Merobah Massa!

"The future belongs to those who prepare for it today!"-Malcom X

Kata-Kata Hikmah

Manusia tercipta kerana bergerak, dan untuk bergerak. Maka bergeraklah! Maka DIA akan bersama kita, setiap orang memiliki masa-masa kepahlawanannya sendiri, maka ia perlu dihargai!"

Tazkirah

"Marilah kawan mari kita kobarkan, Di tangan kita tergenggam arah agama dan bangsa, Marilah kawan mari kita nyanyikan, Sebuah lagu tentang pembebasan tanpa pendustaan! Tiada yang tidak berubah kecuali PERUBAHAN itu sendiri!"

Mahasiswa dan Buku

Buku Dan Mahasiswa : Bersama Memartabatkan Tradisi Keilmuan

Selesai membaca buku Kegemilangan Tamadun Islam sedikit sebanyak berupaya membuka minda mendobrak fikiran ini. Kefahaman yang dikatakan pendahuluan kepada perintah dan larangan tidak akan dapat dicapai jika kita malas menggali segala khazanah ilmu yang tertanam, dan hikmah (kebijaksanaan) itu adalah barang orang mukmin yang tercicir. Lazimnya, kita menganggap buku, kitab, jilid helaian kertas atau apa sahaja gelarannya adalah sama sahaja. Buku telah menjadi alat perhubungan ilmu dengan manusia yang mampu mencetus faham dan membina hikmah. Penggunaan deria mata dan akal melalui bantuan tulisan yang pelbagai bahasa telah menjadi hubungan yang arat berabad lamanya sama umur dengan usia peradaban kemanusiaan seluruh dunia.

Setelah teknologi klasik berkenaan dunia percetakan dan penjilidan ditemui di China, teknologi ini kemudiannya sampai ke Tanah Arab dan Eropah melalui ‘jalan sutera’. Keaktifan masyarakat Abbasiyyah dalam penterjemahan banyak karya China, Syiria, Eropah (Yunani dan Rom) dan sebagainya menjadikan masyarakat Arab sama tinggi dengan mana-mana peradaban lain yang mungkin tidak berteraskan keilmuan melalui kitab. Teknologi ini yang masih mahal, menyebabkan kesemua kitab dan buku masih beredar di sekitar ras bangsawan dan borjois (ras intelek) yang berkemampuan. Perpustakaan masih dikuasai oleh Khalifah sahaja. Percetakan yang mahal menyebabkan budaya pengajian melalui talaqqi kitab (pembelajaran secara langsung daripada ulama’ penulis kitab tersebut) lebih terkenal serta menjadi budaya umat Islam serta masih diabadikan di pesanteren dan pondok-pondok konvensional seluruh dunia. Bagaimanapun pembukaan sistem ‘terbuka’ pengajian Islam seluruh dunia bermula di Al Azhar (era zaman Ahmad Abduh) menyebabkan metodologi dan teras kelilmuan melalui pengkajian lebih diutamakan daripada mewarisi ilmu daripada pengarang kitab. Maka bermulalah era pembacaan buku secara meluas dan aktif.

Telah menjadi budaya masyarakat negara maju, mereka mengutamakan buku yang diterbitkan daripada bahasa mereka sendiri serta berkualiti. Ini terbukti apabila rakyat Perancis diakui sebagai masyarakat yang paling banyak membaca. Diikuti pula oleh masyarakat Jepun selepas pemulihan sistem pendidikan yang keras serta berdisiplin. Masyarakat maju mengutamakan buku tempatan dan bahasa tempatan secara meluas. Walaupun Amerika Syarikat adalah salah sebuah negara paling aktif menerbit buku, namun kebanyakaan syarikat penerbitannya dimiliki oleg warga Jerman dan Itali yang merupakan masyarakat ‘celik’ dan maju.


Mengapakan Malaysia sehingga kini masih mengimport buku-buku daripada luar? Tidak cukupkah karyawan samaada sastera, ilmiah atau akademik di Malaysia. Sebenarnya kita perlu mengakui kelambatan proses penerbitan aktif ini berlaku lantaran minda rakyat yang masih terjajah dengan aura kolonalisme. Bayang-bayang asing masih menghantui. Namun ini bukan suatu yang terlewat. Majlis Buku Kebangsaan yang ditubuhkan pada 1968 serta Dasar Buku Negara yang diasaskan telah merencakan serta menggesa rakyat membaca. Barah pecah dan perintah British serta pelaksanaan system pengajian 'free’ tetapi mahal kepada penduduk bumiputera menyebabkan masyarakat kita masih janggal mengelek buku ke hulu ke hilir seperti orang Jepun. Gelaran mat study, ulat buku dan ‘skema’ kepada pengelek buku adalah memburukkan situasi kepada si rajin. Budaya picisan membunuh gelombang yang cuba dibawa oleh kerajaan kita.

Bagaimana masyarakat maju mendidik kanak-kanak dengan buku. Masyarakat barat terkenal dengan falsafah ‘dodoikan anak-anak dengan bacaan cerita daripada buku’. Bedtime tales serta banyak cerita teladan menjadi santapan seolah-lah makanan kepada kanak-kanak ini. Hadiah buku daripada ibu-bapa dianggap hadiah terbesar kepada mereka. Mini perpustakaan peribadi yang dihadiahkan daripada bapa mereka dianggap suatu yang perlu dicemburui. Adakah budaya ini ada pada kita? Semestinya tidak lantaran penjajahan bangsa asing.. Bangsa Jepun mungkin mengembalikan semangat anak Melayu untuk menghargai buku tulisan Jepun terutama yang bercop bulan merah sepanjang perang dulu.

Perkaitan bacaan ilmiah atau picisan dihuraikan oleh Tan Sri Mohd. Rafie iaitu mantan Pengarah Majlis Buku Kebangsaan di dalam Dewan Masyarakat, sebagai bacaan yang sama penting. Beliau mengutamakan mesej dan isikandungan. Selera pembaca yang pelbagai perlu diambil kira. Sebagai contoh bacaan komik dan novel juga akan menyampaikan mesej tertentu yang mana disebalik hiburan ada nilai emosi, ada tenaga menggerak sosial serta ada nilai ilmiah. Metodologi penulisan adalah perkara kedua. Budaya membaca yang merudum kepada mahasiswa akhir-akhir ini (ini diambil kira dengan penerbitan yang semakin meningkat pesat), juga berfaktorkan sistem pendidikan Universiti. Universiti kini dalam system semesternya yang pendek serta bersifat exam oriented menyebabkan bahan bacaan yang ditumpu semestinya yang hanya berkaitan dengan peperiksaan. Tidak lebih daripada itu mungkin. Membaca bahan lain dilihat kurang penting atau kesuntukan masa. Budaya belajar untuk menjurus kepada pekerjaan juga menyebabkan warga universiti lebih terhakis budaya mentelaah bahan bacaan diluar lingkaran kursusnya, mengurangkan budaya penghasilan warga intelek integriti yang dipandang sebagai penaung masyarakat sepertimana penubuhan Akademia oleh Aristotle dahulu.

Mahasiswa penggerak Islam seharusnya mempunyai kesedaran lebih untuk mendalami pelbagai disiplin ilmu. Budaya hanya membaca akhbar juga perlu dikikis. Bacaan akhbar sahaja tetapi jahil tentang isu serta intipati isu juga tidak berguna. Apalah gunanya membaca akhbar sekadar untuk tahu hal sekitar untuk sehari dua sahaja. Bacaan isu adalah untuk menggerakkan sosial kearah kebaikan. Kesedaran sosial sering dianggap bukan budaya ilmiah. Budaya ini dianggap sosialis oleh golongan mahasiswa Islam jahil terminologi ini. Mahasiswa Islam yang ingin berdakwah tetapi tidak dekat dengan tradisi ulama’ silam. Tidak dengan dengan bahan tulisan kearah memperjelaskan permasalahan sekitar. Sebaliknya hanya membaca maudhu’ teras keagamaan sahaja denga menidakkan aspek lain. Tahukah kita dengan bacaan komik, novel, buku memoir (cerita hidup), bibliografi serta majalah juga boleh membawa kita kepada kefahaman sekitar? Bagaimana mungkin ini disedar dalam suasana majalah info mingguan (massa) telah gulung tikar lantaran hanya mampu menjual 6000 naskhah sahaja termasuk di IPT yang dikurangkan harganya sehingga separuh harga. Ini pentanda bahawa warga universiti juga termasuk kepada golongan tidak sayangkan buku.

Semasa kecil lagi, kita diajar oleh bapa untuk tidak melangkah buku. Buku dilarang diletakkan diatas lantai. Barangan lain dilarang sama sekali diletakkan di atas buku-buku terutama yang ilmiah. Hadiah diberi dalam bentuk majalah kanak-kanak atau buku cerita sehingga ada yang mampu membuat perpustakaan mini sendiri. Ini mungkin membina paradigma kita sehingga kini. Adakah ini sukar dipupuk sekiranya terlewat? Tentunya tidak. Sekiranya kurang mampu, mahasiswa Islam boleh hanya membeli majalah Dewan Masyarakat, Kosmik atau Jurnal Pemikir (keluaran Utusan) yang ilmiah isinya. Selalulah berkunjung ke library menerokai dari rak ke rak. Pelbagai buku ilmiah menanti kita untuk diteliti. Hasil pembacaan bersepadu dikalangan mahasiswa yang bergelar pendakwah ini akan mengurangkan jurang ketidakselarasan maklumat serta menyelaraskan pembawaan mesej Islam. Ianya juga meningkatkan karisma mahasiswa dalam hujah dan tindakannya. Susah untuk digambarkan jika kita banyak membaca. Kalau tidak takkanlah Napolean Bonaparte panglima tentera Perancis terkenal mengatakan ‘Jika kamu banyak membaca buku, kamu boleh menguasai dunia ini’ atau “The Good leaders are readers”.

Sepanjang pengalaman menuntut ilmu, membaca buku akan membawa kita ke seluruh dunia dan zaman. Ianya pengalaman yang sukar dicerita. Tambahan pula keghairahan dan kegemaran memikir kembali hasil bacaan, mencari bahan sokongan untuk lebih menghayati seperti menonton filem, membaca jurnal dan majalah tambahan serta selalu meneliti sekitar untuk merealisasikan isi kandungan buku. Susahkah untuk dilakukan? Amat Mudah! Kalau tidak dimulakan akan terasa malas dan sukar. Inilah fitrah manusia. Bila rasa kenikmatan pelbagai disiplin ilmu dan pengalaman daripada buku-buku, barulah tahu ketagihannya. Biar duit habis untuk buku dan majalah, daripada habis dalam perut. Berbangga dengan buku yang banyak dan ilmu di dada. Ilmu penyuluh kehidupan. Kerana ia hobi yang tidak ternafi kehebatannya. Cubalah rasa….!!- Azlan Zainal

0 comments:

Post a Comment



 

different paths

college campus lawn

wires in front of sky

aerial perspective

clouds

clouds over the highway

The Poultney Inn

apartment for rent