepada sutan apabila hak rakyat telah dikhianati dan rakyat telah dihina dengan sebegini rupa. Rakyat juga ada maruah, Mb juga ada maruah, Exco juga ada maruah yang wajib dipertahankan. Logiknya, rakyat akan tetap boleh terima jika mandat dipulangkan kepada rakyat dan biarkan rakyat yang menentukannya.
Kita hanya mempertahankan Hak kita sebagai rakyat yang berada di sebuah negeri yang mempunyai undang-undang yang mana ianya telah dikhianati oleh kerajaan BN, itu sahaja.
Saya cuba bawa satu analogi yang mudah, "Kalau Raja sokong Kumpulan Perompak merompak duit rakyat takkan rakyat nak sokong juga, sokong biar bertempat, tapi saya rasa Tuanku juga dihimpit tekanan politik dari regim UMNO-BN. Kalau dahulu orang julang Hang Tuah kerana kesetiaannya tapi sekarang ini orang mengutuk Hang Tuah kerana setia membabi buta dan orang menjulang hang jebat kerana berani menegakkan kebenarannya walau sanggup berkorban atas nama keadilan dan kebenaran. Janji Allah, Umat Islam Rakyat Palestin sendiri bahawa mereka tiada upaya untuk menentang Israel tapi mereka tetap menentang israel kerana merampas tanah air mereka dan mereka tahu kemenangan hakiki bukanlah di dunia tapi di akhirat nanti di sisi ALLAH kerana Islam tetap dimenangkan. Begitu juga rakyat Perak tidak akan biarkan UMNO merampas kuasa rakyat di Perak. Bagi saya, walaupun UMNO berjaya merampas kerajaan perak tapi umno kalah merampas hati rakyat dan UMNO akan terima balasan juga tak lama lagi.
Pada pandangan saya, dalam suasana politik yang tidak stabil ini barangkali terdapat 3 sisi pandang yang boleh saya cuba utarakan dalam kes ini. Saya akui, memanglah keputusan paling baik ialah membubarkan DUN, tetapi di sebaliknya ini mungkin sebagai 'training ground' untuk kita belajar merancang dan merencana persiapan menyediakan Gerakan Siasi dan pakatan tahalluf yang jitu sebagai kesediaan menjadi kerajaan yang lebih kuat dan lebih efektif pada masa akan datang.
Sisi pandang pertama ialah inilah peluang keemasan bagi UMNO-BN untuk pembentukan kerajaan Perak berteraskan Melayu di samping inilah yang dikatakan 'ole-ole' Najib Tun Razak sebagai bakal PM bagi menimbulkan keyakinan dan pembuktian kepada pucuk pimpinan dan penyokong akar umbi bahawa dia layak menjadi PM. Daripada 31 wakil BN/bebas hanya dua sahaja bukan Melayu. Pada saya ia adalah satu kiraan yang lemah, kerana Perak terdiri atas pelbagai latar belakang agama dan kaum. Mana mungkin dalam percaturan demikian dapat memimpin kerajaan negeri dengan baik. Namun percayalah, ia hanya sekadar strategi jangka masa pendek yang akhirnya akan menjadi 'senjata makan tuan' untuk tiga atau empat tahun akan datang. Tambahan pula rakyat semakin matang dan bijak. Perlukah disokong hanya oleh kerana dia seorang melayu? Melayu atau tidak, tidak penting. Yang penting Islam dan berperangai seperti orang Islam yang sebenar dan bertaqwa serta sesiapa sahaja yang benar amanah dan bisa memimpin dengan adil walaupun ia bukan beragama Islam.
Sisi pandang kedua ialah kemenangan moral kepada PR. Mereka tahu kuasa mutlak Sultan. Dengan perkembangan yang berlaku, simpati rakyat akan beralih kepada PR. Saya jangka PR menang besar akan datang.
Sisi pandang ketiga ialah BN pun tidak menyangka titah Paduka Sultan Perak. BN akan berdepan dengan imej dan krisis keyakinan yang amat buruk dan pasti kalah besar dalam PRU Ke-13. Justeru, apa yang berlaku adalah rahmat kepada PR dan duri kepada BN. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Mungkin inilah pengajaran dan iktibar yang boleh dipelajari untuk kita semua.-Azlan Zainal
formula babi,
najib=BN=UMNO+dolahdawi=yahudi=zionis+amarika samadengan BANGANG
kapten peter pun berkata; Tttuuukkar.. maka alan pun tukarlah templatenya..