Sekadar Renungan, Erti Sebuah Persahabatan
Coretanku buat sahabat & teman seperjuangan sekalian. betapa beruntungnya diri bila kita dikurniakan sahabat yang mempunyai ciri-ciri persahabatan, memahami antara satu sama. Berdoalah mg kita dikurniakan sahabat sedemikian.. Insya-ALLAH
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat… Kerana dia juga seorang manusia, Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…..
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. Memahami dengan sebaiknya barulah kita berupaya memberi yang terbaik, tunaikanlah tanggungjawab dan hak kepada prjuangan dan Islam maka kalian akan temui kebahagiaan yang hakiki - ERTI SEBUAH PERSAHABATAN
sahabat.....
cermin diri kita..telusnya dalam hikmah..marahnya dalam sayang..
bagus ...