Merobah Massa!

"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kata-Kata Hikmah

Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

Tazkirah

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

Menjadi Manusia Kreatif.

Semalam selepas maghrib (6 Februari) saya di jemput oleh adik-adik dari PMIUM, Universiti Malaya untuk menyampaikan pengisian dalam TNU di Masjid Zubbair Al-Awwam. Apa yang dukacitanya kehadiran pada mula amat mengecewakan. Ingin saja di marahi mereka semuanya tapi bagi yang hadir awal tiada salahnya, tapi yang patut di tegur adalah mereka yang tidak hadir tanpa alasan yang munasabah. Mana adab dan akhlak kita dalam berjemaah. Bimbang rasanya, bagaimana mahu melahirkan generasi jika para nuqaba’ nya masih tidak berdisiplin dan kurang beramanah. Tajuk yang diberikan agak menarik “Manusia biasa yang luar biasa”, Bagi saya tiada yang rahsia melainkan semuanya bermula dari dalam dan cara kita berfikir tentang sesuatu. Petang ini saya dapat meluangkan sedikit masa membaca buku karangan Dr Raghib Ar-Sirjani “Ayuh Anak Muda, Nyalakan Semangatmu!”. Sangat menarik, ringan, dan mudah difahami dan dihayati. Saya terfikir sejenak, mungkin anda semua pernah menonton film Mission Impossible? Filem layar perak yang dibintangi oleh Tom Cruise sebagai watak utamanya. Satu hal yang menarik dari filem tersebut, semustahil dan sesukar apapun misi yang ditugaskan kepada Ethan Hawk (dipegang oleh Tom) namun pada akhirnya selalu saja mengisahkan kejayaan dan keberhasilan. Satu hal yang tergambar dengan jelas dalam filem tersebut adalah kebiasaannya para tokoh yang bergabung dalam pasukan elit ‘misi yang tidak mungkin’ dan ‘mustahil’ dicapai itu untuk senantiasa memiliki plan A, plan B, bahkan plan C, sehingga hampir setiap filem itu diakhiri dengan keberhasilan menjalankan misi.

Norman Vincent Peal, penulis buku best seller, You Can If You Think You Can (Anda boleh jika Anda berfikir bahawa Anda boleh), sebuah buku yang memberikan motivasi besar kepada para pembacanya untuk terus optimis meraih segala impian dan cita-cita yang sesungguhnya memang boleh diraih.

Antara Norman (dan bukunya) dengan filem Mission Impossible memang tidak ada kaitannya, cuma sengajadiketengahkan jika kita mahu melihat sisi pelajaran yang dapat diambil, tentu ada kaitannya. Roger Von Oech, dalam bukunya A Whack on Side of the Head, menjelaskan keterkaitan antara keduanya kerana pada buku tersebut, Von Oech mengetengahkan sepuluh kebiasaan manusia kreatif, dimana tertulis “suka mencari jawapan dan jalan kedua” sebagai kebiasaan pertama seorang yang kreatif. Menurut Oech, anda jangan hanya punya satu solusi dan jalan yang bererti hanya punyai satu pilihan. Kreativi dan kritis meminta kita menemukan jawapan kedua yang mungkin lebih tepat. Inilah, kejayaan Ethan Hawk dan pasukannya mencapai misi yang dianggap tidak mungkin dicapai itu adalah kerana kebiasaan pada pasukannya untuk menyiapkan lebih dari satu solusi dan alternatif. Dan Norman menguatkannya dengan satu motivasi, bahawa tidak satupun yang ada dihadapan manusia itu tidak bole diraih kerana harapan itu masih ada jika terus diusahakan dan senantiasa membayangkan kita benar boleh.

Perlu diketahui, Allah SWT berfirman dalam Al Qur’an di dalam surah Al Baqarah ayat terakhir telah jauh terlebih dahulu memberikan motivasi kepada setiap mukmin, bahawa Dia tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Masalahnya adalah sifat manusia yang seringkali menturuti dan mengikut hawa nafsu mereka, contohnya adalah sifat malas, dan enggan berusaha keras. Sehingga kemudian yang tampak didepannya adalah sebuah gunung batu menjulang tinggi yang tak mungkin di daki, sebuah tembok raksasa yang mustahil ditembus. Malah manusia sering kali mencipta pelbagai halangan lalu mereka tidak berbuat apa-apa dan sekadar memberikan alasan.

