Tahniah, Selamat Berjuang YB dan MB!
Bernama.com (Kota Bharu) : Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau merestui pemilihan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak pada 7 April ini.
“Saya sudah hubungi Nizar dan merestui pencalonan beliau untuk bertanding,” katanya kepada pemberita selepas dikunjungi Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Ashok K. Kantha di sini hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan agar Mohammad Nizar bertanding bagi kerusi itu berdasarkan pengalaman bekas Presiden PAS, Allahyarham Tan Sri Mohd Asri Muda, yang pernah memegang satu kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu kerusi Parlimen secara serentak menyebabkan pengaruh Allahyarham dan PAS semakin menurun kerana tidak mampu memberi khidmat dengan baik. “Tetapi bila memikirkan suasana sudah berbeza pada zaman Datuk Asri dan sekarang, jadi tidak ada masalah untuk saya merestui Nizar,” katanya.
Mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan dua akhbar parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan, selama tiga bulan berkuatkuasa sertamerta, Nik Aziz mengajak rakyat supaya memulau semua akhbar arus perdana sebagai satu tindak balas.
“Kalau dia gantung akhbar pembangkang, kita pun gantunglah akhbar dia. Kerajaan kena ingat gantung akhbar pun kita ada Internet dan SMS yang boleh membantu kita,” katanya.
Bukankah lebih baik jika dari dulu lelaki ini tampil bergandingan di saf kepimpinan negara. Bukankah lebih baik jika dari dulu lelaki ini dapat diketengahkan sebagai pemimpin belia? Bukankah lebih baik jika lelaki ini kita angkat sebagai pemimpin utama negara? Sayangnya lelaki ini tidak mudah dibeli jiwanya. Tidak mudah terliur dek habuan dunia yang sering menjadi umpan UMNO. UMNO tidak mampu menghadiahkan kepada rakyat seorang pemimpin yang tulus di era ini.
Dan saya pelik, dalam situasi lalu
Kenapa bila derhaka Allah, tak sekecoh bila derhaka Sultan? Rasanya lagi promote adalah dan ia seolah jadi kebiasaan. Memperlekehkan hukum Islam dan syariat yang digariskan oleh Allah, menyokong konsert-konsert artis yang membawa manusia jauh dariNYA dan menyumbang kepada gejala keruntuhan akhlak remaja dan mengizinkan pembukaan syarikat-syarikat judi, disko sarang maksiat - ini derhaka. Pada siapa? Tuhan!
Dalam kitab Ibnu Taimiyyah,
Dalamnya kata Raja/Sultan yang tidak adil atau zalim (definisi dalam Islam: meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya), hendaklah ditentang. Ketika zaman awal Rasulullah saw menyebarkan Islam, Abu Talib, bapa saudara Baginda sendiri menolak untuk memeluk Islam walaupun dia tahu ajaran yang dibawa anak saudaranya itu benar. Ini kerana dia pemimpin ketika itu dan merasakan tidak wajar mengenepikan ajaran nenek moyang mereka yang diikuti ramai orang ketika itu walaupun ia amat-amat salah (kepentingan diri). Dalam konteks Isu Perak ini pula, kenapa terlalu cepat Sultan menukar MB (2 hari) sedangkan mengambil berhari-hari untuk melantik MB baru selepas Pilihanraya 2008 dan ia terang lagi bersuluh amat-amat berat sebelah. Dan bukankah lebih adil jika DUN dibubarkan? Belajarlah dari Sejarah dan Sirah terdahulu.
UMNO kalut di dalam membentuk sahsiah seorang pemimpin. Kerana UMNO dewasa ini adalah parti yang lebih menjurus ke arah rasuah, maksiat dan segala macam kebusukan serta kebobrokkan. Pemimpin UMNO lebih selesa menyeru ahlinya berzikir tentang ketaatan kepada pemimpin dan parti. Dari mengajak ahli UMNO untuk membesarkan dan takutkan ALLAH serta perintahNya!.
Reaksi Rakyat
Pengumuman Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang telah dipilih sebagai calon bagi PRK kali ini telah disambut dengan laungan takbir dan tepukan yang bergemuruh oleh kira-kira 30,000 orang penyokong yang hadir dalam majlis yang disempurnakan oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Reaksi pertama yang dilihat ialah dalam majlis perisytiharan tersebut, di mana secara keseluruhannya memberikan sambutan atau respons yang sangat baik. Mereka bangun berdiri sebagai tanda sokongan yang padu terhadap Ir Nizar. Dalam tinjauan di kampung-kampung pula, rata-rata memberikan sambutan yang sangat positif dan membanggakan. Mereka berpuas hati dan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin yang telah memilih Ir Nizar sebagai calon. Daripada maklumat mereka juga, UMNO seolah-olah terduduk dengan pemilihan tersebut, dengan menyebut, "habislah kita.
Para petugas PAS dan Pakatan Rakyat juga dilihat lebih bersemangat dengan pemilihan calon ini.Kita harapkan semoga pilihan yang dibuat oleh pimpinan ini adalah pilihan yang sangat tepat dan kena dengan suasananya serta akan membawa hasil kepada kemenangan PAS bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang ini, insya' Allah.Tahniah, Selamat berjuang YB dan MB! Kerana amanah rakyat dan Agama terpikul di atas bahumu.-Azlan Zainal
0 comments:
Post a Comment