Walhal dalam sirah Nabi, Rasulullah dengan 313 orang pasukan mukmin mampu memukul mundur dan memerangi pasukan kafir Quraisy yang jumlahnya tiga kali lebih banyak dalam perang Badar. Orang dahulu berfikir ruang angkasa adalah sesuatu yang invisible dan mustahil untuk diterokai , namun para saintis Rusia membuktikan dengan mengutuskan Yuri Gagarin ke luar angkasa menggunakan SPUTNIK. Bahkan sekarang, orang sudah menjejaki pariwisata luar angkasa meskipun harus berbelanja jutaan nilainya. Sejarah lain juga ditunjukkan oleh George Leigh Mallory dan Andrew Irvine yang disebut-sebut sebagai orang pertama menapakkan kakinya di puncak tertinggi dunia, Mount Everest pada 1924. Kini ribuan pendaki sudah membuktikan bahwa puncak tertinggi itu boleh ditapaki. Adakah kita punya cita untuk menjadi perintis seperti itu?

Menjadi manusia kreatif bukanlah suatu perkara yang boleh di ajar. Mereka yang kreatif tidak cukup hanya dengan memiliki satu kebiasaan diatas. Oech juga memaparkan tentang kebiasaan lainnya, yakni suka berfikir kritis. “Kreativiti adalah pengembangan hasil otak kiri yang bersikap keras terhadap idea oleh otak kanan yang lunak yang mengabaikan batasan dan lunak terhadap berbagai idea,” kata Oech.

Kebiasaan ketiga adalah suka menggugat peraturan dan melawan sistem yang ada. Jika peraturan telah membatasi pilihan maka anda harus mencari tahu mengapa suatu peraturan dibuat. Mungkin alasan itu tidak relevan lagi. Mungkin sekarang ada pemecahannya yang lebih efektif. Suka mencuba sesuatu yang mustahil, adalah yang terbaik. Oleh kerana itu, jangan sesekali pun pernah membuang idea sepintas yang kelihatan mustahil. Merenungkan lagi idea yang muncul dapat memandu pelbagai kemunculan idea kemungkinan baru.

Kemudian yang kelima adalah, melihat kesalahan sebagai peluang. Ada orang yang suka mencari sesuatu yang biasa tanpa mahu menjadi ‘the risk taker’ dan menghindari dari kemungkinan salah atau gagal. Sesungguhnya kesalahan akan berlaku tapi sebenarnya ia amat baik kerana menempatkan kita memperoleh hal yang tak didapati bila melakukan dengan benar.

Gede Prama, pernah menyebut Dedi ‘Miing’ Gumelar sebagai satu dari ramai orang yang dijadikan sahabatnya. Alasannya, tidak banyak orang yang boleh membuat orang lain tertawa kerana secara santai dan secara tenang adalah sebagai kebiasaan serta tabiat orang kreatif. Memang idea kreatif muncul ketika terdesak situasi, tapi lebih banyak idea yang mantap dan segar lahir dari suasana santai dan gembira. Saat kita santai dan gembira pertahanan mental jadi longgar sehingga tidak terikat terhadap peraturan, hal mustahil mahupun yang keliru.

Orang yang sibuk melihat dunia dalamnya sendiri akan kehilangan banyak idea. Meninjau dunia luar adalah wahana meraih idea baru untuk dunia dalaman kita. Maka dari itu, suka meninjau dunia luar sebaiknya menjadi satu kebiasaan tersendiri bagi orang-orang kreatif. Selain itu, Berani berfikir berbeza seolah menjadi ciri yang paling khas kepada orang kreatif. Umumnya orang berusaha menyesuaikan dengan budaya organisasinya. Padahal tekanan organisasi boleh memusnahkan kretaiviti. Jadi, beranilah menjadi golongan yang pro terhadap hal atau perkara yang tidak disetujui majoriti walau tidak harus terlalu terbuka. Dalam hal ini, bukan bererti mengesampingkan kebenaran, kerana disini akan lebih bernilai jika sikap ini berbeza terhadap majoriti, maka banyak perkara baru yang akan difikirkan untuk mendapatkan pandangan dari luar kebiasaan.

Manusia yang kreatif adalah senantiasa terbuka terhadap gagasan baru. Orang yang kaku dan membeku bukan orang yang kreatif bererti telah mereka telah mengikat pasung pada diri sendiri. Ingatlah, bahwa idea akan berkembang bila kita memberinya ruang. Baik dengan tambahan dari luar diri anda atau tidak menekan idea yang telah dipunyai. Maka berfikirlah, saya pasti anda semuanya orang yang dikurniakan akal untuk berfikir. – Azlan Zainal

0 comments:

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent